
Subang Jaya, Michael Tamil membawa kain rentang serta melaungkan slogan selama kira-kira lima minit di pintu pagar Pusat Pentadbiran Kerajaan (Kompleks C), di mana beberapa agensi kerajaan yang lain turut ditempatkan.
Kain rentang itu bertulis 'Rakyat mencintai demokrasi hendak pengerusi dan timbalan pengerusi SPR letak jawatan', manakala mereka melaungkan 'resign (letak jawatan), bersihkan SPR'.
Mengulas mengenai kehadiran yang tidak ramai, ADUN Port Dickson, M Ravi memberitahu sidang akhbar bahawa perhimpunan tersebut hanyalah satu permulaan kepada 'apa yang akan datang'.
Beliau berkata, mereka bukan sekadar satu kumpulan kecil tetapi adalah sebagai satu amaran, "jika mereka tetap degil, kami akan bawa puluhan ribu orang berkumpul di sini," katanya sambil menambah pihaknya akan menyediakan satu memorandum dan berkumpul di situ beramai-ramai.

walaupun Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof dan Timbalannya, Datuk Wan Ahmad Wan Omar (kanan) telah menafikan dakwaan itu, bekas timbalan pengerusi PKR Wilayah Persekutuan, R Suresh Kumar memetik kenyataan akhbar Setiausaha Agung PKR, Saifuddin sebagai bukti.
Suresh mendakwa, sehingga hari ini, pengerusi SPR dan timbalannya itu hanya memberi alasan, tetapi tidak menafikan mereka adalah ahli Umno.
Saifuddin dalam kenyataannya bertegas bahawa Abdul Aziz masih ahli Umno walaupun dia tidak membayar yuran tahunan. Ini adalah kerana beliau tidak dipecat tetapi hanya dihalang menghadiri mesyuarat agung tahunan.
~MK~
No comments:
Post a Comment