REFORMASI KAJANG

Fatwa Mutakhir Yusuf Qaradawi mengenai Konspirasi 2 terhadap DSAI

Pembongkaran Video Seks DSAI




Pengakuan YB Johari Abdul Tentang Video Seks Eskay

Pembatalan penggunaan dakwat 'indelible' (tidak terpadam) akan selama lamanya memahat tulisan PENIPU DAN MUSUH RAKYAT di dahi lebar Pengerusi SPR. Sifat MUNAFIK yang amat keji ini mengundang kemarahan dan kekecewaan yang menggunung di kalangan pengundi pengundi. Memang kita sedia maklum mengharapkan ketelusan daripada SPR samalah seperti mengharap gajah dapat melepasi mata jarum.


Bukankah UMNO sendiri lahir dari perhimpunan2 HARAM memprotes Malayan Union yang telah diadakan seluruh Malaya ada tahun 1946.

Kalau hendak menunggu permit, maka tidak lahirlah UMNO kerana tidak mungkin Polis pada masa itu akan memberi permit kepada perhimpunan2 yang membawa kepada lahirnya UMNO.

Oleh sebab itu, penentangan UMNO terhadap BERSIH 2.0 adalah satu bentuk KEMUNAFIKAN yang tersangat besar.



Mufti Perak Sanggah Sumpah Laknat Eskay









Tuesday, September 3, 2013

Hadiah Sempena Merdeka Ke 56

Dah lama sangat aku tak menulis dalam blog ni. Bukan apa lepas dah habis PRU13 ni rasa nak rileks kepala hotak sikit. Tapi hari ini aku nak menulis lah sikit. Sajalah nak menyibuk sebab ramai blogger Pakatan yang dah rancak menaip sejak dari semalam lagi pasal minyak naik. Heboh 1Malaysia bila minyak naik tapi semua tu hangat-hangat tahi ayam jer.

Tengah hari semalam bila aku dapat tahu dari sumber-sumber yang boleh dipercayai akan kenaikan harga petrol aku pun macam barua-barua penyokong tegar UMporNO lah jugak isi minyak. Waktu tu stesyen minyak lengang lagi. Ye lah baru tengah hari orang ramai pun belum tahu lagi. Kebetulan aku tak kerja semalam aku pusing-pusing bandar waktu petang dan tengok masih lengang lagi stesyen minyak.

Pada firasat aku masih ramai lagi rakyat yang tak tahu tentang berita sensasi ni. Aku bukak dalam FB dengan Twitter dah mula kecoh tentang minyak naik.

"BN sinonim Barang Naik"
"Hadiah dari BN untuk rakyat selepas PRU13"
"Apa nak bising-bising, Najib sayang kita kita sayang Najib"
"Setakat 2 kupang pun nak bising ka?"

Pak-pak menteri pun heboh yang kenaikan harga minyak langsung tak jejas ekonomi rakyat walaupun di kampung-kampung. Ada sekor pak menteri barua kata petrol naik tak jejas orang kampung sebab orang-orang kaya yang berkemampuan jer ada kereta, orang kampung ada kereta ke nak bising-bising??? Barua lahanat ni cakap senang lah sebab petrol dia rakyat isikan, makan minum dia rakyat suapkan, gaji elaun dia rakyat sediakan, semua rakyat 1Malaysia yang cukupkan semua keperluan pak-pak Menteri ni.

Aku nak bagitaulah takut pak menteri yang kaya di Sarawak ni tak nampak. Mungkin mangkuk ni naik sampan kot tak guna minyak. Kalau bot guna minyak jugak. Atau pengundi dan orang kampung dia tu memang tak ada kereta lah kot sebab sana hutan tebal. Naik kereta lembu lah kot. Nak habaq mai dekat pak menteri tu kereta ni mana-mana tempat dah orang pakai. Dah jadi keperluan dah bukan kemampuan lagi. Kalau kemampuan tu berbini dua bukan keperluan bodohhhh.

Tapi padanlah muka rakyat dengan hadiah ini bertepatan lah pulak dengan tarikh pemecatan DS Anwar Ibrahim dari UMporNO. Bila kenaikan yang melibatkan rakyat pak-pak menteri masih lagi bercakap pasal bersyukur kita masih lagi rendah dalam harga minyak berbanding negara jiran. Aku bukan nak kutuk pak-pak menteri tu sebab kenyataan bangang macam tu budak tadika pun tahu.

Bila Pakatan nak turunkan harga minyak rakyat kata cadangan untuk membrangkapkan negara. Nak hapus PTPTN, nak hapus tol, nak turun harga kereta, nak turunkan cukai rakyat semua tu dikatakan Anwar nak jual Malaysia kepada Amerika. Jadi yang Murujib buat dengan kenaikan semuanya untuk kukuhkan ekonomi Malaysia.

Yelah kot... Orang kahwin pun asyik 'naik' selalu jer kan. Akhirnya perut yang kecik tu pun turut 'naik' jugak. Allah kata ramai anak tu akan 'naik rezeki'. Jadi perkataan 'naik' ni lebih mulia dari perkataan 'turun'. Patutnya Anwar kata kalau Pakatan menang esok minyak naik, cukai naik, tol naik, semua harga barang naik barulah rakyat undi Pakatan sebab rakyat Malaysia suka yang naik-naik sahaja. Tak suka yang turun-turun ni.

Kalau kalah pun KERAjaan UMporNO akan naikkan juga semua harga barang jadi bolehlah kata manifesto BN tiru 100% manifesto Pakatan. Betul tak???

Marah rakyat Malaysia tak seperti marah rakyat negara luar pun. Bila minyak naik yang sokong Pakatan marah yang sokong UMporNO marah yang tak sokong mana-manapun marah. Tapi yang jadi persamaan antara kesemua penyokong Pakatan dan UMporNO ialah masing-masing isi minyak lepas maghrib sampai dah jadi macam pesta pulak.

Macamlah isi penuh satu tangki tu boleh bertahan sampai 5 tahun nak tunggu PRU14 pulak. Bila dah nak dekat sampai PRU14 MELAYU MUDAH LUPA. Dapat B1IM, TR1M, KR1M, dan apa segala macam mak nenek R1M ni turun lah marah rakyat. Sebab tulah merdeka ni rakyat masih lagi dijajah oleh UMporNO yang merupakan anak didik penjajah. Rakyat masih lagi tidak mahu dimerdekakan oleh KERAjaan UMporNO.

Sekarang ni nak bising-bising pun tak guna. Tunggulah apa lagi bala yang Murujib UMporNO nak hadiahkan pada rakyat 1Malaysia. TAHNIAH DS Najib yang jadi PM atas undi minoriti 47% berbanding DS Anwar yang mendapat undi popular 51%.

No comments: