Ketua Umum PKR Anwar Ibrahim berkata sabitan terhadapnya adalah untuk memastikan beliau tidak boleh bertanding di Kajang. Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak akan dapat bertanding dalam pilihan raya kecil (PRK) Kajang pada 23 Mac ini kerana sabitannya dalam kes liwat II, membatalkan kelayakannya untuk menjadi calon.Katanya, yang cukup menariknya ialah pendakwa yang dilantik kerajaan, Datuk Muhammad Shafee Abdullah membuat rujukan khas kepada Kajang dalam mitigasi.
"Peguam saya telah diminta mengosongkan tarikh 7-10 April, dan tarikh-tarikh ini telah dibawa ke hadapan kerana ini (Kajang)," katanya.
"Karpal mempunyai perbicaraan kes bunuh pada hari Khamis dan dia telah diminta mengosongkan tarikh itu untuk perbicaraan ini," katanya.
Ditanya apa yang akan berlaku kepada Kajang tanpanya, ahli politik yang berusia 66 tahun itu berkata, kawasan pilihan raya itu akan menjadi lebih kuat.
Sambil ketawa Anwar berkata beliau yakin partinya akan menjadi lebih kukuh lagi kerana "bos mereka dalam kepayahan".
"Saya secara peribadi akan ke sana dan berkempen bagi memastikan kemenangan," katanya.
Naib Presiden PKR, N Surendran berkata memandangkan Anwar telah disabitkan, maka soal "kehilangan kelayakan tidak dapat dielakkan".
Ketika Anwar menanti mitigasi bagi hukuman terhadapnya, yang akan diumumkan Mahkamah Rayuan lewat hari ini, Surendran berkata bahagian penting sekarang ialah kemungkinan "penangguhan pelaksanaan hukuman".
Perkara 47 Perlembagaan Persekutuan menyatakan bahawa seseorang individu yang disabitkan, tidak berkelayakan untuk menjadi calon jika sabitan itu termasuk hukuman penjara lebih setahun, atau denda lebih RM2,000.
Ini juga dinyatakan dalam buku panduan Suruhanjaya Pilihan Raya bagi calon pilihan raya.
~MK~
No comments:
Post a Comment