REFORMASI KAJANG

Fatwa Mutakhir Yusuf Qaradawi mengenai Konspirasi 2 terhadap DSAI

Pembongkaran Video Seks DSAI




Pengakuan YB Johari Abdul Tentang Video Seks Eskay

Pembatalan penggunaan dakwat 'indelible' (tidak terpadam) akan selama lamanya memahat tulisan PENIPU DAN MUSUH RAKYAT di dahi lebar Pengerusi SPR. Sifat MUNAFIK yang amat keji ini mengundang kemarahan dan kekecewaan yang menggunung di kalangan pengundi pengundi. Memang kita sedia maklum mengharapkan ketelusan daripada SPR samalah seperti mengharap gajah dapat melepasi mata jarum.


Bukankah UMNO sendiri lahir dari perhimpunan2 HARAM memprotes Malayan Union yang telah diadakan seluruh Malaya ada tahun 1946.

Kalau hendak menunggu permit, maka tidak lahirlah UMNO kerana tidak mungkin Polis pada masa itu akan memberi permit kepada perhimpunan2 yang membawa kepada lahirnya UMNO.

Oleh sebab itu, penentangan UMNO terhadap BERSIH 2.0 adalah satu bentuk KEMUNAFIKAN yang tersangat besar.



Mufti Perak Sanggah Sumpah Laknat Eskay









Monday, April 18, 2011

Murujib Dan PDRM Terlibat Dalam Konspirasi Video Seks?

Ketua Polis Negara (KPN) mengelirukan rakyat apabila mengeluarkan kenyataan bahawa video seks yang cuba mengaitkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai tulen dan tidak diubahsuai.

Kenyataan KPN itu amat dikesali kerana ia dilakukan sebagai cubaan memberikan gambaran seolah-olahnya Anwar terlibat dalam video itu sedangkan pada masa yang sama, pihak polis tidak pula menyiasat siapa pelakon dalam video itu.

Demikian dinyatakan Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK), Shamsul Iskandar Mohd Akin.

Menurutnya lagi, AMK konsisten dengan pendirian bahawa polis sepatutnya awal-awal lagi menangkap segera trio ‘Datuk T’ kerana membuat tayangan video porno di khalayak ramai dan bukannya mengkaji kesahihan video itu semata-mata.

“Kita konsisten dengan pendirian bahawa tayangan video itu satu kesalahan jenayah di bawah Seksyen 292 Kanun Keseksaan Jenayah,” kata Shamsul.

Malahan, orang ramai juga sudah tahu bahawa pelakon dalam video itu bukan Anwar kerana beliau sendiri sudah menafikannya.

Shamsul berkata demikian sebagai reaksi kepada kenyataan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar hari ini bahawa video aksi seks yang ditayangkan trio ‘Datuk T’ dua minggu lalu itu adalah tulen.

Menurut Shamsul, kenyataan terbaru Ketua Polis Negara itu bukanlah sesuatu yang mengejutkan kerana ia sudah dijangka.

Malah, ia mengukuhkan lagi anggapan bahawa siri terbaru fitnah ini merupakan satu rekayasa politik peringkat tertinggi.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar pada sidang media tergempar di Pusat Latihan Polis mengeluarkan kenyataan bahawa rakaman video itu adalah tulen tanpa mengulas lanjut siapa pelaku dalam video tersebut.

~keadilandaily~

No comments: