REFORMASI KAJANG

Fatwa Mutakhir Yusuf Qaradawi mengenai Konspirasi 2 terhadap DSAI

Pembongkaran Video Seks DSAI




Pengakuan YB Johari Abdul Tentang Video Seks Eskay

Pembatalan penggunaan dakwat 'indelible' (tidak terpadam) akan selama lamanya memahat tulisan PENIPU DAN MUSUH RAKYAT di dahi lebar Pengerusi SPR. Sifat MUNAFIK yang amat keji ini mengundang kemarahan dan kekecewaan yang menggunung di kalangan pengundi pengundi. Memang kita sedia maklum mengharapkan ketelusan daripada SPR samalah seperti mengharap gajah dapat melepasi mata jarum.


Bukankah UMNO sendiri lahir dari perhimpunan2 HARAM memprotes Malayan Union yang telah diadakan seluruh Malaya ada tahun 1946.

Kalau hendak menunggu permit, maka tidak lahirlah UMNO kerana tidak mungkin Polis pada masa itu akan memberi permit kepada perhimpunan2 yang membawa kepada lahirnya UMNO.

Oleh sebab itu, penentangan UMNO terhadap BERSIH 2.0 adalah satu bentuk KEMUNAFIKAN yang tersangat besar.



Mufti Perak Sanggah Sumpah Laknat Eskay









Sunday, June 12, 2011

Chua SOi Sex Buktikan 1Malaysia Gagal

Kenyataan Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek yang mahu Pertubuhan Pribumi Perkasa Negara (Perkasa) disingkirkan daripada 1Malaysia ciptaan Datuk Seri Najib Razak menunjukkan konsep itu gagal sama sekali.

Ahli Parlimen Jerai, Mohd Firdaus Jaafar berpendapat Perkasa yang diterajui oleh Ahli Parlimen Pasir Mas, Ibrahim Ali yang kononnya memperjuangkan bangsa Melayu sebenarnya hanyalah ‘topeng’ kepada Umno yang sememangnya sebuah parti perkauman.

Katanya, tindakan mereka yang ekstrem serta melaungkan hanya semangat kemelayuan jelas bertentangan dengan semangat 1Malaysia yang mana bertujuan untuk menyatukan semua kaum di kalangan masyarakat majmuk di dalam negara ini.

Chua dalam wawancaranya bersama Malaysiakini menyatakan bahawa 1Malaysia dimulakan dengan langkah yang salah iaitu dilancarkan selepas pilihan raya umum Mac 2008. Kesan pilihan raya tersebut, menyaksikan ahli politik menjadi gusar dan sesetengah mereka mengambil pendirian perkauman yang melampau.

Firdaus berkata, walaupun tidak menyebut dengan jelas namun umum mengetahui ianya ditujukan kepada Perkasa.

Katanya, konsep 1Malaysia yang diperkenalkan oleh Najib sememangnya hanyalah retorik semata-mata kerana di dalam Barisan Nasional (BN) sendiri parti komponennya terdiri daripada parti yang berteraskan perkauman.
Beliau berkata, Umno dengan kemelayuannya, MIC dengan kaum India sementara MCA pula hanya terarah kepada kaum Cina sedangkan laungan 1Malaysia hendak menyatukan semua kaum. Ini, ujarnya berbeza dengan PAS yang mendaulatkan Islam yang syumul tanpa mengira bangsa, keturunan dan darjat.

Jelasnya, Islam yang menuntut keadilan terhadap semua tanpa memilih ‘bulu’ yang berbeza dengan BN yang hanya memihak kepada golongan tertentu. Begitu juga, katanya dengan tindakan undang-undang yang hanya dikenakan kepada mereka yang diluar ‘ruang lingkup’ mereka sahaja.

“Jangan lupa bahawa trio Umno Datuk T sampai sekarang tidak didakwa seperti mana yang diperuntukkan oleh undang-undang. Apa khabar V K Lingam yang masih bebas ‘berkeliaran’ tanpa didakwa,” katanya.

Baginya, Perkasa dilihat hanyalah menjadi ‘budak suruhan’ kepada Umno bagi mengelakkan masyarakat menuding jari kepada Umno hal berkaitan perkauman melampau. Beliau menambah, Perkasa tidak berdemo apabila saham bumiputra hilang sebanyak RM52 bilion.

Tambahnya, Perkasa membisu apabila Chua Soi Lek menghina Islam ketika kempen di Pilihan raya Kecil Tenang dan juga menyokong ‘lidah rasmi Umno’ iaitu Utusan Malaysia ketika akhbar itu galak menyebarkan fitnah sedangkan yang difitnah itu bangsa melayu yang beragama Islam.

Ini, katanya jelas memperlihatkan ‘wajah’ sebenar Perkasa.

“Oleh itu, PAS menasihatkan agar Datuk Seri Najib memikirkan slogan lain untuk menipu rakyat dalam menghadapi Pakatan Rakyat (PR) menjelang pilihan raya umum akan datang kerana ternyata konsep 1Malaysia gagal dan rakyat sudah sedar akan penipuan tersebut,” ujarnya.

Rakyat, kata beliau sebenarnya tidak memerlukan slogan-slogan untuk bersatu tetapi cukup dengan menolak BN dalam pilihan raya akan datang kerana selama ini rakyat tidak boleh bersatu dan tidak mungkin bersatu selagi mana BN memerintah Malaysia.

“Katakan tak nak pada BN!” katanya lagi.

~harakah~

No comments: