REFORMASI KAJANG

Fatwa Mutakhir Yusuf Qaradawi mengenai Konspirasi 2 terhadap DSAI

Pembongkaran Video Seks DSAI




Pengakuan YB Johari Abdul Tentang Video Seks Eskay

Pembatalan penggunaan dakwat 'indelible' (tidak terpadam) akan selama lamanya memahat tulisan PENIPU DAN MUSUH RAKYAT di dahi lebar Pengerusi SPR. Sifat MUNAFIK yang amat keji ini mengundang kemarahan dan kekecewaan yang menggunung di kalangan pengundi pengundi. Memang kita sedia maklum mengharapkan ketelusan daripada SPR samalah seperti mengharap gajah dapat melepasi mata jarum.


Bukankah UMNO sendiri lahir dari perhimpunan2 HARAM memprotes Malayan Union yang telah diadakan seluruh Malaya ada tahun 1946.

Kalau hendak menunggu permit, maka tidak lahirlah UMNO kerana tidak mungkin Polis pada masa itu akan memberi permit kepada perhimpunan2 yang membawa kepada lahirnya UMNO.

Oleh sebab itu, penentangan UMNO terhadap BERSIH 2.0 adalah satu bentuk KEMUNAFIKAN yang tersangat besar.



Mufti Perak Sanggah Sumpah Laknat Eskay









Sunday, August 14, 2011

Harapkan pagar, Pagar makan padi

Penderitaan empat generasi Ladang Bukit Jalil
Rakyat miskin tidak mendapat pembelaan sistem kehakiman: Harapkan pagar, Pagar makan padi

Yang Amat Arif,
1. Kami, 41 Keluarga adalah bekas Pekerja Ladang Bukit Jalil yang beralamat di batu 16 ½ Jalan Puchong, Kuala Lumpur.
2. Ini merupakan ladang terakhir di kawasan berhampiran Kuala Lumpur dan kami telah menetap di ladang ini untuk empat generasi dan hampir 80 tahun.

3. Di ladang kami, ada kuil, sekolah, tanah perkuburan dan rumah-rumah kami.

4. Semasa negara kita mencapai Kemerdekaan pada tahun 1957, Ladang Bukit Jalil sudah pun wujud. Tuan ladang adalah Kinrara Estate Grp Sdn Bhd yang selain ladang ini, juga membangunkan Ladang Kinrara.
5. Yang Arif, sejak 1976, Kesatuan Sekerja NUPW menuntut Kinrara Estate Grp Sdn. Bhd untuk memberi tanah untuk membina rumah untuk pekerja di bawah Skim Perumahan Sendiri Tun Razak. Tuntutan untuk membina rumah teres di tanah sedia ada telah dibuat banyak kali.

6. Pada tahun 1980, Kerajaan (Kementerian Wilayah Persekutuan) telah mengambil alih pengurusan ladang daripada Kinrara Estate Group dengan menggunakan Akta Pengambilan Tanah 1960. Semasa Kerajaan ambil alih dari Tuan ladang, rumah untuk kami masih tidak dibina malah Kerajaan yangmenjadi Tuan ladang terus memeras saki baki buruh pekerja ini untuk menoreh getah dengan guna Kontraktor-kontraktor upahan kerajaan. Lebih 7 kontraktor datang dan pergi, peluh diperas tetapi yang lebih teruk adalah Kontraktor Kerajaan tidak bayar EPF dan SOCSO.

7. Pada tahun 1988 pada Bulan September, Menteri Wilayah persekutuan berjanji bahawa bekas pekerja ladang boleh tinggal dirumah ladang sehingga perumahan kos rendah dibina di kawasan ini. Malah Ladang bersebelahan, Ladang Kinrara yang berhenti beroperasi pada tahun 1983 membina rumah terespada tahun 1992 tetapi Ladang kami iaitu Ladang Bukit Jalil yang diambil alih oleh kerajaan pula, tidak mahu bina rumah teres atau memberi tanah untuk perumahan untuk pekerja di tanah ini sehingga hari ini.

8. Lebih menghina adalah pada tahun 2007, kami telah dilabel sebagai setinggan dan notis Ordinan Darurat Pembersihan Setinggan yang zalim diberikan kepada penduduk. Penduduk dipaksa mengosongkan tanah dan pindah ke flats PPR (Projek Perumahan Rakyat) yang kecil, tidak selesa yang berdekatan.

9. Penduduk membantah pengusiran paksa ini dan membuat tuntutan 4 ekar tanah SAHAJA untuk membina rumah di samping menuntut Kuil, sekolah dan kubur dikekalkan di tempat yang sedia ada.

10. Permintaan 4 ekar adalah suatu permintaan yang munasabah kerana Tanah ladang ini pada asalnya seluas 1,800 ekar dan telah diguna untuk pelbagai projek mewah, padang golf dan sebagainya tetapi gagal membina rumah teres kos rendah untuk pekerja ladang iaitu mereka yang paling awal menetap di sana. Ini memang tidak adil.
11. Kini tinggal 26 ekar tanah dan bekas pekerja ladang hanya mahukan 4 ekar untuk dibina perumahan di samping Kerajaan sudah berjanji untuk mengekalkan sekolah, kuil dan tanah perkuburan di tempat asal.

12. Tetapi malangnya, DBKL telah mengeluarkan notis pengusiran paksa dengan menggunakan Ordinan Darurat pembersihan setinggan yangkejam keatas bekas pekerja ladang.

13. Oleh yang demikian, para bekas pekerja ladang telah cuba mendapat perintah injuksi untuk menghalang pengusiran paksa.

14. Namun demikian, kami cukup dukacita dengan sistem penghakiman negara yang memberikan kami satu gambaran bahawa orang miskin dan yang berpendapatan rendah tidak boleh mendapat pembelaan di mahkamah.
15. Kami cukup dukacita dan memorandum ini berhasrat membawa keluhan ini kepada Tuan Yang Amat Arif selaku Ketua hakim negara kerana kami tidak tahu lagi apa yang boleh kami lakukan selain dari mengutarakan bantahan kami.

HARAPKAN PAGAR, PAGAR MAKAN PADI

Kami sedar bahawa kami telah gagal untuk mendapat satu perintah injuksi dari mahkamah Rayuan pada 10 Ogos 2011 dan kes kami telah dibatalkan pada 11 Ogos 2011 oleh mahkamah Tinggi Kuala lumpur di hadapan Hakim Zabariah binti Mohd Yusof atas alasan teknikal iaitu kami dakwa kes terhadap pihak yang salah dan DBKL menggunakan akta yang betul. Walaupun proses perundangan kes-kes ini masih belum selesai sepenuhnya tetapi kami ingin mengutarakan beberapa keluhan tentang kepincangan dan nasib orang miskin seperti dalam konteks sistem kehakiman Negara.

1. Mahkamah tidak mahu memberi injuksi dan impikasinya adalah rumah kami boleh diroboh bila-bila masa dan jika esok kami menang kes di mahkamah, maka kami boleh menuntut ganti rugi. Dalam persoalan ini, mahkamah gagal mengambil kira bahawa satu komuniti masyarakat akan dihapuskan begitu sahaja, rumah diroboh dan kehidupan mereka menjadi kacau-bilau tetapi semua ini dirasakan boleh digantikan dengan pampasan.

2. Mengapa undang-undang Ordinan Darurat masih digunakan di zaman tidak wujudnya darurat? Mengapa pihak kehakiman tidak dapat menegur penggunaaan akta zalim ini padazaman tidak ada darurat ?

3. Mengapa Ordinan Darurtat pembersihan setinggan digunakan ke atas pekerja ladang? Fakta ini diakui oleh semua tetapi ini adalah kali pertama satu akta pembersihan setinggan digunakan ke atas bekas pekerja ladang di negara kita.

Perbicaraan kes kami sepatutnya didengar pada 17 dan 18 Oktober 2011 tetapi nampak sangat bahawa hakim yang sama bergesa-gesa hendak membatalkan kes dan menggunakan pelbagai cara untuk memastikan kes ini tidak akan didengar dalam satu perbicaraan penuh. Hakim tersebut juga sudah awal-awal memberitahu peguam kami beliau berhasrat untuk dispose kes kami walaupun hujah-hujah kami masih belum didengar. Ini menimbulkan satu kecurigaan di kalangan kami mengenai adakah kes kami ditolak atas merit atau kerana hakim tidak mahu mendengar kes ini kelak?

Maka kami membawa keluhan ini kepada YAA Zaki Tun Azmi kerana walaupun semua pihak cukup arif dan faham bahawa kami adalah bekas pekerja ladang, menetap di rumah estet (bukan setinggan) tetapi mahkamah masih boleh melabel kami adalah setinggan dan menghalalkan penggunakan akta darurat ke atas kami.
Jika ini berlanjutan, rakyat berpendapatan rendah akan hilang kepercayaan kepada sistem kehakiman negara. Kami berharap YAA dapat menyiasat keluhan kami dan membuat apa yang patut.

Kami akan terus mempertahankan rumah kami.

*Memorandum daripada bekas Pekerja Ladang Bukit Jalil kepada Ketua Hakim Negara di Palace of Justice Putrajaya. Pegawai Khas Ketua Hakim Shazali telah menerima memorandum tersebut pada jam 11 pagi.

No comments: