REFORMASI KAJANG

Fatwa Mutakhir Yusuf Qaradawi mengenai Konspirasi 2 terhadap DSAI

Pembongkaran Video Seks DSAI




Pengakuan YB Johari Abdul Tentang Video Seks Eskay

Pembatalan penggunaan dakwat 'indelible' (tidak terpadam) akan selama lamanya memahat tulisan PENIPU DAN MUSUH RAKYAT di dahi lebar Pengerusi SPR. Sifat MUNAFIK yang amat keji ini mengundang kemarahan dan kekecewaan yang menggunung di kalangan pengundi pengundi. Memang kita sedia maklum mengharapkan ketelusan daripada SPR samalah seperti mengharap gajah dapat melepasi mata jarum.


Bukankah UMNO sendiri lahir dari perhimpunan2 HARAM memprotes Malayan Union yang telah diadakan seluruh Malaya ada tahun 1946.

Kalau hendak menunggu permit, maka tidak lahirlah UMNO kerana tidak mungkin Polis pada masa itu akan memberi permit kepada perhimpunan2 yang membawa kepada lahirnya UMNO.

Oleh sebab itu, penentangan UMNO terhadap BERSIH 2.0 adalah satu bentuk KEMUNAFIKAN yang tersangat besar.



Mufti Perak Sanggah Sumpah Laknat Eskay









Thursday, June 16, 2011

PERKASA Pak Brahim Hanya Pertahankan MELAYU Bukan ISLAM

Perkasa yang dikatakan ingin mempertahankan hak orang Melayu Islam dalam semua aspek dan hak pribumi tetapi mengapa senyap daripada memperkatakan isu murtad.

Dewan Pemuda PAS Pusat melihat penyata rasmi yang dikeluarkan oleh Parlimen Malaysia jawapan bertulis daripada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Mejar Jeneral (B) Datuk Seri Jamil Khir Baharom yang mengatakan Mahkamah Syariah telah menerima 863 kes permohonan untuk menukar status agama Islam dari tahun 2000 hingga 2010 ketika menjawab soalan lisan daripada Er Teck Hwa (DAP-Bakri) dengan sebanyak 135 orang yang diluluskan untuk keluar Islam tanpa dapat mendengar suara daripada Pertubuhan Pribumi Perkasa Negara (Perkasa) walaupun presidennya juga adalah seorang ahli parlimen.
“Apakah pendirian Perkasa di dalam isu murtad sepertimana yang dilaporkan di dalam Dewan Rakyat pada 14 Jun lepas?

“Apa yang dilakukan oleh Datuk Ibrahim Ali setelah diperjelaskan oleh Datuk Seri Jamil Khir berkaitan statistik tersebut?” tanya Naib Ketua Pemuda PAS Pusat, Dr Raja Ahmad al-Hiss).

Pemuda PAS, katanya curiga pendekatan selama ini yang dimainkan oleh Perkasa jika isu murtad langsung tidak memberikan kesan sensitif terhadap perjuangannya yang wujud selama ini. Baginya, hanya dengan keberanian di dalam akhbar sahaja, Perkasa sesuai menukar namanya kepada Perkasi.

“Bagi kami, perjuangan Perkasa hanya berkisar elemen politik kepartian semata-mata. Perkasa langsung tidak sensitif terhadap isu murtad yang melanda umat Islam kini,” katanya.

Menurutnya, Perkasa akan hanya sensitif terhadap isu politik yang menyentuh PAS, PKR dan DAP sahaja dan akan terus menjuarai isu politik untuk mempertahankan Umno Barisan Nasional (BN) sahaja.

Beliau menambah, jelas rakyat perlu menolak perjuangan Perkasa yang berteraskan politik semata-mata tanpa melihat bahawa isu murtad sebagai keutamaan daripada isu politik tanah air. Dalam masa yang sama, ujarnya Perkasa dilihat takut menegur kerajaan di dalam isu aqidah dan kepentingan agama selama ini.

~harakah~

No comments: