REFORMASI KAJANG

Fatwa Mutakhir Yusuf Qaradawi mengenai Konspirasi 2 terhadap DSAI

Pembongkaran Video Seks DSAI




Pengakuan YB Johari Abdul Tentang Video Seks Eskay

Pembatalan penggunaan dakwat 'indelible' (tidak terpadam) akan selama lamanya memahat tulisan PENIPU DAN MUSUH RAKYAT di dahi lebar Pengerusi SPR. Sifat MUNAFIK yang amat keji ini mengundang kemarahan dan kekecewaan yang menggunung di kalangan pengundi pengundi. Memang kita sedia maklum mengharapkan ketelusan daripada SPR samalah seperti mengharap gajah dapat melepasi mata jarum.


Bukankah UMNO sendiri lahir dari perhimpunan2 HARAM memprotes Malayan Union yang telah diadakan seluruh Malaya ada tahun 1946.

Kalau hendak menunggu permit, maka tidak lahirlah UMNO kerana tidak mungkin Polis pada masa itu akan memberi permit kepada perhimpunan2 yang membawa kepada lahirnya UMNO.

Oleh sebab itu, penentangan UMNO terhadap BERSIH 2.0 adalah satu bentuk KEMUNAFIKAN yang tersangat besar.



Mufti Perak Sanggah Sumpah Laknat Eskay









Tuesday, December 24, 2013

Zahid Panas Punggung Di Bagan Datoh

Mahkamah Persekutuan hari ini memerintahkan Mahkamah Tinggi mendengar semula petisyen yang difailkan calon PKR bagi kerusi Parlimen Bagan Datoh.

Panel lima orang hakim diketuai Tan Sri Raus Sharif memutuskan bahawa sesiapa sahaja boleh memfailkan petisyen.

Hakim Mahkamah Tinggi Ipoh Umi Kalthum Abdul Majid pada 15 Ogos lalu memutuskan bahawa petisyen oleh calon PKR Madhi Hasan dan pengundi Azmi Sulaiman gagal mematuhi Peraturan 9 Kaedah-Kaedah Petisyen Pilihan Raya 1954.

Peraturan itu menetapkan nama peguam bagi pihak yang memfailkan petisyen perlu dinyatakan dalam dokumen itu dan mahkamah tidak menerima sekiranya petisyen difailkan oleh firma-firma undang-undang.

Laporan sebelum ini menyebut, dua petisyen berkenaan mendakwa calon BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi membeli undi dan membelanjakan lebih daripada jumlah yang dibenarkan secara sah untuk berkempen.

Petisyen itu menyatakan bahawa Ahmad Zahid membelanjakan sehingga RM2 juta, sedangkan had perbelanjaan yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya ialah RM200,000 bagi kerusi Parlimen .

Petisyen tersebut disertakan dengan gambar-gambar dalam blog Ahmad Zahid, yang digambarkan beliau mengedarkan bantuan dalam kawasan Parlimennya sebagai bukti.

Sementara itu, Mahkamah Persekutuan juga mengarahkan Mahkamah Tinggi untuk mendengar petisyen pilihan raya Lubok Merbau. Kerusi ini dimenangi oleh BN Siti Salamah Mat Jusak, dengan kelebihan hanya 53 undi berbanding undi yang diperolehu cakib PAS Mohd Zainuddin Mohd Yusof.

Mahkamah Persekutuan juga menolak rayuan oleh BN bagi kerusi Lembah Pantai dan Batu yang dipegang oleh PKR iaitu Nurul Izzah Anwar dan Tian Chua.

~MK~

Saturday, December 21, 2013

Rakyat Didahulukan Potong Subsidi Menteri Diutamakan Naik Elaun

Murujib dengan sombong berkata pemotongan subsidi yang dibuat KERAjaan UMporNO BumNgok baik untuk meningkatkan ekonomi Negara. Seperti slogan yang dilaung-laungkan iaitu Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan. Memang kena betullah dengan slogan tersebut kan.

Apa sahaja yang akan dibalas dendam oleh KERAjaan UMporNO BumNgok semuanya akan didahulukan kepada rakyat. Tak kiralah samada rakyat mengundi UMporNO BumNgok semasa PRU13 dula ka atau memang tegar penyokong pembangkang tetap kena tempiasnya.

Kalau penyokong Pakatan Rakyat memang dah lali sangat dengan perangai para pemimpin UMporNO BumNgok ni. Kita dianaktirikan tetapi yang kesiannya barua-barua yang mengundi UMporNO BumNgok lah yang kena tempiasnya. Orang kata marahkan nyamuk habis satu kelambu dibakar.

Apalagi yang tak naik selepas PRU13 ini??? Turun takdak nak naik lagi ada... Elektrik pun akan naik lagi. Tol pun akan naik lagi tahun depan. Gula dah naik petrol pun dah naik. Bodoh punya UMporNO BumNgok sinonim dengan Barang Naik. Tapi bodoh lagi para pengundi yang memangkah UMporNO BumNgok kerana kesannya 5 tahun lagi untuk PRU14.

Bila Pakatan Rakyat nak turunkan pelbagai cukai dikatakan akan membangkrapkan Negara. Sekarang tindakan Murujib memang betullah membangkrapkan rakyat. GST akan datang lagi 2 tahun mampuslah kita semua.

Sebenarnya terketaq-ketaq Murujib nak naikkan segala macam cukai tapi kena tunggu PRU13 dulu. Dahlah menang minoriti 47% kalau naikkan menjelang PRU13 aku rasa Murujib akan menang minoriti 37% jelah kot. Apapun dia PM yang korang sayang sangat.

Murujib menyanyi bukan main sakan IM4U la ni kalau semua takdak subsidi cubalah rasa keperitan rakyat dengan potong semua elaun-elaun segala macam yang pak-pak menteri dapat. Ada berani tak mengamuk??? Elaun yang barua-barua menteri dapat berpuluh-puluh ribu memang tak rasalah kenaikan harga. Rakyat diberi BR1M cuma RM600 tapi nak hadap kenaikan harga barang selama setahun???

Lu pikirlah sendiri.

Muruijib Nak Gadai Harta Negara?

NONEPKR menggesa agar satu sidang tergempar Parlimen dilangsungkan untuk membincangkan kemungkinan aset negara yang telah dijual sebagai langkah terakhir kerajaan BN untuk mencapai sasaran defisit negara.

Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli berkata beliau terkejut apabila penjualan itu dilaporkan dalam laporan terkini Bank Dunia yang terkini, 'Malaysia Economic Monitor: December 2013'.

Beliau memetik halaman sepuluh laporan itu yang memperincikan rancangan kerajaan untuk mencapai sasaran defisit empat peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dalam tahun 2013 berbanding 4.5 peratus dalam tahun 2013.

Menurut laporan itu, pendapatan tambahan RM11.8 bilion yang melebihi anggaran belanjawan asal terdiri daripada RM7.4 bilion daripada sumber bukan cukai.

Ini termasuklah RM1.4 bilion daripada penjualan aset dan RM4.2 bilion daripada pensekuritian gadai janji kerajaan.

Gadai janji kerajaan adalah pinjaman yang diberikan kerajaan dan digunakan untuk membeli rumah atau hartanah.

Pensekuritian gadai janji pula adalah proses mengumpulkan gadai janji dan menjualkannya kepada pelabur untuk mendapatkan wang tunai.

NONE"Ini adalah pendedahan yang cukup mengejutkan kerana pentadbiran Datuk Seri Najib Razak sudah sampai ke peringkat menjual aset negara dan mencagarkan harta-harta negara untuk menampung keborosan dan pembaziran kerajaannya," kata anggota Parlimen Pandan itu.

Rafizi mengesyaki rancangan menjual aset negara itu sudah pun berlaku kerana sasaran kadar defisit empat peratus dalam tahun 2013 telah gagal.

"Ini bermakna, harta-harta negara ini telah pun dijual dan digadai supaya hasilnya itu diperolehi dalam tahun 2013 untuk menutup jurang pendapatan dan perbelanjaan negara.

"Perkara ini akan saya bawa dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan malam ini supaya permohonan sidang tergempar Parlimen boleh dibuat secepat mungkin," katanya.

~MK~