REFORMASI KAJANG

Fatwa Mutakhir Yusuf Qaradawi mengenai Konspirasi 2 terhadap DSAI

Pembongkaran Video Seks DSAI




Pengakuan YB Johari Abdul Tentang Video Seks Eskay

Pembatalan penggunaan dakwat 'indelible' (tidak terpadam) akan selama lamanya memahat tulisan PENIPU DAN MUSUH RAKYAT di dahi lebar Pengerusi SPR. Sifat MUNAFIK yang amat keji ini mengundang kemarahan dan kekecewaan yang menggunung di kalangan pengundi pengundi. Memang kita sedia maklum mengharapkan ketelusan daripada SPR samalah seperti mengharap gajah dapat melepasi mata jarum.


Bukankah UMNO sendiri lahir dari perhimpunan2 HARAM memprotes Malayan Union yang telah diadakan seluruh Malaya ada tahun 1946.

Kalau hendak menunggu permit, maka tidak lahirlah UMNO kerana tidak mungkin Polis pada masa itu akan memberi permit kepada perhimpunan2 yang membawa kepada lahirnya UMNO.

Oleh sebab itu, penentangan UMNO terhadap BERSIH 2.0 adalah satu bentuk KEMUNAFIKAN yang tersangat besar.



Mufti Perak Sanggah Sumpah Laknat Eskay









Tuesday, June 14, 2011

UMporNO Serabut Dengan Negara Berkebajikan

Konsep Negara Berkebajikan yang diketengahkan PAS pada muktamar baru-baru ini ternyata membuat Umno tiba-tiba menjadi mengelabah.
Kalau sebelum ini Utusan Malaysia yang sering memperlihatkan tajinya terhadap PAS, kini satu lagi media pro Umnno, Berita Harian cuba mengikut jejak sama bagi menghodohkan konsep diketengahkan PAS.

Ini menampakkan kebimbangan yang amat sangat, lebih-lebih lagi apabila beberapa pemimpin Umno termasuk Datuk Seri Ali Rustam dan Datuk Dr Puad Zakarshi meminta PAS menggugurkan perkataan Islam kerana memperkenalkan konsep Negara Berkebajikan.
Ketua Penerangan PAS Kelantan, Dr Mohamad Fadzli Hassan berkata, pemimpin Umno jelas naïf dalam politik dan pentadbiran Islam kerana masih lagi bersalut pemikiran sekular.
“Ini jelas dapat dilihat apabila ada pemimpin Umno mahu PAS menggugurkan perkataan Islam semata-mata memperkenalkan konsep Negara Berkebajikan.

“Kalau inilah cara berfikir pemimpin maka nampaknya Umno langsung tidak boleh diharapkan untuk menjaga nama baik Islam apatah lagi untuk membelanya.

“Nampak sangatlah mereka tidak tahu bahawa Islam adalah untuk kebajikan semua orang (rahmatan lil alamin),” katanya di sini.

Semalam beberapa pemimpin Umno termasuk Ketua Menteri Melaka dan Timbalan Menteri Pelajaran dilaporkan mendesak PAS menggugurkan perkataan Islam kerana memperjuangkan Negara Berkebajikan.

Malah media proUmno terus memperlekehkan gagasan PAS tersebut sehingga mengutip pendapat akar umbi semata-mata bagi mencacatkan tema muktamar PAS yang berlangsung baru-baru ini.

Dr Fadzli yang juga anggota Exco kerajaan negeri berkata, negara diperintah Islam adalah negara yang menjaga kebajikan rakyat mengikut lunas-lunas agama.
”Itulah yang PAS akan lakukan dengan kata lain itulah negara Islam. Itulah yang dilakukan oleh Rasulullah saw dan para sahabat dan khalifah Islam.

”Benda asas begitu pun pemimpin Umno tak faham macam mana nak bela Islam,” ujarnya.

~harakah~

No comments: