
Ketiga-tiga mereka, bekas ketua menteri Melaka, Tan Sri Rahim Thamby Chik didenda RM1,000; Datuk Shazryl Eskay Abdullah RM3,000 manakala bekas bendahari Perkasa, Datuk Shuib Lazim RM1,500.
Eskay dan Shuib dituduh mengikut Seksyen 292(a) Kanun Kesiksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 yang berbunyi:
“Bahawa kamu dengan niat bersama, tayang tempat terbuka video lucah, hubungan seks seorang lelaki dan perempuan antara 10.30 pagi hingga 12.30 tengahari pada 21 Mac lalu.”
Sementara itu, tuduhan ke atas Rahim pula berbunyi: “Bahawa kamu telah bersuhabat dengan Eskay dan Shuib untuk menayangkan secara terbuka hubung seks seorang lelaki dan perempuan, kamu melakukan kesalahan di bawah Seksyen 292(a), dan Seksyen 109 Kanun Kesiksaan.”
Pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Aizatul Akmal Maharani. Ketiga-tiga mereka didakwa selepas tiga bulan mengaku menayangkan video seks yang dikatakan dilakukan oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Anwar menafikan beliau adalah pelakunya. Keluarga Anwar juga menafikan itu adalah Anwar manakala Datuk Johari Abdul, anggota Parlimen Sungai Petani, antara orang paling awal ditunjukkan video itu berkata, ia bukan Anwar.
Dalam perbicaraan pagi ini, Rahim diwakili oleh peguam Datuk Muhammad Shafee Abdullah. Pihak pendakwaan pula diwakili timbalan ketua pendakwaraya Mohamad Hanafiah Zakaria dan pendakwaraya kanan Kamaludin Md Said.
Selepas pertuduhan dibacakan, mahkamah menangguhkan perbicaraan untuk membolehkan tertuduh berunding dengan peguam masing-masing. Apabila mahkamah disambung balik, ketiga-tiganya mengaku bersalah dan dikenakan denda berkenaan.
Ini bermakna, kes ini hanya berjalan sekejap sahaja dan selesai.Ketika fakta kes dibacakan, beberapa kali disebut individu dalam video itu "menyerupai Anwar Ibrahim" dan wanita daripada China.
Disebut juga keterangan terdapat adegan seks oral dan bersetubuhan. Ketika majistret bertanya tertuduh sama ada mereka faham tuduhan yang dibacakan itu, Eskay berkata beliau tidak bersetuju dan berkata "Bukan menyerupai, tapi Anwar," katanya.
~harakah~
No comments:
Post a Comment