REFORMASI KAJANG

Fatwa Mutakhir Yusuf Qaradawi mengenai Konspirasi 2 terhadap DSAI

Pembongkaran Video Seks DSAI




Pengakuan YB Johari Abdul Tentang Video Seks Eskay

Pembatalan penggunaan dakwat 'indelible' (tidak terpadam) akan selama lamanya memahat tulisan PENIPU DAN MUSUH RAKYAT di dahi lebar Pengerusi SPR. Sifat MUNAFIK yang amat keji ini mengundang kemarahan dan kekecewaan yang menggunung di kalangan pengundi pengundi. Memang kita sedia maklum mengharapkan ketelusan daripada SPR samalah seperti mengharap gajah dapat melepasi mata jarum.


Bukankah UMNO sendiri lahir dari perhimpunan2 HARAM memprotes Malayan Union yang telah diadakan seluruh Malaya ada tahun 1946.

Kalau hendak menunggu permit, maka tidak lahirlah UMNO kerana tidak mungkin Polis pada masa itu akan memberi permit kepada perhimpunan2 yang membawa kepada lahirnya UMNO.

Oleh sebab itu, penentangan UMNO terhadap BERSIH 2.0 adalah satu bentuk KEMUNAFIKAN yang tersangat besar.



Mufti Perak Sanggah Sumpah Laknat Eskay









Monday, April 25, 2011

Trio Anty-Samy Vellu Diampunkan

Semua ahli MIC yang telah disingkir atau mengundur diri sebelum ini akan diterima kembali dan dikekalkan jawatan mereka, tetapi dengan bersyarat, kata Presiden MIC Datuk G Palanivel. Beliau berkata mereka yang telah disingkirkan diberi tempoh selama 30 hari bermula esok untuk mengemukakan surat rayuan bertulis kepada parti.

Keputusan untuk memberi peluang kali kedua itu, katanya diputuskan oleh anggota jawatankuasa kerja pusat (CWC) pada mesyuarat malam ini.

"Ahli-ahli yang kita dah singkir dari parti selepas Mac 2008, CWC telah memutuskan untuk memberi peluang kepada semua yang telah disingkir, dipecat atau keluar untuk kembali semula menganggotai parti.

"Dan jika mereka dipilih pada pilihan raya parti pada September 2009 yang lalu, mereka berhak untuk mendapat kembali jawatan mereka," katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas mesyuarat itu.

Beliau memaklumkan pemberian semula jawatan itu tidak menjadi masalah kerana jawatan-jawatan mereka masih lagi kosong dan belum diisi oleh sesiapa. Mengenai trio anti-Samy Vellu yang dipecat dari parti pada tahun lepas, kerana mendesak bekas presiden parti itu meletak jawatan, beliau berkata mereka turut akan diterima semula.

Trio itu termasuk bekas anggota jawatankuasa kerja pusat (CWC) MIC, Kumar Aamaan dan K P Samy serta bekas Timbalan Ketua Pemuda MIC Pusat, V Mugilan. Penerimaan mereka semula secara terbuka itu, katanya bertujuan untuk memperkuatkan lagi parti bagi menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 akan datang.

~MK~

No comments: