REFORMASI KAJANG

Fatwa Mutakhir Yusuf Qaradawi mengenai Konspirasi 2 terhadap DSAI

Pembongkaran Video Seks DSAI




Pengakuan YB Johari Abdul Tentang Video Seks Eskay

Pembatalan penggunaan dakwat 'indelible' (tidak terpadam) akan selama lamanya memahat tulisan PENIPU DAN MUSUH RAKYAT di dahi lebar Pengerusi SPR. Sifat MUNAFIK yang amat keji ini mengundang kemarahan dan kekecewaan yang menggunung di kalangan pengundi pengundi. Memang kita sedia maklum mengharapkan ketelusan daripada SPR samalah seperti mengharap gajah dapat melepasi mata jarum.


Bukankah UMNO sendiri lahir dari perhimpunan2 HARAM memprotes Malayan Union yang telah diadakan seluruh Malaya ada tahun 1946.

Kalau hendak menunggu permit, maka tidak lahirlah UMNO kerana tidak mungkin Polis pada masa itu akan memberi permit kepada perhimpunan2 yang membawa kepada lahirnya UMNO.

Oleh sebab itu, penentangan UMNO terhadap BERSIH 2.0 adalah satu bentuk KEMUNAFIKAN yang tersangat besar.



Mufti Perak Sanggah Sumpah Laknat Eskay









Friday, June 10, 2011

PKR Gempur Selangor Pertahan Dari Jatuh Ke Tangan MahaZalim

KEADILAN Selangor yakin mempertahankan pentadbiran Pakatan Rakyat di negeri itu dengan mensasarkan pertambahan 3 kerusi parlimen dan 7 kerusi Dewan Undangan Negeri, kata Timbalan Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Selangor, Zuraida Kamaruddin.

“KEADILAN akan memberikan fokus khas untuk menawan 3 kerusi parlimen iaitu Sabak Bernam, Pandan dan Hulu Selangor dan membantu jentera Pakatan Rakyat di kawasan majoriti Melayu lain yang terdiri dari Sungai Besar, Tanjong Karang dan Sepang,” kata Zuraida.

“Manakala kawasan DUN yang menjadi sasaran untuk dimenangi ialah Batang Kali dalam parlimen Hulu Selangor, Permatang (Tanjung Karang), Kuang (Selayang) Semenyih dan Dengkil (Sepang) serta Sementa (Kapar) dan Pelabuhan Klang (Klang),” katanya ketika sidang media di Ibu Pejabat KEADILAN.

Pada pilihan raya umum lalu, KEADILAN Selangor memenangi 14 kerusi DUN dan 8 kerusi parlimen.

Menurutnya, berdasarkan culaan dan statistik terkini, KEADILAN Selangor mempunyai asas kukuh untuk mempertahankan 8 kerusi Parlimen sedia ada dan menambah majoriti di parlimen Selayang, Gombak, Ampang, Kelana Jaya, Petaling Jaya Selatan, Subang, Kapar dan Kuala Langat.

Justeru, KEADILAN Selangor melancarkan kempen ‘Jelajah Selangor Tawan Malaysia 2′ (JELAS – Tawan Malaysia!) dan jentera pilihan raya KEADILAN Selangor di Tanjong Karang pada hari Sabtu, 11 Jun ini.

Zuaida memaklumkan, gerak kerja akan bermula di Tanjong Karang, iaitu kawasan Parlimen Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Selangor, Datuk Noh Omar kerana KEADILAN yakin ia memberikan tamparan hebat kepadanya dan seluruh jentera Umno BN.

Wanita KEADILAN Selangor juga telah menyusun siri ‘Jelajah Kampung’ sebagai program susulan untuk memberi sentuhan yang lebih khusus terutama kepada pengundi wanita yang turut dilancarkan pada tarikh sama.

Fasa pertama ‘JELAS – Tawan Malaysia’ sudah berakhir pada 5 Jun dengan 33 program berjaya dijalankan sepanjang siri pertama. Sebangay 19 program dijalankan pada fasa kedua.

Sementara itu, Ketua Penerangannya Shuhaimi Shafiei berkata, fokus kali ini ialah dengan kehadiran yang lebih besar, menampilkan pemidato termasuk Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Besar Selangor, tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

“Dari kajian yang kita lakukan, BN memang sukar untuk mengambil alih negeri ini melainkan dengan menggunakan taktik kotor termasuk pemindahan pengundi dari satu kawasan ke kawasan lain.

“Nama mereka dimasukkan ke dalam daftar pemilih. Contohnya lebih 2,000 nama baru di dalam kawasan parlimen Kota Raja, sedangkan pemilih itu tidak bermastautin di kawasan tersebut.

“Nama mereka dimasukkan ke alamat setiausaha-setiausaha cawangan Umno. Ada satu rumah yang disewakan kepada guru-guru Kemas di Kampung Padang Jawa tetapi didaftarkan mengundi di No 7 Jalan 30/29 di Kampung Jalan Kebun.

“Ada 7 nama pengundi, tetapi mereka tak tinggal di kawasan itu. Ini sumber maklumat yang berani saya dedahkan.

“Kita dah kemukakan bantahan kepada SPR. Kita nak lihat bantahan itu diterima dan disahkan. Umno memang tak ada cara yang bersih untuk menang pilihan raya,” kata Shuhaimi.

~keadilandaily~

No comments: