REFORMASI KAJANG

Fatwa Mutakhir Yusuf Qaradawi mengenai Konspirasi 2 terhadap DSAI

Pembongkaran Video Seks DSAI

Pengakuan YB Johari Abdul Tentang Video Seks Eskay

Pembatalan penggunaan dakwat 'indelible' (tidak terpadam) akan selama lamanya memahat tulisan PENIPU DAN MUSUH RAKYAT di dahi lebar Pengerusi SPR. Sifat MUNAFIK yang amat keji ini mengundang kemarahan dan kekecewaan yang menggunung di kalangan pengundi pengundi. Memang kita sedia maklum mengharapkan ketelusan daripada SPR samalah seperti mengharap gajah dapat melepasi mata jarum.

Bukankah UMNO sendiri lahir dari perhimpunan2 HARAM memprotes Malayan Union yang telah diadakan seluruh Malaya ada tahun 1946.

Kalau hendak menunggu permit, maka tidak lahirlah UMNO kerana tidak mungkin Polis pada masa itu akan memberi permit kepada perhimpunan2 yang membawa kepada lahirnya UMNO.

Oleh sebab itu, penentangan UMNO terhadap BERSIH 2.0 adalah satu bentuk KEMUNAFIKAN yang tersangat besar.

Mufti Perak Sanggah Sumpah Laknat Eskay

Tuesday, January 22, 2013

BN Akan Kalah Hanya SPR Boleh Menangkan

Selepas sahaja Himpunan Kebangkitan Rakyat yang dikenali sebagai #KL112 nampaknya PM kita Murujib semakin tak senang duduk. Nak tidur apatah lagi tak boleh lena. Kalau pengantin baharu senang lah kalau tak boleh lena adalah 'kerja' yang boleh diselesaikan. Ini PM tak boleh lena sebab dah tahu daripada agensi risikan KERAjaan BumNgok yang parti UMporNO dan BumNgok akan kalah teruk dalam PRU13.

Dalam media massa pro-UMporNO yang menjadi barua-barua menyiarkan berita yang rakyat cuma menyokong Pakatan Rakyat dalam PRU12 dulu sebab terpedaya dengan janji-janji pembangkang terutama DS Anwar Ibrahim. Sebab tu dulu aku ada kata selagi orang yang bernama Anwar Ibrahim masih hidup selagi itulah UMporNO tak senang duduk. Baru-baru ini Utusex UMporNO dah diputuskan bersalah kerana memfitnah Anwar dengan memanipulasi keterangan Anwar  tentang homoseks dan lesbian dan diminta membayar saman.

Rakyat dah mula jemu, muak, nak muntah dah dengan Utusex dan RTM dan TV3 yang lebih UMporNO dari parti UMporNO sendiri. Sebab tu rakyat dah mula beralih dengan mendapat info-info dari blog-blog pro-PR. Rakyat dah tahu yang blogger-blogger pro-PR ni hasil tulisannya tidak mendapat apa-apa habuan. Kalau blogger-blogger UMporNO tu lainlah ada yang mendapat elaun beribu-ribu ringgit kot semata-mata untuk memfitnah pembangkang.

Rakyat dah mula sedar yang Murujib tak ada teloq nak bubar Parlimen kalau dah kata di semua tempat yang Murujib pergi hadirinnya seramai berpuluh-puluh ribu atau mencecah ratusan ribu orang. Bila Pakatan Rakyat buat perhimpunan punyalah bodoh dan bangang media dan blog-blog pro-UMporNO kata pembangkang bagi duit setiap orang untuk menghadiri perhimpunan di ibu negara. Setahu aku di setiap perhimpunan rakyat yang menderma untuk Pakatan Rakyat mempunyai dana pilihanraya yang secukupnya.

Korang ingat nak PRU13 ni jual air liur saja ke???

UMporNO bagi duit kat pos-pos panas mereka macam air melimpah ruah. Tak tahulah aku mana depa dapat duit. Jangan guna duit kerajaan sudahlah sebab tu duit rakyat. Penyokong balaci depa kalau tak dapat duit jangan harap nak panjat pokok ikat bendera. Lain dengan Pakatan Rakyat yang cuma upah air dan makanan dan bolehlah panjat pokok ikat bendera itupun kalau ada air dan makanan. Kalau tak kira halal jelah....

Daripada maklumat yang diterima yang mengatakan UMporNO akan kalah teruk dalam PRU13 ini hanya yang boleh menolong regim ni hanyalah SPR. Aku bukan kata semua petugas SPR ni barua-barua UMporNO sebab dalam SPR pun ada petugas-petugas yang merupakan penyokong tegar Pakatan Rakyat. Kita menyahut seruan supaya orang-orang Anwar Ibrahim ada di mana-mana sahaja dalam segala agensi kerajaan dan suruhanjaya. Ini penting sebab kita dari Pakatan Rakyat boleh tahu apa yang sedang berlaku jika ada penyelewengan.

Yang rakyat marah sangat dengan SPR ni ialah orang-orang atas yang pro-UMporNO. Haritu heboh yang salah seorang orang atasan SPR ialah ahli UMporNO. Tapi cepat-cepat mamat tu kata dia dah tak jadi ahli sebab tak bayar yuran. Macam cerita Ali Baba Bujang Lapok lah pulak bila Kassim Baba kena tangkap P.Ramli tanya sudahkah sign kontrak jadi penyamun tapi Kassim Baba cakap nama sudah kena potong sebab tak bayar yurannnnnn....

Sebijik punya otak orang mangkuk hayun cakap macam tu...

Bila Pakatan Rakyat dah mula heboh tentang projek IC yang berlaku di Selangor seperti yang teruk sangat berlaku di Sabah sebab bukan sikit. Aku rasa dah mencecah 130 000 lebih pengundi baharu yang tak dapat dikesan tapi mengundi di Selangor. Selangor ni antara negeri terkaya di Semenanjung sebab tu UMporNO nak ambil Selangor. Senanglah nak bagi projek-projek pada kroni-kroni depa tu. Bila kerajaan Selangor di bawah pimpinan Tan Sri Khalid sekat segala macam projek yang ingin dibuat oleh Kerajaan Persekutuan, mulalah tembelang UMporNO pecah.

Depa kata kerajaan Selangor tak pedulikan rakyat. Sedangkan kroni mereka yang tak dapat projek. Kerajaan Selangor pentingkan nasib beribu-ribu rakyat daripada nasib seorang kroni UMporNO. Dalam berita biasalah budak tadika pun tahu depa interview pro-UMporNO. Semua baca skrip yang dah ditulis. Memanglah mangkuk hayun tu kutuk kerajaan Selangor.

Alah senang cerita macam nilah. Rakyat dari Perlis sampai Sabah dah tahu yang UMporNO dah nak melingkup PRU13 ni. Lantak depalah nak sangat Selangor sampai Murujib kata walau apa cara sekalipun Putrajaya kena dipertahankan. Memang betullah ada projek IC di Selangor ataupun di semua negeri di Malaysia ni. Hanya itu sahaja jalan terbaik yang SPR boleh buat untuk menangkan UMporNO.

Kepada petugas-petugas SPR dan ahli-ahli Pakatan Rakyat perlulah peka dengan orang-orang penyamun tarbus macam ni. Kalau tengok mat-mat bangla ka, mat-mat Myanmar ka, mat-mat Indon ka berada di sekitar tempat mengundi cepat-cepatlah kita periksa dan kalau ragu-ragu bolehlah berhubung dengan anggota polis di tempat mengundi. Bukan kita sebagai rakyat Malaysia tak kenal kot mat bangla, mat myanmar, mat indon nak jadi pengundi hantu ni. Jangan sampai dah tahap gila babi SPR boleh benarkan mat-mat negro jadi pengundi pula sebab ada IC warganegara....

Biar cerdik lah sikit nak buat jahat sekalipun...

No comments: