REFORMASI KAJANG

Fatwa Mutakhir Yusuf Qaradawi mengenai Konspirasi 2 terhadap DSAI

Pembongkaran Video Seks DSAI




Pengakuan YB Johari Abdul Tentang Video Seks Eskay

Pembatalan penggunaan dakwat 'indelible' (tidak terpadam) akan selama lamanya memahat tulisan PENIPU DAN MUSUH RAKYAT di dahi lebar Pengerusi SPR. Sifat MUNAFIK yang amat keji ini mengundang kemarahan dan kekecewaan yang menggunung di kalangan pengundi pengundi. Memang kita sedia maklum mengharapkan ketelusan daripada SPR samalah seperti mengharap gajah dapat melepasi mata jarum.


Bukankah UMNO sendiri lahir dari perhimpunan2 HARAM memprotes Malayan Union yang telah diadakan seluruh Malaya ada tahun 1946.

Kalau hendak menunggu permit, maka tidak lahirlah UMNO kerana tidak mungkin Polis pada masa itu akan memberi permit kepada perhimpunan2 yang membawa kepada lahirnya UMNO.

Oleh sebab itu, penentangan UMNO terhadap BERSIH 2.0 adalah satu bentuk KEMUNAFIKAN yang tersangat besar.



Mufti Perak Sanggah Sumpah Laknat Eskay









Monday, April 4, 2011

Drama Tok Dalang Sampai Ke Sarawak

Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar berkata, menjelang pilihan raya negeri Sarawak pada 16 April ini, banyak lagi lakonan drama yang akan dipentaskan. Ini, ujarnya termasuklah menampilkan pelakon yang membawa watak dalam video seks lucah yang didakwa membabitkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Pelik, aneh, ajaib dan ganjil. Video seks lucah dinyatakan sebagai tulen. Yang rakyat mahu tahu ialah pelakon yang mirip wajah Anwar. Siapa dia pelakon itu. Yang edar video lucah kenapa tiada tangkapan.

Katanya, rakyat jelata yang ada video lucah didakwa, sementara pemimpin Umno dan BN yang terlibat tidak pula didakwa.

“Inilah keadilan yang dicemari oleh kuasa penyelewengan dalam sistem pentadbiran dan kehakiman negara," katanya yang juga Naib Presiden PAS.

Mengenai rasuah, beliau berkata sepatutnya tangkapan ke atas mereka yang terlibat dengan gejala rasuah dalam negara mestilah bersikap telus dan adil.

“Janganlah hanya tangkapan dibuat ke atas ‘bilis-bilis’ sahaja sedangkan jerung dibiarkan bermaharaja lela,” katanya ketika menyampaikan ceramah isu semasa di Kampung Keladi, semalam.

Menurutnya, tangkapan ke atas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Lenggeng, Mustafa Salim, hanyalah sebagai salah satu muslihat yang cuba ditunjukkan menjelang pilihan raya negeri Sarawak yang akan datang.

"Yang kecil-kecil melibatkan rasuah sebanyak RM2,000 seperti mana yang didakwa keatas Adun Lenggeng jadi mangsa kepada percaturan Umno dan Barisan Nasional. Manakala jerung-jerung besar yang melibatkan skandal jutaan dan bilion ringgit dibiarkan bebas secara berleluasa.

"Inilah sikap sebenar BN yang cuba mengelirukan pemikiran rakyat. Pada anggapan mereka, dengan pendakwaan terpilih itu rakyat akan percaya, rasuah sedang dibanteras,” katanya.

Tambahnya, sedangkan yang menghilangkan wang rakyat sebanyak RM50 bilion tidak diambil sebarang tindakan. Apa lagi, katanya jika yang terklibat dalam penyelewengan adalah kroni dan suku-sakat kepada kepimpinan Umno dan BN.

~harakah~

No comments: