REFORMASI KAJANG

Fatwa Mutakhir Yusuf Qaradawi mengenai Konspirasi 2 terhadap DSAI

Pembongkaran Video Seks DSAI




Pengakuan YB Johari Abdul Tentang Video Seks Eskay

Pembatalan penggunaan dakwat 'indelible' (tidak terpadam) akan selama lamanya memahat tulisan PENIPU DAN MUSUH RAKYAT di dahi lebar Pengerusi SPR. Sifat MUNAFIK yang amat keji ini mengundang kemarahan dan kekecewaan yang menggunung di kalangan pengundi pengundi. Memang kita sedia maklum mengharapkan ketelusan daripada SPR samalah seperti mengharap gajah dapat melepasi mata jarum.


Bukankah UMNO sendiri lahir dari perhimpunan2 HARAM memprotes Malayan Union yang telah diadakan seluruh Malaya ada tahun 1946.

Kalau hendak menunggu permit, maka tidak lahirlah UMNO kerana tidak mungkin Polis pada masa itu akan memberi permit kepada perhimpunan2 yang membawa kepada lahirnya UMNO.

Oleh sebab itu, penentangan UMNO terhadap BERSIH 2.0 adalah satu bentuk KEMUNAFIKAN yang tersangat besar.



Mufti Perak Sanggah Sumpah Laknat Eskay









Monday, September 16, 2013

PAS Jangan Nak Tunjuk Lagak

PRU13 dah berlalu dengan sedikit kesedihan kepada para penyokong Pakatan Rakyat kerana kalah dalam penipuan UMporNO dan SPR. Namun sebagai penyokong yang dah biasa kalah bukan beerti terus tumbang selamanya tapi akan bangkit kembali menjelang PRU14 nanti. Tahniahlah kepada rakyat yang mengundi UMporNO dan KERAjaan BumNgok sehinggakan selepas ini segala-galanya akan naik bermula dengan harga minyak baru-baru ini.

Post mortem Pakatan Rakyat telah dibuat oleh parti DAP, PKR dan PAS yang menunjangi Pakatan Rakyat. Ramai yang melihat bahawa parti DAP mendominasi keputusan penuh kali ini di peringkat Parlimen diikuti parti PKR dan PAS. UMporNO sengaja memperbodohkan lagi rakyat Malaysia dengan mengatakan bahawa UMporNO menang jadi pemimpin DAP tak boleh jadi PM.

Kepala hotak dia cakap macam tu. DAP hanya menang 40 lebih sahaja dan tak mungkin akan mentadbir negara Malaysia tanpa kerjasama PKR dan DAP. UMporNO menambah tengoklah di Penang DAP dengan bangganya 2 penggal mentadbir. Penang orang Cina punya. Pundek dia cakap macam tu. Bodohlah orang-orang UMporNO sebab sebelum nipun GERAKAN yang mentadbir Penang. GERAKAN tu melayu ke???? DAP ada juga orang Melayu dan India dalam partinya sebab DAP parti pelbagai kaum.

Yang buat jadi kacau sekarang ialah apabila Ketua Dewan Ulama PAS Ustaz HArun Taib dalam ucaptama Multaqa Ulama Semalaysia mencadangkan agar hubungan PAS dengan PKR dan DAP dibuat semula kerana berpendapat kemerosotan parti itu dikalangan Melayu disebabkan hubungan politik ini.

Sebenarnya PAS tidak rugi pun dalam hubungan ini. Gabungan PAS, DAP dan PKR bertujuan menumbangkan UMporNO dan BumNgok dalam PRU. Kenapa PAS sebagai parti yang telah lama bertapak membuat kenyataan begini??? Adakah dalam PAS kini dah kepunan sangat nak jadi MB atau PM??? Adakah dah termasuk dalam perangkap UMporNO apabila asyik dengar cakap-cakap UMporNO yang dah kehilangan sokongan yang mengatakan PAS parti bodoh yang diperbodohkan untuk mengikut cakap PKR dan DAP???

Mungkin sbb Selangor PAS parti kedua banyak menang DUN dan sudah pasti ingin jadi MB di negeri paling kaya di Malaysia walaupun DAP menang paling banyak DUN tapi sudah pasti Sultan lebih mahukan seorang MB Melayu daripada Pakatan Rakyat dan PKR dan DAP sebulat suara memilih semula TS Khalid dan dipersetujui Sultan untuk mentadbir Selangor sepenggal lagi.

Janganlah kerana ini PAS berkecil hati dan lihatlah kesepakatan PAS, PKR dan DAP pada PRU12 lalu dapat merampas Perak dan MB diberi kepada PAS. Apa pula DAP dan PKR rasa??? Tapi disebabkan Sultan yang pilih dan keutamaan Pakatan Rakyat hanya untuk menumbangkan UMporNO dan BumNgok maka apa-apa yang boleh merenggangkan kerjasama dilupakan.

Walaupun PAS sudah lama menapak di Malaysia tapi PAS kena ingat bahawa tanpa kerjasama DAP dan PKR, PAS mungkin kekal di Kelantan sahaja. Apa sudah jadi dengan kerajaan Pakatan Rakyat di bawah PAS di Kedah selepas PRU13??? Hancur sebab pemimpin sendiri yang agak cuai dalam memahami masalah rakyat. Janganlah PAS nak berdabik dada mengatakan PAS parti melayu terkuat selepas UMporNO.

Fikirlah sikit apa dah jadi dalam PRU13 yang lepas. Sedap mulut jer Haji Hadi cakap PAS masuk calon sebab ada calon dari PR yang jual dadah. Ada calon PR yang berfahaman Maxxim. Kalau itu kes di Terengganu dan Damansara apa pula halnya di Penang bila Chegu Bard yang boleh menang DUN tetapi akhirnya buta-buta kemenangan jatuh pada UMporNO.

Inilah yang UMporNO mahukan melaga-lagakan DAP, PKR dan PAS supaya PAS keluar dari PR. Sebenarnya UMporNO dah takut apabila pengundi Cina dah mula menyokong DAP hinggakan MCA dan MIC terjejas teruk. MIC pun dah marah Murujib sebab lantik Uthaya jadi Timbalan Menteri kononnya Hindraf boleh menjaga kaum India di Malaysia. Ke mana nak letak MIC yang dah lama bekerjasama dengan UMporNO???

Biarlah Ustaz Nasha tu bawa diri dengan bergambar dengan si SayFOOL tu kahwin. Aku tak nak cakap apa-apalah hanya suami isteri yang tahu apa terjadi pada malam perkahwinan. Kalau aku diliwat malu wooo mau kahwin dan perempuan tu pun malu juga nak jadi isteri. Yelah dah tak teruna hehehe...

Betul kata Tok Guru Nik Aziz PAS perlu membuat penambahbaikan bukan keluar dari Pakatan Rakyat. Jangan PAS nak jaga hati Tok Guru Nik Aziz kerana beliau masih hidup PAS teruskan usahasama. Tapi dalam diri PAS dah tak tahan nak berambus dari PR. Sesetengah kata ahli PAS nyawa Tok Guru Nik Aziz adalah nyawa PAS dan PAS tetap hidup selagi Tok Guru Nik Aziz hidup. Tak tahulah jika Tok Guru Nik Aziz pergi mengadap Ilahi nanti. Jangan PAS hancur disebabkan ada ulama yang dah mula tamakkan dunia.

Lihatlah sekitar nak pemilihan PAS nampaknya mahukan golongan Ulama menunjangi PAS. Namun PAS perlu sedar yang paling penting pemimpin yang istiqamah hidup mati dengan PAS. Mat Sabu kalah menang disepak terajang tetap dengan PAS. Walaupun Mat Sabu bukannya ulama dan pernah ada fitnah skandal begitu juga dengan Mustafa Ali tapi mereka ini tetap setia dengan PAS. Bukan seperti Ustaz Nasha yang duduk dalam barisan Ulama tetapi nak jadi ular dalam semak UMporNO.

PAS boleh pergi kalau mahu tapi fikirlah semula yang PAS tak akan Berjaya mencapai kehendaknya untuk menawan mana-mana negeri lagi tanpa kerjasama dengan PKR dan DAP. Kalau parti Islam dan nak perjuangkan Islam sepatutnya PAS gunakan kerjasama ini untuk memahamkan DAP yang dah mula ingin mengenali apa itu Islam yang sebenar. Pernah PAS terlintas yang pemimpin DAP akan berceramah di Markaz PAS dan di pentas-pentas ceramah PAS dan PAS pula dijemput dan diterima masyarakat India dan CIna di Malaysia jika bukan adanya kerjasama dalam PR???

Lu pikirlah sendiri...

No comments: