Sebab utama pendedahan berkenaan akan jadi "Pendedahan Palsu" pada gua ialah kerana gua dan mana-mana blogger pro Pakatan Rakyat bukan berhadapan dengan musuh yang kecil. Musuh kami ialah "Pemanipulasi Sistem" di Malaysia dan pada bila-bila masa 24 jam sehari, 7 hari seminggu, musuh yang kami berhadapan mempunyai "akses terus" untuk mencelah dan memanipulasi sumber maklumat kelas 1 di Malaysia.
Tanpa kelebihan itu, musuh yang kami berhadapan ini tak mungkin dapat berkuasa penuh selama lebih dari 50 tahun dan tanpa kelebihan yang sama juga, tak mungkin orang yang mengarahkan pembunuhan dapat bermewah-mewah di Malaysia tanpa gentar pada tindakan undang-undang.
Rekod kemasukan seorang Wanita Mongolia ke Malaysia tidak akan mungkin hilang dari rekod Imigresen Malaysia tanpa kelebihan ini. Apa yang nak dihairankan selepas lebih 50 tahun berkuasa..? Ini cuma perkara kecil... "Small Matter" kata mereka.
Sebelah pagi Mismah bukan Warga-Negara Malaysia, sebelah petang Mismah dah jadi Warga-Negara Malaysia.
Pung-pang-pung-pang-pung-pang... akhirnya Jabatan Pendaftaran Negara keluarkan kenyataan bahawa Mismah dah jadi Warga-Negara sejaka awal tahun lagi, kekeliruan berkenaan status Mismah berpunca dari Website Jabatan Pendaftaran Negara yang tidak dikemaskini sitemnya.
Jadi rakyat Malaysia ikut mana-manapun kena terima jugak kenyataan rasmi dari Jabatan Pendaftaran Negara "tanpa prejudis".
"Tanpa Prejudis" jugak gua terima penjelasan dari JPN walaupun gua tahu "ini semua hanya wayang", nak bagi puak-puak UMphorNO seronok walau hakikatnya pihak JPN sendiri tau UMphorNO dalam masalah besar.
Hari ni gua nak dedahkan lagi 1 kes "terpencil" (kata UMphorNO) yang berlaku dalam senarai daftar pemilih iaitu, seorang individu mempunyai 2 MyKad dan telah disahkan didalam senarai pemilih sebagai "layak untuk mengundi" sebanyak 2 kali.
Maklumat Kad Pengenalan individu seperti dibawah.
No Mykad: 611110-01-5143
Nama: Sulong bin Jalil
Status: Kad telah diambil
No Mykad: 611110-01-5371
Nama: Sulong bin Jalil
Status: Kad telah diambil
Maklumat individu diatas dalam Semakan Daftar pemilih adalah seperti dibawah.
Mustahil Sulong bin Jalil yang nombor MyKad nya ialah 611110-01-5143 dan Sulong bin Jalil yang nombor MyKad nya ialah 611110-01-5371 ialah 2 individu yang berlainan sebab daripada hasil carian dan rekod Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia, ke 2-2 individu tersebut pernah memegang Kad Pengenalan lama yang bernombor 6290844.
Gua tak pasti apa SPR dan JPN nak jawab untuk isu ini. Harap-harap SPR dan JPN tidak akan beri alasan yang sama dengan hari lepas sebab mulai esok, ada beberapa perkara lagi akan didedahkan membabitkan Daftar Pemilih.
Gua akan dedahkan sebanyak mana maklumat yang ada kepengetahuan umum. Sekiranya segala pendedahan yang dibuat ini tidak membawa sebarang perubahan didalam SPR dan juga JPN, gua fikir ada baiknya Gerakan BERSIH 3.0 dilancarkan 3 bulan dari sekarang.
Kita akan ke Jalanraya dan kali ini gua tak rasa Jalanraya di Kuala Lumpur sebagai tempat yang menarik. Ada baiknya kita kejalanan dan seterusnya berkampung di perkarangan Ibu-Pejabat SPR dan perkarangan Ibu-Pejabat Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia.
Terus berkampung disana sehingga Perubahan dilakukan didalam Daftar Pemilih. Kalau SPR dan JPN cuba nak main gila dengan Rakyat, Rakyat pun boleh tunjukkan apa itu "Gila".
~TPU~
No comments:
Post a Comment