REFORMASI KAJANG

Fatwa Mutakhir Yusuf Qaradawi mengenai Konspirasi 2 terhadap DSAI

Pembongkaran Video Seks DSAI




Pengakuan YB Johari Abdul Tentang Video Seks Eskay

Pembatalan penggunaan dakwat 'indelible' (tidak terpadam) akan selama lamanya memahat tulisan PENIPU DAN MUSUH RAKYAT di dahi lebar Pengerusi SPR. Sifat MUNAFIK yang amat keji ini mengundang kemarahan dan kekecewaan yang menggunung di kalangan pengundi pengundi. Memang kita sedia maklum mengharapkan ketelusan daripada SPR samalah seperti mengharap gajah dapat melepasi mata jarum.


Bukankah UMNO sendiri lahir dari perhimpunan2 HARAM memprotes Malayan Union yang telah diadakan seluruh Malaya ada tahun 1946.

Kalau hendak menunggu permit, maka tidak lahirlah UMNO kerana tidak mungkin Polis pada masa itu akan memberi permit kepada perhimpunan2 yang membawa kepada lahirnya UMNO.

Oleh sebab itu, penentangan UMNO terhadap BERSIH 2.0 adalah satu bentuk KEMUNAFIKAN yang tersangat besar.



Mufti Perak Sanggah Sumpah Laknat Eskay









Sunday, June 12, 2011

Satu Lagi Projek KERAjaan BumNgok

Sekiranya Umno dan BN dibiarkan terus berkuasa, tidak mustahil negara akan menjadi longgokan video seks secara berleluasa setelah melihat penularan tersebut berlaku secara mendadak kebelakangan ini.

Demikian dinyatakan oleh Ahli Parlimen Parit Buntar, Dr Mujahid Yusof Rawa ketika diminta mengulas mengenai isu penyebaran video seks sekitar kawasan Ampang yang dikaitkan dengan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu ketika ditemui selepas sidang media di Seberang Jaya, Seberang Perai Tengah, tengah hari tadi.

Menurut beliau lagi, adalah malang bagi rakyat negara ini apabila video-video seks porno muncul sebagai fitnah politik setelah melihat kemunculan beberapa pemimpin politik khususnya dari Pakatan Rakyat (PR) menggugat kedudukan pemimpin Umno dan BN.

"Budaya fitnah ini amat mengecewakan, kerana ia menggambarkan betapa jijik dan lucahnya politik Umno, sehingga mereka tidak berani untuk berdepan dengan hujah. Sebaliknya hanya berani untuk berhadapan dengan fitnah.

"Seringkalinya ia berlaku, apabila Umno melihat adanya pemimpin tertentu yang mempunyai pengaruh politik yang besar dan menggugat kedudukan mereka. Oleh kerana itu cara untuk menjatuhkannya adalah melalui fitnah video seks dan seumpamanya.

"Umno yang telah kering kontang dengan isu dan modal politik, akan mempermainkan isu seperti ini walaupun mahkamah telah membuat keputusan menggugurkan pertuduhan ini pada tahun 1995 kerana tidak mempunyai bukti," ujarnya lagi.

Tegasnya lagi, kemungkinan pada hari ini Mohamad Sabu menjadi mangsa yang ada dalam senarai pihak tersebut. Namun begitu, katanya tidak mustahil bagi mereka yang seringkali membelakangkan tuntutan agama akan menjadikan kelucahan sebagai modal politik terdesak.

"Maka itu sekiranya Umno ingin berpolitik, gunakan politik yang sihat dan berhemah serta bertamaduan bagi meyakinkan masyarakat, dan bukannya melalui politik yang jumud, kuno serta primitif," tambahnya lagi.

~harakah~

No comments: