REFORMASI KAJANG

Fatwa Mutakhir Yusuf Qaradawi mengenai Konspirasi 2 terhadap DSAI

Pembongkaran Video Seks DSAI




Pengakuan YB Johari Abdul Tentang Video Seks Eskay

Pembatalan penggunaan dakwat 'indelible' (tidak terpadam) akan selama lamanya memahat tulisan PENIPU DAN MUSUH RAKYAT di dahi lebar Pengerusi SPR. Sifat MUNAFIK yang amat keji ini mengundang kemarahan dan kekecewaan yang menggunung di kalangan pengundi pengundi. Memang kita sedia maklum mengharapkan ketelusan daripada SPR samalah seperti mengharap gajah dapat melepasi mata jarum.


Bukankah UMNO sendiri lahir dari perhimpunan2 HARAM memprotes Malayan Union yang telah diadakan seluruh Malaya ada tahun 1946.

Kalau hendak menunggu permit, maka tidak lahirlah UMNO kerana tidak mungkin Polis pada masa itu akan memberi permit kepada perhimpunan2 yang membawa kepada lahirnya UMNO.

Oleh sebab itu, penentangan UMNO terhadap BERSIH 2.0 adalah satu bentuk KEMUNAFIKAN yang tersangat besar.



Mufti Perak Sanggah Sumpah Laknat Eskay









Friday, June 10, 2011

Hancurkan Kubu Noh Barua UMporNO

Fasa kedua Kempen Jelajah Selangor Tawan Malaysia anjuran PKR akan menggempur kerusi-kerusi milik BN dalam persiapan menghadapi pilihan raya umum akan datang. Dalam kenyataan medianya, ketua penerangan PKR Selangor Shuhaimi Shafiei berkata fokus parti itu adalah di Sabak Bernam, Hulu Selangor, Pandan, Sungai Besar, Tanjong Karang dan Sepang.

Kempen Jelajah Selangor Tawan Malaysia Fasa 2 atau JELAS akan bermula pada 11 Jun di Tanjong Karang.

"PKR Selangor memilih untuk memulakan kempen di Tanjong Karang kerana kerusi parlimen itu dipegang oleh timbalan pengerusi Umno Selangor Datuk Seri Noh Omar.

"Kami yakin pelancaran itu akan memberi tamparan kepada seluruh jentera Umno-BN, khususnya ketika ini di mana mereka masih bergaduh sesama sendiri,” kata Shuhaimi.

Noh sebelum ini kerap-kali 'menyerang' pentadbiran Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim dan mendapat publisitu meluas di akhbar arus perdana.

Antara isu yang digunakan untuk menyerang kerajaan Pakatan Selangor termasuk dakwaan perlombongan pasir haram yang kemudiannya tiba-tiba lenyap dan yang terbaru dakwaan Yayasan Selangor tidak mempunyai dana yang mencukupi.
~MK~

No comments: