
"Saya tidak pernah pada sebarang masa mengedarkan mana-mana video lucah seks mantan timbalan speaker Dewan Rakyat ataupun sebarang video seks,” katanya kepada wartawan di luar balai Tun HS Lee di Kuala Lumpur.
“Membuat pertuduhan seperti ini adalah perkara yang serius. Mengedarkan bahan pornografi adalah kesalahan serius mengikut Seksyen 5 Akta Penapisan Filem 2002,” katanya.
Dalam artikel itu Azmi melabelkan Karpal sebagai ahli politik yang cekap menggunakan kesempatan dan mengimbas tindakan peguam veteran itu pada masa lalu. Antaranya, termasuk “mengedarkan video lucah seorang mantan timbalan speaker Dewan Rakyat dan berang apabila video seks anak guamnya diedarkan”.
Pada 1989 semasa sidang Dewan Rakyat, Karpal telah menamakan timbalan speaker berkenaan sebagai individu dalam video seks yang diedarkan tersebut dan menuntut beliau meletakkan jawatan.
Pita itu diedarkan selepas 11 video dicuri dari sebuah peti keselamatan ketika rompakan di rumah individu tersebut.
~MK~
No comments:
Post a Comment