REFORMASI KAJANG

Fatwa Mutakhir Yusuf Qaradawi mengenai Konspirasi 2 terhadap DSAI

Pembongkaran Video Seks DSAI




Pengakuan YB Johari Abdul Tentang Video Seks Eskay

Pembatalan penggunaan dakwat 'indelible' (tidak terpadam) akan selama lamanya memahat tulisan PENIPU DAN MUSUH RAKYAT di dahi lebar Pengerusi SPR. Sifat MUNAFIK yang amat keji ini mengundang kemarahan dan kekecewaan yang menggunung di kalangan pengundi pengundi. Memang kita sedia maklum mengharapkan ketelusan daripada SPR samalah seperti mengharap gajah dapat melepasi mata jarum.


Bukankah UMNO sendiri lahir dari perhimpunan2 HARAM memprotes Malayan Union yang telah diadakan seluruh Malaya ada tahun 1946.

Kalau hendak menunggu permit, maka tidak lahirlah UMNO kerana tidak mungkin Polis pada masa itu akan memberi permit kepada perhimpunan2 yang membawa kepada lahirnya UMNO.

Oleh sebab itu, penentangan UMNO terhadap BERSIH 2.0 adalah satu bentuk KEMUNAFIKAN yang tersangat besar.



Mufti Perak Sanggah Sumpah Laknat Eskay









Friday, June 10, 2011

Haram judi dan riba untuk kebajikan manusia

Dasar perjuangan PAS tidak pernah berubah sejak dahulu sehingga sekarang, biar pun diuar-uarkan pendekatan baru iaitu Membangun Negara Berkebajikan. Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat  berkata, Kelantan sebenarnya sudah lama melaksana konsep baru itu apabila mengharamkan segala bentuk maksiat sejak 1990.

“Kelantan haramkan judi, riba semata-mata bagi mendatangkan kebajikan kepada manusia. Mereka yang berjudi hanya menunggu nasib akhirnya berlaku kemusnahan dalam rumahtangga.

”Boleh dikatakan Kelantan satu-satunya negeri di rantau ini yang mengharamkan kegiatan judi. Islam larang aktiviti itu bagi mendatangkan kebajikan kepada manusia,” katanya di sini, semalam.

Pemimpin Umno kini bertali arus mengkritik hebat konsep baru diperkenalkan PAS pada muktamar baru-baru ini iaitu Membangun Negara Berkebajikan. Malah bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menganggap DAP mendapat keuntungan apabila PAS dikatakan menggugur hasrat menubuh negara Islam.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, sebelum ini pemimpin PAS sering menyebut perkataan negara Islam.

”Maka untuk menjawab soalan orang Presiden PAS sebut perkataan itu tidak ada dalam al Quran, tetapi disebut istilah negara berkebajikan.

”Konsep itu tidak ditonjolkan sahaja. Biar apa pun prinsip PAS tidak pernah berubah. Kebajikan yang kita buat asalkan diredhai Allah Taala” ujarnya.

Ketika ditanya media massa proUmno sekarang sibuk mendakwa PAS sudah menggugur tuntutan negara Islam katanya, suratkhabar Umno memang tidak suka orang berminat kepada Islam. Menurutnya bermacam-macam perkara dibuat apabila seseorang itu tidak mahu kepada Islam.

”Cuma sekarang orang keliru sahaja. Isya Allah perkara itu boleh hilang dengan penjelasan yang diberi,” katanya.
Beliau juga menasihatkan ahli dan penyokong PAS tidak lagi membaca Utusan Malaysia kerana laporannya disifatkan tidak seperti media lain. Katanya, akhbar itu tidak lebih sebagai surat pekeliling Umno bagi memburuk-burukkan PAS dan Pakatan Rakyat.

~harakah~

No comments: