REFORMASI KAJANG

Fatwa Mutakhir Yusuf Qaradawi mengenai Konspirasi 2 terhadap DSAI

Pembongkaran Video Seks DSAI




Pengakuan YB Johari Abdul Tentang Video Seks Eskay

Pembatalan penggunaan dakwat 'indelible' (tidak terpadam) akan selama lamanya memahat tulisan PENIPU DAN MUSUH RAKYAT di dahi lebar Pengerusi SPR. Sifat MUNAFIK yang amat keji ini mengundang kemarahan dan kekecewaan yang menggunung di kalangan pengundi pengundi. Memang kita sedia maklum mengharapkan ketelusan daripada SPR samalah seperti mengharap gajah dapat melepasi mata jarum.


Bukankah UMNO sendiri lahir dari perhimpunan2 HARAM memprotes Malayan Union yang telah diadakan seluruh Malaya ada tahun 1946.

Kalau hendak menunggu permit, maka tidak lahirlah UMNO kerana tidak mungkin Polis pada masa itu akan memberi permit kepada perhimpunan2 yang membawa kepada lahirnya UMNO.

Oleh sebab itu, penentangan UMNO terhadap BERSIH 2.0 adalah satu bentuk KEMUNAFIKAN yang tersangat besar.



Mufti Perak Sanggah Sumpah Laknat Eskay









Friday, August 12, 2011

Mengapa NGO2 Islam Tidak Mendengar Kedua-Dua Belah Pihak?

Pertama sekali, Tulang Besi ingin menyatakan dengan tegas Tulang Besi menyokong hukum bunuh ke atas mereka yang murtad. Sila rujuk blog Tulang Besi yang lagi satu (antiantihadeeth.blogspot.com) di mana Tulang Besi mempertahankan ke semua hukum shariah Islam tanpa kecuali.

Sekiranya terdapat bukti yang jelas berlaku proses permurtadan, maka wajiblah tindakan diambil kepada mana-mana pihak yang terlibat. Lebih-lebih lagi NGO yang dikatakan memurtadkan orang ini, Harapan Komuniti, adalah NGO yang pro Barisan Nasional.

Namun, oleh kerana Islam ini berdasarkan kepada Sunnah Rasul SAW, maka Nabi SAW mengajar umatnya untuk berlaku adil. Tulang Besi ingin mempersoalkan tindakan NGO2 ini yang membuat kesimpulan terus selepas bertemu JAIS.

Mengapa NGO2 ini tidak bersemuka dengan Gereja Methodists ataupun NGO Harapan Komuniti untuk mendapat penjelasan?
Tidakkah peristiwa baju besi Saidina Ali menjadi pengajaran kepada NGO2 Islam ini? Dimanakah ajaran yang mereka dapat tidak memberi peluang kepada pihak yang dituduh untuk membuat penjelasan? Ini kerana perkara sebegitu tidak pernah diajar oleh Islam.
Jikalau hakim Suraih Al Kindi boleh berlaku adil kepada Yahudi yang mengambil baju besi Saidina Ali, mengapa NGO2 Islam ini tidak boleh berlaku adil kepada Gereja Methodist dan Harapan Komuniti ini?

Adakah NGO2 Islam ini merasakan mereka lebih mulia dari Saidina Ali?

Apa salahnya NGO2 Islam ini bertemu dengan pihak gejera dan NGO Harapan Komuniti ini dahulu sebelum membuat kesimpulan?
Adakah dgn membuat kesimpulan yang berat sebelah ini dapat menaikkan nama baik Islam?

Ataupun hanya mempertajamkan perbezaan sesama kaum di Malaysia seperti yang dikehendaki UMNO?
Yang akan menang dengan sokongan berat sebelah NGO2 islam ini adalah fahaman feudalime/sekularisme UMNO semata-mata. Itu sahaja.

Akhir sekali, Tulang Besi ingin bertanya, tindakan2 NGO ini adakah bertujuan mempertahankan Islam atau mempertahankan UMNO?
~Tulang Besi~

ikuti kesah Saidina Ali dgn Yahudi yang mengambil baju besi beliau:

Perkara ni pernah berlaku pada Saidina Ali bin Abi Talib. sewaktu berperang dengan Muawiyah di Siffin, beliau terjatuh baju perisainya. Apabila beliau pulang dari peperangan tersebut ke Kufah, beliau mendapati bahawa baju besi tersebut berada di tangan seorang Yahudi yang menjual baju besi tersebut di pasar Kufah.
Maka berkata Saidina Ali kepada Yahudi tersebut : “Wahai orang yahudi, ini baju perisai saya, tidak pernah saya menjualnya atau menghadiahkannya”.

Berkata Yahudi itu: “Ini baju perisai ku dan ia berada di tangan ku”.
Berkata Saidina Ali: “Kita bawa perkara ini kepada hakim”.

Maka perkara ini dibawa kepada Kadi Syuraih, maka duduklah Saidina Ali sebelah hakim dan duduklah orang yahudi tersebut di depan hakim tersebut.

Berkata Kadi Syuraih: “Katakanlah wahai Amirul Mukminin”.

Berkata Saidina Ali: “Ya. Bahawa baju besi yang ada di tangan Yahudi ini adalah baju besi ku dan tidak pernah ku menjual atau menghadiahkannya kepada sesiapa”.

Kadi Syuraih: “Ada buktikah wahai Amirul Mukminin?”

Saidina Ali: “Ada. ‘Qunbar’(hamba Saidina Ali), Hasan dan Husain adalah saksi bahawa baju besi itu memang milik ku”.

Kadi Syuraih: “Kesaksian anak tidak diterima pakai bagi bapanya”.

Saidina Ali: “Lelaki daripada ahli syurga tidak boleh dijadikan saksi? Aku pernah mendengar Nabi Muhammad bersabda bahawa Hasan dan Husain adalah ketua kepada para pemuda di syurga”.

Berkata si Yahudi itu: “Amirul Mukminin telah membawa saya berjumpa dengan hakim, dan hakim tersebut memutuskan hukuman ke atasnya!!! Maka sesungguhnya ini adalah kebenaran. Aku naik saksi bahawa tiada tuhan selain Allah dan Nabi Muhammad adalah pesuruh Allah. Dan sesungguhnya baju besi ini memang baju besi mu (Ali). Pada ketika itu, saya sedang menaiki unta dan kamu sedang menuju siffin, maka terjatuh baju besi kamu pada belah malam. Maka saya ambil baju besi tersebut”.

Berkata Yahudi itu lagi: “Sekiranya saya katakannya, maka ianya milik kamu”.

No comments: