REFORMASI KAJANG

Fatwa Mutakhir Yusuf Qaradawi mengenai Konspirasi 2 terhadap DSAI

Pembongkaran Video Seks DSAI




Pengakuan YB Johari Abdul Tentang Video Seks Eskay

Pembatalan penggunaan dakwat 'indelible' (tidak terpadam) akan selama lamanya memahat tulisan PENIPU DAN MUSUH RAKYAT di dahi lebar Pengerusi SPR. Sifat MUNAFIK yang amat keji ini mengundang kemarahan dan kekecewaan yang menggunung di kalangan pengundi pengundi. Memang kita sedia maklum mengharapkan ketelusan daripada SPR samalah seperti mengharap gajah dapat melepasi mata jarum.


Bukankah UMNO sendiri lahir dari perhimpunan2 HARAM memprotes Malayan Union yang telah diadakan seluruh Malaya ada tahun 1946.

Kalau hendak menunggu permit, maka tidak lahirlah UMNO kerana tidak mungkin Polis pada masa itu akan memberi permit kepada perhimpunan2 yang membawa kepada lahirnya UMNO.

Oleh sebab itu, penentangan UMNO terhadap BERSIH 2.0 adalah satu bentuk KEMUNAFIKAN yang tersangat besar.



Mufti Perak Sanggah Sumpah Laknat Eskay









Friday, June 10, 2011

Cukai syarikat komunikasi bakal bebankan rakyat

Pemuda PAS Johor meminta penjelasan syarikat telekomunikasi terbabit yang didakwa tidak lagi menyerap cukai perkhidmatan mulai Julai 2011.

Justeru, ketuanya, Suhaizan Kayat berkata pihaknya mewakili anak-anak muda Malaysia yang majoritinya pengguna telefon prabayar memohon penjelasan daripada pihak syarikat telekomunikasi berkenaan mengenai kebenaran dakwaan tersebut.

Katanya, penjelasan itu adalah penting untuk maklumat pengguna kerana merekalah yang menerima kesan terhadap polisi itu. Menurutnya, terdapat 3 syarikat telekomunikasi terbesar di Malaysia iaitu Digi, Celcom dan Maxis.

Katanya, pada tahun 2006 terdapat 17.8 juta mendaftar sebagai pengguna talian prabayar. Tambahnya, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mendapati rakyat Malaysia membelanjakan RM17 juta sehari untuk penggunaan SMS (sistem pesanan ringkas).

Pada tahun 2004 terdapat 9.5 bilion SMS telah dihantar oleh rakyat Malaysia. Secara puratanya pengguna telefon menghantar 4 SMS setiap hari. Beliau berkata, bermula Januari 2011 pihak kerajaan telah menaikkan cukai perkhidmatan daripada 5% kepada 6%.

Cukai perkhidmatan pengguna telefon prabayar juga tidak terkecuali di mana selama ini cukai 5% telah diserap oleh syarikat telekomunikasi.

Menurutnya, memandangkan beban yang terlalu besar ditanggung oleh pihak syarikat telekomunikasi maka terdapat dakwaan yang menyatakan bahawa syarikat terbabit tidak lagi menyerap cukai tersebut mulai Julai 2011.

“Ini bermaksud bahawa cukai ini akan ditanggung oleh pengguna sepenuhnya. Jika benar dakwaan tersebut, maka anak-anak muda Malaysia merasa terbeban,” katanya dalam kenyataan kepada Harakahdaily.

Katanya, jika mereka membeli kad prabayar sebanyak RM10 maka mereka hanya memperolehi RM9.40.
“Baki RM0.60 diserahkan kepada kerajaan. Sebahagian besar anak muda Malaysia adalah pelajar sekolah, pelajar universiti dan tiada pekerjaan yang tetap.

“Mereka adalah pengguna aktif telefon prabayar,” ujarnya lagi.

Beliau berkata, berikutan kenaikan harga barang keperluan harian maka anak-anak muda Malaysia cukup terbeban dengan bayaran cukai itu.
~harakah~

No comments: