“……kenyataan beliau secara terbuka semasa ucapan penangguhan menolak videoklip yang didakwa membabitkan Anwar, atas alasan tidak ada 4 saksi, adalah bukti jelas betapa tersepitnya beliau. Kenyataan beliau ini sebenarnya memperlekehkan hukum dan undang-undang Islam seolah-olah Islam tidak menerima kemajuan sains dan teknologi. Seolah-olah hukum Islam ini statik dan jumud, tidak mengikuti perkembangan masa! Adakah wanita yang mengadu dirogol wajib membawa empat orang saksi; tidak cukupkah DNA, videoklip, cctv, kajian forensik dan lain-lain untuk mensabitkan kesalahan serangan seksual itu?”.
“Dan orang-orang yang menuduh wanita-wanita yang baik-baik (berbuat zina) dan mereka tidak mendatangkan empat orang saksi, maka deralah mereka (yang menuduh itu) delapan puluh kali dera, dan janganlah kamu terima kesaksian mereka buat selama-lamanya. Dan mereka itulah orang-orang yang fasik ( An-Nur : 4)”
Kenyataan Zul Nordin di atas menyatakan bahawa Allah SWT itu:
1.0 Tidak tahu teknologi moden
2.0 Statik
3.0 Jumud
4.0 Tidak mengikut perkembangan semasa
Kenyataan Zul Nordin itu juga menunjukkan betapa rendahnya taraf pengetahuan Zul Nordin berkaitan undang-undang. Tiada mahkamah dalam dunia yang akan menerima pembuktian semata-mata dari rakaman video atau audio melainkan disokong oleh kenyataan si pembuat atau pelaku.
Ertinya Allah SWT Maha Mengetahui. Ilmu Allah SWT tidak dibatasi zaman atau masa. Segala teknologi moden ada kelemahan dari segi ketepatan atau kejituan bukti tersebut. Sebutlah apa sahaja pun. Video dan Audio boleh ditiru dan dipalsukan. Teknologi DNA juga boleh ditiru dan ditipu.
Dengan kata lain, persaksian 4 saksi yang adil adalah jenis bukti yang tidak dimakan zaman dan tahan uji sampai hari kiamat. Atas sebab itulah Allah SWT mensyariatkan 4 saksi kerana 4 saksi ini menjamin pembuktian yang 100% tepat dan jitu.
Secara ringkasnya, Zul Nordin ini:
1.0 Dangkal ilmu pengetahuan Islam
2.0 Menggunakan Islam untuk menyokong agenda politik Barisan Nasional
3.0 Telah melakukan dosa Qazaf
4.0 Mempunyai pengetahuan berkenaan teknologi moden yang cetek.
5.0 Seorang yang mempunyai ilmu peguaman yang cetek.
Sekian
~Tulang Besi~
ps Zulkifli Nordin memasukkan gambar Ustaz Ibrahim Libya dalam beberapa artikel beliau. Yang saya hairan, mengapa dia tak tanya siapa yang bunuh Ustaz Ibrahim Libya (arwah).
Patutlah Arwah Ustaz Fadzil Nor benci sangat pada dia ni.
No comments:
Post a Comment