REFORMASI KAJANG
Fatwa Mutakhir Yusuf Qaradawi mengenai Konspirasi 2 terhadap DSAI
Pembongkaran Video Seks DSAI
Pengakuan YB Johari Abdul Tentang Video Seks Eskay
Pembatalan penggunaan dakwat 'indelible' (tidak terpadam) akan selama lamanya memahat tulisan PENIPU DAN MUSUH RAKYAT di dahi lebar Pengerusi SPR. Sifat MUNAFIK yang amat keji ini mengundang kemarahan dan kekecewaan yang menggunung di kalangan pengundi pengundi. Memang kita sedia maklum mengharapkan ketelusan daripada SPR samalah seperti mengharap gajah dapat melepasi mata jarum.
Bukankah UMNO sendiri lahir dari perhimpunan2 HARAM memprotes Malayan Union yang telah diadakan seluruh Malaya ada tahun 1946.
Kalau hendak menunggu permit, maka tidak lahirlah UMNO kerana tidak mungkin Polis pada masa itu akan memberi permit kepada perhimpunan2 yang membawa kepada lahirnya UMNO.
Oleh sebab itu, penentangan UMNO terhadap BERSIH 2.0 adalah satu bentuk KEMUNAFIKAN yang tersangat besar.
Kalau hendak menunggu permit, maka tidak lahirlah UMNO kerana tidak mungkin Polis pada masa itu akan memberi permit kepada perhimpunan2 yang membawa kepada lahirnya UMNO.
Oleh sebab itu, penentangan UMNO terhadap BERSIH 2.0 adalah satu bentuk KEMUNAFIKAN yang tersangat besar.
Mufti Perak Sanggah Sumpah Laknat Eskay
Monday, August 8, 2011
Serbuan JAIS Untuk Bantu Propaganda UMNO
Di dalam mempertahankan pendirian JAIS, Dato Hasan Ali mengatakan ada bukti berlaku percubaan memurtadkan umat Islam.
Mengikut laporan Malaysian Insider:
KUALA LUMPUR, 4 Ogos — Exco Kerajaan Negeri Selangor Datuk Dr Hasan Ali mempertahankan tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) yang menyerbu majlis makan malam Gereja Methodist Damansara Utama semalam atas alasan ada bukti mahu memurtadkan umat Islam.
Hasan menegaskan maklumat yang diterima menunjukkan terdapat kehadiran orang Islam pada majlis berbuka puasa di gereja berkenaan malam tadi.
Tambah beliau, pada majlis itu juga pihaknya dimaklumkan perkataan “Quran” dan “pray” diselitkan pada ucapan di majlis itu.
Masaalahnya, kalau ada bukti, mengapa tiada tangkapan dibuat. Dikhabarkan pihak Polis pun terlibat dan tiada peserta yang dapat melarikan diri dari majlis itu.
Cuma yang hairannya, pada malam itu, tiada seorang peserta yang ditangkap. Kalau dirujuk kepada serbuan-serbuan jabatan agama sebelum ini, setiap kali serbuan pasti ada tangkapan.
Juga, kalau ada bukti nescaya JAIS mampu mendapatkan waran untuk menggeledah premis gereja tersebut. Atas sebab tiada buktilah maka JAIS tidak mendapat waran.
Hairan, sungguh hairan.
Mengapa boleh berlaku percanggahan antara tindakan JAIS dan kata-kata Hasan Ali yang mempertahankan JAIS?
Mengapa pula pihak Polis terlibat sama sedangkan Polis berada di bawah Hishamuddin Tun Hussein. Boleh pula Hishamuddin terlibat dalam usaha macam ni?
SABOTAJ KERAJAAN NEGERI dan PAS?
Jelas, serbuan tanpa waran dan tanpa bukti serta dengan penglibatan pihak Polis (yang berada di bawah Hishamuddin Tun Hussein) adalah satu usaha sabotaj.
Sokongan HAsan Ali kepada usaha JAIS ini juga tidak mengejutkan lantaran Hasan Ali adalah pemimpin kepada GENG PERPADUANG di dalam PAS. Sikap pro UMNO Hasan Ali ini terserlah dan sudah menjadi maklumat umum.
Dari analisa Tulang Besi, serbuan JAIS ini adalah untuk mencipta isu yang akan menguntungkan UMNO. Tujuan utama adalah untuk memalukan PAS. Jikalau PAS dilihat menyokong serbuan JAIS, maka PAS akan dilihat sebagai belot kepada pengundi bukan Islam. Maka, hasilnya Pakatan Rakyat akan lemah.
Jikalau PAS dilihat menentang serbuan JAIS, maka PAS akan dilabel sebagai menggadaikan prinsip serta menyokong murtad. Maka, tindakan JAIS adalah selaras dengan program propaganda UMNO dan Barisan Nasional. Tidak lebih dari itu.
Jangan kita semua tertipu dengan tipu daya JAIS ini.
Tulang Besi masih ingat kali terakhir Tulang Besi membantu untuk membuat aduan berkaitan murtad kepada JAIS, mereka menolak untuk mengambil tindakan atas alasan mereka tiada kuasa.
Tiba-tiba dalam hal ini, mereka boleh bertindak pula?
~Tulang Besi~
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment