Dewan Pemuda PAS Kelantan mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Isteri Rosmah hadir ke mahkamah sebagai saksi bagi memenuhi permintaan bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Ketuanya, Abdul Latif Abdul Rahman ketika dihubungi memberitahu Najib dan Rosmah amat wajar ke mahkamah sebagai saksi demi untuk menegakkan keadilan terhadap kes liwat Anwar yang sedang dibicarakan sekarang.Beliau berkata demikian ketika mengulas tindakan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam membenarkan dua permohonan Anwar untuk menemubual 15 saksi termasuk Najib dan Rosmah bagi kes perbicaraan liwat yang sedang dihadapinya.
Latif bagaimanapun berkata sekiranya kata dua diberikan kepada Najib dan Rosmah kemungkinan mereka tidak akan menghadiri mahkamah dengan mudah.
“Jadi Dewan Pemuda PAS Kelantan mendesak agar keduanya hadir ke mahkamah demi untuk menegakkan keadilan serta menyelesaikan isu yang berlarutan.
“Tahniah kepada mahkamah di atas keputusan itu, namun kita berharap kehadiran Najib dan Rosmah dapat menyelesaikan masaalah yang entah bila akan berakhir,”ujarnya.
Sebelum ini, Peguam Cara Negara II, Datuk Mohamed Yusof Zainal Abiden berkata Najib, Rosmah, Musa Hasan (bekas IGP) dan bekas ketua polis Melaka Datuk Mohd Rodhwan Yusof akan hanya ditemubual jika mereka disapina.
Pada 1 Ogos lalu, Anwar memfailkan notis usul kedua di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memohon mahkamah mengeluarkan perintah untuk pihaknya menemu bual 10 saksi alibi.
Senarai terbaru itu membabitkan dua nama berprofil tinggi, termasuk bekas pengarah eksekutif Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia, Mohamad Ariff Abdul Kareem dan ketua pegawai operasi Bursa Saham Malaysia, Omar Malek Ali Merican.
~harakah~
No comments:
Post a Comment