REFORMASI KAJANG

Fatwa Mutakhir Yusuf Qaradawi mengenai Konspirasi 2 terhadap DSAI

Pembongkaran Video Seks DSAI




Pengakuan YB Johari Abdul Tentang Video Seks Eskay

Pembatalan penggunaan dakwat 'indelible' (tidak terpadam) akan selama lamanya memahat tulisan PENIPU DAN MUSUH RAKYAT di dahi lebar Pengerusi SPR. Sifat MUNAFIK yang amat keji ini mengundang kemarahan dan kekecewaan yang menggunung di kalangan pengundi pengundi. Memang kita sedia maklum mengharapkan ketelusan daripada SPR samalah seperti mengharap gajah dapat melepasi mata jarum.


Bukankah UMNO sendiri lahir dari perhimpunan2 HARAM memprotes Malayan Union yang telah diadakan seluruh Malaya ada tahun 1946.

Kalau hendak menunggu permit, maka tidak lahirlah UMNO kerana tidak mungkin Polis pada masa itu akan memberi permit kepada perhimpunan2 yang membawa kepada lahirnya UMNO.

Oleh sebab itu, penentangan UMNO terhadap BERSIH 2.0 adalah satu bentuk KEMUNAFIKAN yang tersangat besar.



Mufti Perak Sanggah Sumpah Laknat Eskay









Thursday, August 4, 2011

Kisah di Sebalik Perletakan Jawatan Naib Cancelor Unicel

Utusan Meloya bersemangat memainkan isu perletakan jawatan Dr Datuk Dr Rosti Saruwono dari jawatan Naib Cancelor Universiti Selangor (Unisel).

Alasan yang diberi oleh Dr Rosti adalah:

"Sah saya letak jawatan berkuat kuasa 3 Ogos (esok). Ada keputusan yang tidak sanggup saya laksanakan iaitu melucutkan jawatan tiga pegawai Unisel tanpa memberi sebab dan tanpa mengikut proses. Selamat berpuasa," katanya kepada Utusan Malaysia melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) di sini hari ini.
Ketiga-tiga orang yang tidak sanggup dipecat oleh Dr Rosti adalah:

1.0 Pendaftar, Rokmaa Mat,
2.0 Dekan Fakulti Perniagaan, Prof. Dr. Khalifah Othman
3.0 Pengarah Pemasaran dan Komunikasi Korporat, Halid Hasbullah

Apa yang tidak dilapurkan oleh Utusan Meloya adalah Rokmaa Mat adalah Mak Saudara kepada bekas Menteri Besar, Khir Toyo.

Ketiga-tiga orang ini telah disiasat oleh sebuah Jawatankuasa yang dilantik oleh Mesyuarat Exco Selangor. Dikatakan laporan dari Jawatankuasa itu membuktikan terdapat banyak kes salahlaku yang melibatkan kewangan serta pemberian kontrak dan juga masalaah moral.

Maklumat yang Tulang Besi dapat adalah disebabkan Rokmaa Mat ini mak saudara kepada Khir Toyo, beliau amat berkuasa di Unisel. Sehingga segala-gala yang berlaku di Unisel dikawal oleh beliau.

Dikatakan juga, Dr Rosti pula adalah seorang penyokong tegar UMNO. MB melantik beliau kerana ingatkan beliau seorang yang professional dan komited kepada tugas Naib Cancellor.

Namun, apabila menduduki jawatan tersebut, beliau terus menyokong “geng UMNO” dan membiarkan Unisel ditadbir seolah-olah Selangor masih diperintah UMNO. Dan beliau membiarkan Rokmaa Mat ini terus bermaharajalela.

Itu maklumat yang Tulang Besi dapat dari sumber dalaman kerajaan Selangor sendiri.

Bayangkan berapa kali Nurul Izzah tidak dibatalkan program beliau di Unisel. Begitu juga dengan Anwar Ibrahim. Dengan kata lain, Dr Rosti meneruskan penguasaan UMNO ke atas Unisel melalui Rokmaa Mat.

Dan dalam setiap pentadbiran UMNO, mesti ada korupsi. Atas sebab2 korupsi inilah ketiga-tiga di atas mahu dipecat. Tak hairanlah Utusan Meloya bersungguh-sungguh mempertahankan beliau. Faktanya adalah Dr Rosti tidak mahu memecat beberapa nama yang salah seorangnya mak saudara Khir Toyo.

Hairan juga. Arahan untuk memecat ketiga-tiga orang ini bukan datang dari MB Selangor. Ianya diputuskan dalam satu mesyuarat yang dihadiri oleh MB Selangor, pegawai2 kerajaan, Dr Rosti sendiri serta kesemua Timbalan Naib Cancelor di Bangunan SUK.

Laporan dari JK Exco itu telah dibentang dalam mesyuarat tersebut bersama-sama dengan segala bukti yang beliau perlu. Juga, dalam mesyuarat itu, Dr Rosti tidak membantah. Namun, tiba-tiba beliau letak jawatan dan tidak mahu melaksanakan keputusan yang dipersetujui bersama itu.

Maka, apabila beliau kata pemecatan itu "tanpa sebab dan tidak mengikut proses" jelas beliau BERBOHONG.
Jelas, perletakan Dr. Rosti adalah kerana beliau tidak sanggup menghapuskan legasi UMNO dalam Unisel. Itu sahaja. Mungkin beliau rasa beliau akan khianat pada UMNO kalau ketiga-tiga orang ini dipecat.
~Tulang Besi~

No comments: