REFORMASI KAJANG

Fatwa Mutakhir Yusuf Qaradawi mengenai Konspirasi 2 terhadap DSAI

Pembongkaran Video Seks DSAI




Pengakuan YB Johari Abdul Tentang Video Seks Eskay

Pembatalan penggunaan dakwat 'indelible' (tidak terpadam) akan selama lamanya memahat tulisan PENIPU DAN MUSUH RAKYAT di dahi lebar Pengerusi SPR. Sifat MUNAFIK yang amat keji ini mengundang kemarahan dan kekecewaan yang menggunung di kalangan pengundi pengundi. Memang kita sedia maklum mengharapkan ketelusan daripada SPR samalah seperti mengharap gajah dapat melepasi mata jarum.


Bukankah UMNO sendiri lahir dari perhimpunan2 HARAM memprotes Malayan Union yang telah diadakan seluruh Malaya ada tahun 1946.

Kalau hendak menunggu permit, maka tidak lahirlah UMNO kerana tidak mungkin Polis pada masa itu akan memberi permit kepada perhimpunan2 yang membawa kepada lahirnya UMNO.

Oleh sebab itu, penentangan UMNO terhadap BERSIH 2.0 adalah satu bentuk KEMUNAFIKAN yang tersangat besar.



Mufti Perak Sanggah Sumpah Laknat Eskay









Wednesday, April 20, 2011

Kroni Murujib Rupanya Patut Beriya Sangat

Ahli Parlimen Titiwangsa, Dr Lo' Lo' Mohd Ghazali mendakwa jawatankuasa Masjid Kampung Baru tidak pernah dibuat pemilihan dan hanya dikuasai ahli keluarga Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan bekas pembantunya.

Tambahnya lagi, orang Kampung Baru sendiri tidak mempunyai akses kepada pengurusan masjid khususnya dalam aspek kewangan. Beliau mendedahkan demikian sebagai mengulas kenapa projek naik taraf Masjid Kampung Baru, melibatkan firma arkitek milik adik perdana menteri, Datuk Nazim Razak.

Semalam, syarikat tersebut mendakwa perkhidmatan mereka menyediakan rekabentuk untuk projek naik taraf Masjid Kampung Baru disediakan secara sukarela.

Penjelasan itu dibuat susulan tuntutan sebuah NGO, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) yang menuntut Najib menerangkan isu berhubung pembabitan firma NRY Architects dalam projek naik taraf dengan nilai RM20 juta itu.

Dr. Lo' Lo' yang juga AJK PAS Pusat sebelum ini pernah membangkitkan perkara itu dalam persidangan Dewan Rakyat lalu, namun menurutnya penjelasan berbeza diberi kerajaan. Katanya, jawapan yang diberikan kepadanya menyatakan projek tersebut masih dalam perbincangan dan belum ada sebarang perlantikan dibuat.

Namun apa yang menghairankan katanya, tiba-tiba projek tersebut telah dimulakan dan firma arkitek adik perdana menteri pula terlibat.

"Tiba-tiba saya lihat menara sudah berbalut, atau mungkin sedang dibaiki?

"Saya juga minta supaya projek naik taraf bernilai RM20 juta itu dibuat secara tawaran tender terbuka bukan 'direct nego'," katanya.

Dalam majlis yang berlangsung pada awal Februari itu, perdana menteri mengumumkan peruntukan sebanyak RM20 juta bagi membiayai projek naik taraf masjid berkenaan. Peruntukan bagi masjid itu akan disalurkan melalui syarikat pembangunan strategik milik kerajaan, 1Malaysia Development Berhad, kata perdana menteri.

~harakah~

No comments: