REFORMASI KAJANG

Fatwa Mutakhir Yusuf Qaradawi mengenai Konspirasi 2 terhadap DSAI

Pembongkaran Video Seks DSAI




Pengakuan YB Johari Abdul Tentang Video Seks Eskay

Pembatalan penggunaan dakwat 'indelible' (tidak terpadam) akan selama lamanya memahat tulisan PENIPU DAN MUSUH RAKYAT di dahi lebar Pengerusi SPR. Sifat MUNAFIK yang amat keji ini mengundang kemarahan dan kekecewaan yang menggunung di kalangan pengundi pengundi. Memang kita sedia maklum mengharapkan ketelusan daripada SPR samalah seperti mengharap gajah dapat melepasi mata jarum.


Bukankah UMNO sendiri lahir dari perhimpunan2 HARAM memprotes Malayan Union yang telah diadakan seluruh Malaya ada tahun 1946.

Kalau hendak menunggu permit, maka tidak lahirlah UMNO kerana tidak mungkin Polis pada masa itu akan memberi permit kepada perhimpunan2 yang membawa kepada lahirnya UMNO.

Oleh sebab itu, penentangan UMNO terhadap BERSIH 2.0 adalah satu bentuk KEMUNAFIKAN yang tersangat besar.



Mufti Perak Sanggah Sumpah Laknat Eskay









Saturday, December 21, 2013

Muruijib Nak Gadai Harta Negara?

NONEPKR menggesa agar satu sidang tergempar Parlimen dilangsungkan untuk membincangkan kemungkinan aset negara yang telah dijual sebagai langkah terakhir kerajaan BN untuk mencapai sasaran defisit negara.

Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli berkata beliau terkejut apabila penjualan itu dilaporkan dalam laporan terkini Bank Dunia yang terkini, 'Malaysia Economic Monitor: December 2013'.

Beliau memetik halaman sepuluh laporan itu yang memperincikan rancangan kerajaan untuk mencapai sasaran defisit empat peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dalam tahun 2013 berbanding 4.5 peratus dalam tahun 2013.

Menurut laporan itu, pendapatan tambahan RM11.8 bilion yang melebihi anggaran belanjawan asal terdiri daripada RM7.4 bilion daripada sumber bukan cukai.

Ini termasuklah RM1.4 bilion daripada penjualan aset dan RM4.2 bilion daripada pensekuritian gadai janji kerajaan.

Gadai janji kerajaan adalah pinjaman yang diberikan kerajaan dan digunakan untuk membeli rumah atau hartanah.

Pensekuritian gadai janji pula adalah proses mengumpulkan gadai janji dan menjualkannya kepada pelabur untuk mendapatkan wang tunai.

NONE"Ini adalah pendedahan yang cukup mengejutkan kerana pentadbiran Datuk Seri Najib Razak sudah sampai ke peringkat menjual aset negara dan mencagarkan harta-harta negara untuk menampung keborosan dan pembaziran kerajaannya," kata anggota Parlimen Pandan itu.

Rafizi mengesyaki rancangan menjual aset negara itu sudah pun berlaku kerana sasaran kadar defisit empat peratus dalam tahun 2013 telah gagal.

"Ini bermakna, harta-harta negara ini telah pun dijual dan digadai supaya hasilnya itu diperolehi dalam tahun 2013 untuk menutup jurang pendapatan dan perbelanjaan negara.

"Perkara ini akan saya bawa dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan malam ini supaya permohonan sidang tergempar Parlimen boleh dibuat secepat mungkin," katanya.

~MK~

No comments: