REFORMASI KAJANG

Fatwa Mutakhir Yusuf Qaradawi mengenai Konspirasi 2 terhadap DSAI

Pembongkaran Video Seks DSAI




Pengakuan YB Johari Abdul Tentang Video Seks Eskay

Pembatalan penggunaan dakwat 'indelible' (tidak terpadam) akan selama lamanya memahat tulisan PENIPU DAN MUSUH RAKYAT di dahi lebar Pengerusi SPR. Sifat MUNAFIK yang amat keji ini mengundang kemarahan dan kekecewaan yang menggunung di kalangan pengundi pengundi. Memang kita sedia maklum mengharapkan ketelusan daripada SPR samalah seperti mengharap gajah dapat melepasi mata jarum.


Bukankah UMNO sendiri lahir dari perhimpunan2 HARAM memprotes Malayan Union yang telah diadakan seluruh Malaya ada tahun 1946.

Kalau hendak menunggu permit, maka tidak lahirlah UMNO kerana tidak mungkin Polis pada masa itu akan memberi permit kepada perhimpunan2 yang membawa kepada lahirnya UMNO.

Oleh sebab itu, penentangan UMNO terhadap BERSIH 2.0 adalah satu bentuk KEMUNAFIKAN yang tersangat besar.



Mufti Perak Sanggah Sumpah Laknat Eskay









Thursday, June 16, 2011

Suara Keadilan pertahan kredibiliti berita

Suara Keadilan tetap mempertahankan kredibiliti beritanya yang didakwa memutarbelit kenyataan seorang pensyarah universiti dalam isu kerajaan perpaduan antara PAS dan Umno.
"Suara Keadilan juga sentiasa menjunjung etika kewartawanan dan sama sekali tidak memanipulasi atau memutarbelit kenyataan yang diberi Prof Samsul Adabi (Mamat)," kata editor akhbar PKR itu Fazallah Pit.

Katanya, ketika wartawannya menghubungi Pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) itu, Samsul Adabi sendiri bersetuju memberikan pandangannya untuk tujuan siaran.

Semalam, Samsul Adabi dilaporkan membuat laporan di ibu pejabat polis daerah (IPD) Putrajaya kerana mendakwa Suara Keadilan memutarbelit kenyataannya dalam keluarannya bertarikh 7 Jun.

Katanya, beliau membuat laporan polis itu untuk membersihkan namanya memandangkan beliau tidak mengeluarkan kenyataan seperti yang dilaporkan oleh lidah rasmi PKR. Beliau merujuk kepada laporan di muka dua akhbar berkenaan, bertajuk 'Kerajaan Perpaduan Berkubur – Prof Samsul Adabi' dan laporan muka depan bertajuk 'Umno Putih Mata'.
Samsul Adabi berkata ketika mengulas mengenai pemilihan jawatan dalam PAS, beliau membuat kesimpulan bahawa parti itu dikuasai PKR dari segi barisan baru penjawat jawatan dan ia menandakan kerajaan perpaduan yang dicadangkan oleh Umno tidak akan menjadi kenyataan.

Ditanya tentang apa sebenarnya yang beliau katakan tentang BN, Samsul Adabi berkata beliau percaya BN masih boleh menang besar dan selesa dalam pilihan raya akan datang sungguhpun tanpa sokongan PAS bagi menubuhkan kerajaan perpaduan itu.

~MK~

No comments: