REFORMASI KAJANG

Fatwa Mutakhir Yusuf Qaradawi mengenai Konspirasi 2 terhadap DSAI

Pembongkaran Video Seks DSAI




Pengakuan YB Johari Abdul Tentang Video Seks Eskay

Pembatalan penggunaan dakwat 'indelible' (tidak terpadam) akan selama lamanya memahat tulisan PENIPU DAN MUSUH RAKYAT di dahi lebar Pengerusi SPR. Sifat MUNAFIK yang amat keji ini mengundang kemarahan dan kekecewaan yang menggunung di kalangan pengundi pengundi. Memang kita sedia maklum mengharapkan ketelusan daripada SPR samalah seperti mengharap gajah dapat melepasi mata jarum.


Bukankah UMNO sendiri lahir dari perhimpunan2 HARAM memprotes Malayan Union yang telah diadakan seluruh Malaya ada tahun 1946.

Kalau hendak menunggu permit, maka tidak lahirlah UMNO kerana tidak mungkin Polis pada masa itu akan memberi permit kepada perhimpunan2 yang membawa kepada lahirnya UMNO.

Oleh sebab itu, penentangan UMNO terhadap BERSIH 2.0 adalah satu bentuk KEMUNAFIKAN yang tersangat besar.



Mufti Perak Sanggah Sumpah Laknat Eskay









Sunday, November 10, 2013

Mat Sabu vs Mohd Amar

22 November ini akan berlaku pertarungan sengit antara Haji Mohamad Sabu atau lebih dikenali sebagai Abang Mat dengan Timbalan Menteri Besar Kelantan iaitu Datuk Mohd Amar Nik Nik Abdullah dalam pertarungan dua penjuru. Pada Muktamar PAS ke-59 di Shah Alam yang lepas ada ura-ura meminta agar kerusi Timbalan Presiden diwakili oleh golongan ulama. Ini sinonim bahawa PAS adalah parti Islam yang bertunjangkan ulama.

Pada hemat aku lah, PAS perlu bermuhasabah diri. Memang aku tabik spring yang PAS sejak ditubuhkan sampai sekarang masih bertahan sehingga mencecah hampir setengah juta ahli parti berdaftar dan beratus ribu lagi penyokong tegar. Tapi tengoklah sejak bila PAS dapat menambat hati kaum Cina dan India sehingga boleh diterima pengundi-pengudi bagi membentuk kerajaan campuran Pakatan Rakyat???

Sejak keluarnya DS Anwar Ibrahim, beliau telah menyatukan parti DAP, PAS dan PSM dan PKR di bawah naungan Pakatan Rakyat. Sejak PRU12 tahun 2008, PAS mula diterima para pengundi Cina dan India tanpa rasa takut lagi dengan jubbah dan serban. Malah para pemimpin DAP sendiri pun berceramah di pentas-pentas PAS termasuk di Markas PAS Taman Melewar. Tidakkah PAS masih kurang yakin dengan sokongan orang-orang bukan Islam pada PAS???

Tapi selepas PRU13 yang lepas, PAS dilihat tertekan dengan kekuranan majoriti pengundi-pengundi Melayu menyokong PAS. Walaupun PAS mendapat undi yang banyak dari kaum lain tetapi menghadapi kemerosotan dalam undi Melayu. Sehingga ada suara-suara meminta PAS keluar dari Pakatan Rakyat setelah krisis MB Selangor masih kekal pada TS Khalid dari PKR. Hakikatnya PAS mengintai jawatan MB Selangor tersebut.

Mungkin kekecewaan PAS menjadi parah sehingga untuk cover rasa malu dalam muktamar yang lepas diwarwarkan supaya kesemua jawatan tertinggi PAS diisi oleh golongan ulama. Memandangkan Abang Mat Sabu sudah tidak menang dalam sebarang PRU lagi jadi dirasakan Abang Mat sudah tidak berfungsi dalam parti PAS. Tambahan pula Abang Mat pernah dituduh dengan skandal seks dan khalwat. Namun perlulah dilihat keputusan mahkamah seperti kes DS Anwar Ibrahim yang didapati tidak bersalah. Semoga Allah melaknat SayFOOL dan Murujib Yellek tu.

Aku bukan nak berkempen untuk Abang Mat Sabu tapi semua rakyat Malaysia cukup kenal dengan beliau. Mungkin hidup mati beliau bersama PAS sehingga hujung nyawanya. Cukuplah korang semua dengar yang Abang Mat pernah ditahan ISA, menjadi penggerak kepada demo jalanan rakyat, tidak takut kepada undang-undang zalim MahaFiraun, pernah ditahan polis kerana menegakkan kebenaran dan pelbagai lagi yang beliau sanggup bersusah payah demi rakyat.

Orang sebeginilah yang diperlukan dalam sesebuah parti. Menganggap parti adalah darah daging yang perlu dijaga dan dipertahankan. Memanglah kalau disbanding bezakan mungkin pengetahuan agama Abang Mat dengan Ustaz Mohd Amar agak jauh beza tetapi jika Presiden sudah disandang oleh ulama iaitu Tok Guru Haji Hadi biarlah Timbalan Presiden disandang oleh golongan yang tegas dan menjunjung parti dengan nyawanya.

Inilah yang diinginkan oleh sesebuah parti dalam perjuangan Islam. Bukan aku nak kata golongan ulama tak bagus. Cuma segala jasa Abang Mat jangan dilupakan dan tulang empat kerat Abang Mat masih diperlukan oleh rakyat Malaysia. Aku tahu kalau Abang Mat kalah sekalipun beliau tetap dengan demo dan ceramah untuk kepentingan rakyat. Tapi sekurang-kurangnya kita balas jasanya dengan mengekalkan kedudukan beliau sebagai Timbalan Presiden PAS. Jawatan boleh menggerunkan pihak lawan.

Mungkin dalam PAS agak sukar untuk Abang Mat Sabu mendapat undi dari proulama berbanding Ustaz Mohd Amar tetapi jangan lupa dalam suara rakyat Malaysia Abang Mat Sabu cukup dikenali ramai sehingga menggelarnya pejuang rakyat. Memang bukan tujuan aku nak berkempen untuk Abang Mat Sabu tetapi pada firasat aku setiap orang ada kelebihan dan kekurangan. Janganlah dilihat terlalu banyak kepada kekurangan Abang Mat Sabu. Duduk rileks dan fikirlah pada masa depan parti bahawa Abang Mat Sabu adalah symbol kekuatan dan penggerak parti PAS sehingga menonjol dipersada dunia.

Semoga siapa yang menang jawatan Timbalan Presiden akan berani memperjuangka suara rakyat bukan sekadar duduk dalam ekon sedangkan rakyat bersusah payah berdemo jalanan, berpanas terik, dibelasah polis dan ditangkap kerana menyuarakan ketidakpuasan dalam sistem pentadbiran MahaFiraun.

Fikirlah kepada para perwakilan semua...



No comments: