REFORMASI KAJANG

Fatwa Mutakhir Yusuf Qaradawi mengenai Konspirasi 2 terhadap DSAI

Pembongkaran Video Seks DSAI




Pengakuan YB Johari Abdul Tentang Video Seks Eskay

Pembatalan penggunaan dakwat 'indelible' (tidak terpadam) akan selama lamanya memahat tulisan PENIPU DAN MUSUH RAKYAT di dahi lebar Pengerusi SPR. Sifat MUNAFIK yang amat keji ini mengundang kemarahan dan kekecewaan yang menggunung di kalangan pengundi pengundi. Memang kita sedia maklum mengharapkan ketelusan daripada SPR samalah seperti mengharap gajah dapat melepasi mata jarum.


Bukankah UMNO sendiri lahir dari perhimpunan2 HARAM memprotes Malayan Union yang telah diadakan seluruh Malaya ada tahun 1946.

Kalau hendak menunggu permit, maka tidak lahirlah UMNO kerana tidak mungkin Polis pada masa itu akan memberi permit kepada perhimpunan2 yang membawa kepada lahirnya UMNO.

Oleh sebab itu, penentangan UMNO terhadap BERSIH 2.0 adalah satu bentuk KEMUNAFIKAN yang tersangat besar.



Mufti Perak Sanggah Sumpah Laknat Eskay









Friday, April 1, 2011

Isunya bukan tulen tetapi siapa dalamnya

Ketua Polis Negara diminta menyiasat siapakah sebenarnya yang ada dalam video seks yang ditayangkan oleh Trio Umno sebelum ini kerana inilah isunya bukan soal tulen atau palsu.

"Apakah orang yang ditunjukkan di luar video sama dengan orang yang berada di dalam video," kata bekas Timbalan Presiden PKR, Senator Dr Syed Husin Ali.

Polis juga diminta menjelaskan, apakah tindakan ke atas mereka yang menunjukkan video itu kepada umum kerana ia jelas melanggar undang-undang negera. Syed Husin mengulas kenyataan Ketua Polis Negara hari ini yang mengatakan video seks yang dikaitkan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah tulen dan bukan palsu.

Sebelum ini, Anwar sendiri tidak mempertikaikan video itu tulen atau tidak tetapi yang dinyatakan adalah beliau bukannya lelaki yang ada dalam video itu.

"Perut saya tidak buncit macam lelaki dalam video itu," kata Anwar dalam sidang media di Pejabat PKR sebelum ini sambil berdiri di depan wartawan dan jurugambar menunjukkan perutnya.

Wartawan Harakah, Wan Nordin Wan Yaakub yang dibawa menonton video itu di Carcosa Sri Negara juga berkata, wajah lelaki dalam video itu macam Anwar tetapi selepas melihat kepada perutnya beliau yakin ia bukan Anwar.

Anggota Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul yang dibawa lebih awal menonton video itu oleh Tan Sri Rahim Tamby Chik juga membuat kesimpulan yang sama.

"Melihat kepada muka nampak macam Anwar tetapi selepas lihat pada perut, belakang dan punggung lelaki itu, sah dia bukan Anwar," kata Johari dalam satu sidang media.

Sementara itu, Pengarah Perhubungan PKR, Nik Nazmi Ahmad dalam Twitternya berkata, walaupun video seks itu tidak diubahsuai, Ketua Polis Negara tidak menjelaskan siapakah dalam video itu.

"Banyak pelakun murahan sanggup buat kerja mcam ni," kata beliau dalam Twitternya.

~harakah~

No comments: