REFORMASI KAJANG

Fatwa Mutakhir Yusuf Qaradawi mengenai Konspirasi 2 terhadap DSAI

Pembongkaran Video Seks DSAI




Pengakuan YB Johari Abdul Tentang Video Seks Eskay

Pembatalan penggunaan dakwat 'indelible' (tidak terpadam) akan selama lamanya memahat tulisan PENIPU DAN MUSUH RAKYAT di dahi lebar Pengerusi SPR. Sifat MUNAFIK yang amat keji ini mengundang kemarahan dan kekecewaan yang menggunung di kalangan pengundi pengundi. Memang kita sedia maklum mengharapkan ketelusan daripada SPR samalah seperti mengharap gajah dapat melepasi mata jarum.


Bukankah UMNO sendiri lahir dari perhimpunan2 HARAM memprotes Malayan Union yang telah diadakan seluruh Malaya ada tahun 1946.

Kalau hendak menunggu permit, maka tidak lahirlah UMNO kerana tidak mungkin Polis pada masa itu akan memberi permit kepada perhimpunan2 yang membawa kepada lahirnya UMNO.

Oleh sebab itu, penentangan UMNO terhadap BERSIH 2.0 adalah satu bentuk KEMUNAFIKAN yang tersangat besar.



Mufti Perak Sanggah Sumpah Laknat Eskay









Friday, August 12, 2011

KDN diberi masa 7 hari selesaikan 'konspirasi' Mismah

Dewan Pemuda PAS menuntut Kementerian Dalam Negeri supaya bertanggungjawab ke atas 'konspirasi' Mismah atau tidak mereka akan meluahkan rasa tidak puas hati di jalanan.

Pengarah pilihan rayanya Mohd Sany Hamzan berkata kerajaan mesti menjelaskan kontroversi yang menyelubungi status Mismah - seorang penduduk tetap (PR) yang disenaraikan di daftar pemilih tetapi secara tiba-tiba diberikan taraf kewarganegaraan setelah perkara itu didedahkan oleh media.

“Kita beri Kementerian Dalam Negeri tujuh hari untuk menjawap. Jika mereka gagal jawab, kita akan bawa perkara ini kepada perdana menteri. Jika juga, tiada jawapan, kita akan anjurkan perhimpunan awam,” katanya selepas menyerahkan memorandum berhubung isu berkenaan kepada Kementerian Dalam Negeri.

Mohd Sany bagaimanapun tidak memberikan tempoh masa bila perhimpunan itu akan diadakan sekiranya kerajaan memilih untuk mendiamkan diri. Apabila didesak wartawan, beliau membayangkan ia mungkin diadakan selepas sambutan Aidilfitri.

Memorandum, yang dialamatkan kepada Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein, mengariskkan lima tuntutan dari PAS.

•Menjalankan siasatan terhadap isu ini secara menyeluruh,
•Mengambil tindakan tegas dan sewajarnya ke atas petualang yang mengkhianati negara,
•Memerangi gejala ini semaksimun mungkin dan tidak membiarkan ia berulang.
•Mendedahkan pelaku konspirasi agar menjadi pengajaran kepada golongan ingin ambil kesempatan,
•Memastikan keselamatan dan kedaulatan negara sentiasa dipelihara dari ancaman sedemikian.

~MK~

No comments: