REFORMASI KAJANG

Fatwa Mutakhir Yusuf Qaradawi mengenai Konspirasi 2 terhadap DSAI

Pembongkaran Video Seks DSAI




Pengakuan YB Johari Abdul Tentang Video Seks Eskay

Pembatalan penggunaan dakwat 'indelible' (tidak terpadam) akan selama lamanya memahat tulisan PENIPU DAN MUSUH RAKYAT di dahi lebar Pengerusi SPR. Sifat MUNAFIK yang amat keji ini mengundang kemarahan dan kekecewaan yang menggunung di kalangan pengundi pengundi. Memang kita sedia maklum mengharapkan ketelusan daripada SPR samalah seperti mengharap gajah dapat melepasi mata jarum.


Bukankah UMNO sendiri lahir dari perhimpunan2 HARAM memprotes Malayan Union yang telah diadakan seluruh Malaya ada tahun 1946.

Kalau hendak menunggu permit, maka tidak lahirlah UMNO kerana tidak mungkin Polis pada masa itu akan memberi permit kepada perhimpunan2 yang membawa kepada lahirnya UMNO.

Oleh sebab itu, penentangan UMNO terhadap BERSIH 2.0 adalah satu bentuk KEMUNAFIKAN yang tersangat besar.



Mufti Perak Sanggah Sumpah Laknat Eskay









Monday, December 10, 2012

Janji Dan Terus Berjanji Hingga 50 Tahun Lagi

KALAU BN MENANG SEMUA JANJI AKAN DITEPATI...

Inilah yang sering dikatakan dalam semua roadshow Janji Ditepati Murujib seluruh negara menjelangnya PRU13. Kalau budak tadika yang dengar janji-janji ni pun mau termuntah hijau dah. Paling teruk kena sawan babi toroq.

Berjanji punyalah berjanji sampai rakyat tak sedar dah lebih 50 tahun UMporNO memerintah masih ada lagi janji-janji yang perlu dibuat. Murujib dan sekalian pak menteri menyelar negeri-negeri di bawah Pakatan dengan bertanyakan kemajuan apakah yang di bawa?

Memang samdol bin dogol betul lah yang bertanya soalan tahap bangang macam ni... Pakatan baru sepenggal mentadbir negeri tentulah kemajuan dari segi pembangunan mega tidak dapat dilaksanakan sepenuhnya... UMporNO nak bandingkan pembangunan jambatan Pulau Pinang di bawah Gerakan mentadbir Pulau Pinang, nak bandingkan pembinaan KLCC dan KL Tower semasa UMporNO mentadbir negara. Kan tolol cakap macam tu.

Duit kerajaan persekutuan memanglah banyak sebab tulah Pakatan nak tawan Putrajaya supaya duit negara tidak diselewengkan oleh para kroni UMporNO. Projek berjuta-juta dan berbilion ringgit. Jadi yang masuk dalam poket kroni pun berjuta-juta ringgit juga. Kalau yang masuk dalam poke kroni tu kita labur buat perumahan rakyat miskin jual murah-murah lagi bagus.

Murujib terus berjanji di Pulau Pinang yang memang dah maju soal perumahan rakyat mampu milik. Kalau di tanah besar tu aku rasa bernas lagilah nak buat rumah mampu milik tapi kalau dah sebelah pulau tu nak letak harga berapa yang mampu milik???

Sekarang ni pun KERAjaan BumNgok lancar rumah pertama yang lebih kurang harga RM220k untuk golongan yang baru bekerja dan berkahwin memiliki rumah pertama pun susah sangat. Memang ada yang membeli tapi itu kalu dicantumkan pendapatan suami isteri yang bekerja kerajaan boleh lah.

Kawan aku yang bekerja swasta berkahwin dengan isteri yang juga bekerja swasta dengan gaji tak seberapa hanya layak dudukdi flat dua bilik je kat Kuala Lumpur. Mana mampu nak beli rumah berharga RM220k. Aku sendiri pun tak mampu nak beli kalau harga RM200 ke atas sebab dah ada anak, komitmen kereta, pinjaman bank, mak pak di kampung lagi macam-maca nak guna duit.

Berjanji memang senang beb...

Bila Pakatan lancar Buku Jingga macam-macam janji dibuat. Korang tak pernah baca ka??? Rugilah kalau korang tak ambil tahu tentang segala janji yang lebih best dari UMporNO tu. Anwar kata jika PAKATAN MENANG esok harga minyak turun. Mana-mana tol yang kita boleh mansuhkan tol kita akan mansuhkan. Maksudnya bukan semua tol termasuk PLUS. Mungkin kita boleh kurangkan harga tol.

Sekarang ni kita bayar bil-bil api, bil-bil air, bil-bil telefon punyalah mahal nak mampus. Selangor dah mula lawan SYABAS sebab CEO yang diatas ni mangkuk hayun nak untung gaji tiap-tiap bulan saja. CEO TNB dapat gaji berjuta ringgit. Duduk dalam ofis yang berekon goyang kaki dapat gaji berjuta sedangkan rakyat tengok tv dan pasang kipas angin selepas balik rumah penat bekerja kena bayar bil tinggi. Tu pun nak suruh rakyat berjimat.

Dalam tv dan media massa digembar-gemburkan tentang TERIMA KASIH yang tersiratnya ditujuka kepada rakyat supaya bersyukur kepada KERAjaan Murujib. Sepatutnya bersyukur kepada Allah sebab dah bagi peluang kepada UMporNO selama 50 tahun rakyat dapat rasa nikmat dunia ini.

Bukan aku tak kata yang KERAjaan BumNgok tak bawa perubahan, pembangunan dan kemakmuran tapi aku tambah sikit lagi sambil menyelam minum air. Sambil bawa pembangunan negara diciloknya untuk duit poket sendiri. Itu yang tak betul.

Habis kalau dah 50 tahun mentadbir negara takkan lah masih ada kampung-kampung yag masih tiada elektrik, air paip, telefon. Apa yang pak menteri buat dulu??? Masih ada lagi rakyat yang tidak mendapat warganegara???  Kaum India hampir 300k orang masih tidak dapat warganegara. Yang PATI masuk seludup ikut Sabah senang-senang dapat IC warganegara. Barua-barua ni lah yang nak pangkah BN nanti kot dalam PRU13. Sebab tu BN jaga sangat depa-depa ni sebab BN tahu di Sabah rakyat dah mula tolak BN.

Dan hari ini dan sampai PRU13 nanti Murujib akan terus turun padang macam orang bodoh kononnya PM berjiwa rakyatlah kononnya. Dulu masa rampas dari Pak Lah ada ka turun padang??? Yang dia tau pergi luar negara dengan Bik Mama perabih duit rakyat shopping kat Dubai. Bila nak dekat PRU13 mulalah takut dan gelabah turun jumpa rakyat tabur janji.

Dalam perhimpunan UMporNO pun dari mula sampai habis asyik dok balun Pakatan. Katanya UMporNO hanya untuk Melayu. Takperlah ambik lah kata-kata keramat tu. Aku nak kata pula pada korang semua yang Pakatan Rakyat adalah untuk rakyat Malaysia tak kira Melayu ka, Cina ka, India ka, kaum Bumiputera ka dan apa jua agama sekalipun hanya Pakatan Rakyat milik rakyat Malaysia.

Biarlah Murujib dan BN terus berjanji dan berjanji untuk 50 tahun lagi. Rakyat dah mula nampak Murujib akan jatuh tersungkur di pintu Putrajaya. Inilah janji rakyat terhadap penyelewengan UMporNO yang tak pernah menunaikan janji 100% sejak lebih 50 tahun mentadbir negara Malaysia.

No comments: