REFORMASI KAJANG

Fatwa Mutakhir Yusuf Qaradawi mengenai Konspirasi 2 terhadap DSAI

Pembongkaran Video Seks DSAI




Pengakuan YB Johari Abdul Tentang Video Seks Eskay

Pembatalan penggunaan dakwat 'indelible' (tidak terpadam) akan selama lamanya memahat tulisan PENIPU DAN MUSUH RAKYAT di dahi lebar Pengerusi SPR. Sifat MUNAFIK yang amat keji ini mengundang kemarahan dan kekecewaan yang menggunung di kalangan pengundi pengundi. Memang kita sedia maklum mengharapkan ketelusan daripada SPR samalah seperti mengharap gajah dapat melepasi mata jarum.


Bukankah UMNO sendiri lahir dari perhimpunan2 HARAM memprotes Malayan Union yang telah diadakan seluruh Malaya ada tahun 1946.

Kalau hendak menunggu permit, maka tidak lahirlah UMNO kerana tidak mungkin Polis pada masa itu akan memberi permit kepada perhimpunan2 yang membawa kepada lahirnya UMNO.

Oleh sebab itu, penentangan UMNO terhadap BERSIH 2.0 adalah satu bentuk KEMUNAFIKAN yang tersangat besar.



Mufti Perak Sanggah Sumpah Laknat Eskay









Friday, April 1, 2011

M TARAK GUNA Segaran Boleh Berambus

PKR Pulau Pinang telah menggantung keahlian bekas ketua cabang Bayan Baru, M Nyana Segaran dan mengeluarkan surat tunjuk kepadanya kerana didakwa merancang untuk meninggalkan parti itu esok.

Dalam kenyataan medianya, Setiausaha PKR negeri, Maktar Shapee berkata Nyana merancang mengumumkan keluar parti dalam satu acara kebudayaan di Pulau Pinang esok, yang akan dihadiri pemimpin BN, termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Maktar berkata, Nyana (kanan) telah melanggar disiplin parti dan semalam, pengerusi jawatankuasa disiplin PKR, Tan Kee Kwong mengarahkan digantung keahliannya.

"Keahliannya digantung serta-merta, sehingga keputusan muktamad dibuat oleh parti," kata Maktar, yang juga ADUN Sungai Bakap.

Nyana yang menyertai PKR selepas pilihan raya umum 2008, menarik perhatian kerana menganjurkan karnival kebudayaan India, yang akan diadakan di Arena Sukan Antarabangsa Pulau Pinang esok.

Pemimpin lain BN yang dijangka hadir di majlis tersebut, yang menurut Nyana tiada berunsur politik, ialah Presiden Gerakan yang juga bekas ketua menteri Pulau Pinang, Tan Sri Koh Tsu Koon.


Spekulasi telah tersebar di kalangan ahli parti bahawa Nyana yang merupakan bekas pemimpin Gerakan and MIC itu, akan melompat parti, bersama dengan beberapa orang lagi dari cabang PKR Bayan Baru, di majlis tersebut.

Bagaimanapun, Nyana telah menafikan akan keluar PKR, sambil menambah, beliau tidak sedar mengenai peletakan jawatan 200 ahli baru-baru ini.

Desas-desus mengenai Nyana akan meninggalkan PKR, tercetus selepas ketua cabang Bayan Baru, Sim Tze Tsin (kiri) mengingatkan ahli parti itu mengenai bekas ketua cabang yang kalah dalam pemilihan tahun lalu, sedang memujuk ahli menyertai BN.

~MK~

No comments: