REFORMASI KAJANG

Fatwa Mutakhir Yusuf Qaradawi mengenai Konspirasi 2 terhadap DSAI

Pembongkaran Video Seks DSAI




Pengakuan YB Johari Abdul Tentang Video Seks Eskay

Pembatalan penggunaan dakwat 'indelible' (tidak terpadam) akan selama lamanya memahat tulisan PENIPU DAN MUSUH RAKYAT di dahi lebar Pengerusi SPR. Sifat MUNAFIK yang amat keji ini mengundang kemarahan dan kekecewaan yang menggunung di kalangan pengundi pengundi. Memang kita sedia maklum mengharapkan ketelusan daripada SPR samalah seperti mengharap gajah dapat melepasi mata jarum.


Bukankah UMNO sendiri lahir dari perhimpunan2 HARAM memprotes Malayan Union yang telah diadakan seluruh Malaya ada tahun 1946.

Kalau hendak menunggu permit, maka tidak lahirlah UMNO kerana tidak mungkin Polis pada masa itu akan memberi permit kepada perhimpunan2 yang membawa kepada lahirnya UMNO.

Oleh sebab itu, penentangan UMNO terhadap BERSIH 2.0 adalah satu bentuk KEMUNAFIKAN yang tersangat besar.



Mufti Perak Sanggah Sumpah Laknat Eskay









Monday, April 25, 2011

RPK Blogger Biawak Antarabangsa

Penulis blog Raja Petra Kamaruddin tidak memberi kenyataannya kepada polis Malaysia di Bangkok semalam, selepas peguamnya mempertikaikan mengapa ia mahu dibuat di kedutaan Malaysia.

Bernama melaporkan Raja Petra sebagai berkata polis Malaysia mahu menemubualnya di kedutaan Malaysia, tetapi atas nasihat peguamnya, ia telah dipersetujui supaya rakaman kenyataan RPK dibuat "di tempat berkecuali", seperti di hotel penginapannya.

"Saya bersedia bekerjasama dan memberi kenyataan kerana mereka mahu tahu sama ada saya membuat dakwaan terhadap Rosmah," katanyanya di majlis dialog MCLM di Bangkok semalamn.

Pihak polis mahu menemubual Raja Petra ekoran akuan bersumpahnya yang didakwa mengaitkan isteri perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor dengan kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu empat tahun lepas.

Bagaimanapun, bercanggah dengan laporan Bernama yang mendakwa kenyataannya telah dirakamkan, Raja Petra berkata, dia akhirnya menunggu pegawai berkenaan kembali selepas permintaan mereka untuk membawanya ke kedutaan, ditolak oleh peguamnya - Haris Ibrahim dan Amarjit Sidhu.

Sementara itu, dalam ceramahnya sebelum itu, Raja Petra mengulangi pendiriannya bahawa beliau telah disalah dakwa kerana beliau tidak membuat dakwaan itu terhadap Rosmah dan dua orang lagi, tetapi terhadap sumbernya, seorang kolonel tentera yang memberi maklumat itu kepadanya.

~MK~

No comments: