
Akta Himpunan sekarang sebab dah digubal dengan mengizinkan orang dewasa pergi demo tetapi tidak boleh bawa anak-anak kecil bersama. Cuba korang lihat bagaimana indah dan lancarnya HKR KL112 pada bulan lepas yang seorang pakar Matematik dari sebuah universiti tempatan menganggarkan kehadiran peserta himpunan seramai 700 ribu orang.
Tanyalah pegawai-pegawai polis di balai polis Tun H.S.S Lee bagaimana meriahnya temasya himpunan pada hari tersebut. Tanpa sebarang provokasi semuanya berjalan dalam keadaan aman. Itu yang kita nak dari KERAjaan UMporNO dan BumNgok yang bakal ditumbangkan selepas PRU13 nanti.
Oleh kerana tiada provokasi dan tiada kacau bilau KDN pula nak ambil tindakan kepada mana-mana individu yang membawa anak-anak kecil semasa HKR berlangsung.

Lagipun anak-anak pergi himpunan kali ini bukannya kena sembur dengan gas pemedih mata sehingga memberi kesan IMPAK MAKSIMA. Bukannya ada adegan kejar-mengejar KL MENJERIT. Anak-anak inilah seperti yang berlaku di bumi Palestin adalah pejuang dan pelapis kepada perjuangan Pakatan Rakyat untuk membebaskan negara dari jajahan UMporNO dan BumNgok dari menapak semula di Malaysia setelah peralihan kuasa berlaku nanti.
Sikap double standard polis yang ingin menyaman ibu bapa yang membawa anak-anak ke perhimpunan Pakatan Rakyat menunjukkan bahawa PDRM berpihak kepada UMporNO walaupun mereka kata mereka adalah profesional dan tidak menyebelahi mana-mana parti.
Cuba korang tengok pula himpunan Jelajah Janji Ditepati atau himpunan bantuan RASUAH BR1M, TR1M, KR1M atau macam-macam lagi lah termasuk krim crackers dan rim basikal ada ibu bapa yang pergi membawa anak-anak tetapi mana tindakan polis????????

Tak ada ke polis nak dakwa dakwi ibu bapa yang membawa anak-anak pergi ke konsert anjuran UMporNO atau BumNgok lebih-lebih lagi yang bakal berlangsung di Pulau Pinang sempena Tahun Baru Cina nanti? Siap panggil PSY Gangnam Style menari lagi tu.
Bawa anak-anak ke konsert yang melalaikan tak kena tindakan tapi bawa anak-anak untuk perjuangan diambil tindakan. Ada patut??? Kepala hotak dia patuttttttt....
No comments:
Post a Comment