REFORMASI KAJANG

Fatwa Mutakhir Yusuf Qaradawi mengenai Konspirasi 2 terhadap DSAI

Pembongkaran Video Seks DSAI




Pengakuan YB Johari Abdul Tentang Video Seks Eskay

Pembatalan penggunaan dakwat 'indelible' (tidak terpadam) akan selama lamanya memahat tulisan PENIPU DAN MUSUH RAKYAT di dahi lebar Pengerusi SPR. Sifat MUNAFIK yang amat keji ini mengundang kemarahan dan kekecewaan yang menggunung di kalangan pengundi pengundi. Memang kita sedia maklum mengharapkan ketelusan daripada SPR samalah seperti mengharap gajah dapat melepasi mata jarum.


Bukankah UMNO sendiri lahir dari perhimpunan2 HARAM memprotes Malayan Union yang telah diadakan seluruh Malaya ada tahun 1946.

Kalau hendak menunggu permit, maka tidak lahirlah UMNO kerana tidak mungkin Polis pada masa itu akan memberi permit kepada perhimpunan2 yang membawa kepada lahirnya UMNO.

Oleh sebab itu, penentangan UMNO terhadap BERSIH 2.0 adalah satu bentuk KEMUNAFIKAN yang tersangat besar.



Mufti Perak Sanggah Sumpah Laknat Eskay









Tuesday, June 14, 2011

Orang Asal Marah Dengan Bangsa Lain-lain

Usaha ADUN Subang Jaya, Hannah Yeoh untuk mendaftarkan bangsa anak perempuannya sebagai 'Anak Malaysia' bukan sahaja mencetuskan perdebatan hangat tetapi membuka mata kepada satu lagi golongan yang tidak berpuas hati dengan sistem pendaftaran negara.

Bagi kaum pribumi di Semenanjung Malaysia yang berjumlah 150,000 atau dikenali sebagai Orang Asli yang kini dikategorikan sebagai 'lain-lain' dalam semua dokumen dan borang rasmi, istilah itu satu penghinaan kepada mereka.

Menurut perwakilan masyarakat Orang Asli, mereka dibenar mendaftarkan bangsa anak mereka pada sijil kelahiran sebagai 'Orang Asli' dan pengiktirafan itu berhenti setakat itu sahaja. Ruang atau kolum 'bangsa' dalam semua borang dan dokumen rasmi kerajaan yang lain termasuk kad pengenalan hanya membenarkan mereka memilih 'lain-lain' sahaja.

"Ini satu penghinaan. Ia seolah-olah Orang Asli tak wujud,” kata Juli Blat dari Persatuan Orang Asli Semenanjung Malaysia, ketika dihubungi semalam.

"Nampaknya status kami sebagai penduduk asal di Malaysia tidak diiktiraf. Isu ini menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan kebanyakan aktivis Orang Asli.”

Aktivis Orang Asli dari Pahang Bob Manolan berkata amalan sekarang ini langsung tidak mencerminkan konsep 1Malaysia yang dicanangkan oleh Perdana Menteri.

"Siapa ini 'lain-lain'? Jika kerajaan ingin mengkategorikan kami sebagai 'lain-lain', mereka seharusnya membuang bangsa lain seperti Melayu, Cina dan India - letak sahaja kewarganegaraan kami dan hapuskan sahaja bangsa.

"Kalau mereka mahu letak bangsa, pilihan juga mesti diberikan kepada bangsa-bangsa lain,” katanya.

Mengongsi pandangan yang sama adalah penyelaras Rangkaian Perkampungan Orang Asli Semenanjung Malaysia Tijah Yok Chopil yang berkata hak untuk menyatakan sesuatu bangsa tidak sepatutnya dihadkan kepada kaum tertentu sahaja.

"Kami adalah orang asal di bumi ini tetapi apabila timbul soal bangsa, kami dikategorikan sebagai 'lain-lain', ini tidak adil,” kata aktivis dari Perak itu.

"Kerajaan patut hapuskannya saja. Cuma letak kami sebagai warga Malaysia,” katanya.

~MK~

No comments: