REFORMASI KAJANG

Fatwa Mutakhir Yusuf Qaradawi mengenai Konspirasi 2 terhadap DSAI

Pembongkaran Video Seks DSAI




Pengakuan YB Johari Abdul Tentang Video Seks Eskay

Pembatalan penggunaan dakwat 'indelible' (tidak terpadam) akan selama lamanya memahat tulisan PENIPU DAN MUSUH RAKYAT di dahi lebar Pengerusi SPR. Sifat MUNAFIK yang amat keji ini mengundang kemarahan dan kekecewaan yang menggunung di kalangan pengundi pengundi. Memang kita sedia maklum mengharapkan ketelusan daripada SPR samalah seperti mengharap gajah dapat melepasi mata jarum.


Bukankah UMNO sendiri lahir dari perhimpunan2 HARAM memprotes Malayan Union yang telah diadakan seluruh Malaya ada tahun 1946.

Kalau hendak menunggu permit, maka tidak lahirlah UMNO kerana tidak mungkin Polis pada masa itu akan memberi permit kepada perhimpunan2 yang membawa kepada lahirnya UMNO.

Oleh sebab itu, penentangan UMNO terhadap BERSIH 2.0 adalah satu bentuk KEMUNAFIKAN yang tersangat besar.



Mufti Perak Sanggah Sumpah Laknat Eskay









Monday, April 25, 2011

Mana Senarai Nama Ahli BumNGOK Tak Nak Duit Judi?

Umno Pulau Pinang sehingga kini gagal menghantar atau menyerahkan walaupun satu nama berhubung dakwaan sebelum ini yang menyatakan terdapat segolongan warga emas ingin mengembalikan wang RM100 pemberian kerajaan negeri.

"Sehingga kini, kerajaan negeri tidak menerima sebarang pembatalan pendaftar yang telah memperoleh wang ini sebelum ini,” kata Ketua Menteri, Lim Guan Eng
Dalam pada itu, kerajaan Pakatan Rakyat negeri bakal membuat bayaran RM100 kepada setiap warga emas berusia 60 tahun dan ke atas yang berdaftar melalui Program Penghargaan Warga Emas (PPWE) bermula 23 April ini.

Guan Eng berkata, pembayaran bagi tahun ini dibuat secara berperingkat-peringkat bermula 23 April hingga 20 Mei di cawangan-cawangan Maybank terpilih seluruh negeri.

Sehingga kini, katanya seramai 114,668 warga emas telah mendaftarkan diri di bawah program itu.
"Ini bermakna, pendaftaran kini telah mencapai 86 peratus daripada jumlah keseluruhan warga emas di seluruh negeri ini,'' katanya pada sidang akhbar selepas majlis Penyampaian Cek Bantuan Kepada Sekolah-sekolah Tamil Negeri Pulau Pinang di sini, semalam.

Guan Eng memberitahu, selain wang RM100 di bawah PPWE, kerajaan negeri turut menyalurkan wang khairat kematian bernilai RM1,000 kepada waris warga emas yang telah meninggal dunia. Katanya, sejak program itu dilancarkan, sebanyak RM13.6 juta telah dibayar kepada warga emas dan waris yang berdaftar di bawah PPWE.

Jelasnya, sumber pembayaran PPWE adalah dibiayai sepenuhnya daripada lebihan belanjawan kerajaan negeri.

Beliau yang juga ahli Parlimen Bagan berkata, walaupun sebelum ini ada pihak yang cemburu dan cuba untuk mensebotaj pelaksanaan program PPWE dengan mendakwa wang yang disumbangkan adalah dari sumber haram, namun kerajaan negeri masih meneruskan inisiatif itudemi kebaikan rakyat.

No comments: