REFORMASI KAJANG

Fatwa Mutakhir Yusuf Qaradawi mengenai Konspirasi 2 terhadap DSAI

Pembongkaran Video Seks DSAI




Pengakuan YB Johari Abdul Tentang Video Seks Eskay

Pembatalan penggunaan dakwat 'indelible' (tidak terpadam) akan selama lamanya memahat tulisan PENIPU DAN MUSUH RAKYAT di dahi lebar Pengerusi SPR. Sifat MUNAFIK yang amat keji ini mengundang kemarahan dan kekecewaan yang menggunung di kalangan pengundi pengundi. Memang kita sedia maklum mengharapkan ketelusan daripada SPR samalah seperti mengharap gajah dapat melepasi mata jarum.


Bukankah UMNO sendiri lahir dari perhimpunan2 HARAM memprotes Malayan Union yang telah diadakan seluruh Malaya ada tahun 1946.

Kalau hendak menunggu permit, maka tidak lahirlah UMNO kerana tidak mungkin Polis pada masa itu akan memberi permit kepada perhimpunan2 yang membawa kepada lahirnya UMNO.

Oleh sebab itu, penentangan UMNO terhadap BERSIH 2.0 adalah satu bentuk KEMUNAFIKAN yang tersangat besar.



Mufti Perak Sanggah Sumpah Laknat Eskay









Wednesday, April 20, 2011

Wartawan Sarawak dakwa layanan buruk

Persekutuan Persatuan Wartawan Sarawak (FSJA) akan membuat laporan kepada pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berhubung layanan buruk daripada sesetengah pegawai SPR terhadap wartawan semasa pilihan raya negeri ke-10 baru-baru ini.

Presidennya Roger TL Liong berkata beliau menerima beberapa aduan daripada ahli FSJA di Kuching, Miri dan Bintulu. Katanya faktor yang amat dikesali apabila pas yang dikeluarkan oleh SPR untuk wartawan membuat liputan pilihan raya itu tidak diterima oleh pegawai-pegawai berkenaan.

"Hanya dua hari sebelum penamaan calon iaitu pada 6 April wartawan dimaklumkan pas warna merah jambu dan dokumen lain yang mereka terima tidak boleh digunakan.

"Mereka diberitahu supaya mendapatkan tiga pas berlainan untuk memasuki pusat penamaan calon, pengundian dan pengiraan undi," katanya.

Liong berkata wartawan diarah untuk menguruskan sendiri pas itu di pejabat Pegawai Daerah yang berkenaan yang mana menyukarkan mereka kerana masa yang semakin suntuk.

"Untuk menjadikan lebih buruk, 'peraturan baru' ditetapkan bagi setiap akhbar di mana hanya boleh menghantar dua wartawan ke sebuah pusat dan nama mereka harus diletakkan di dalam surat rasmi daripada syarikat.

"Keadaan itu menyebabkan rakan-rakan wartawan dari luar negeri itu tidak dapat membuat liputan," katanya.

Liong berkata pada hari penamaan calon, pegawai-pegawai SPR hanya membenarkan mereka mengambil gambar calon dari jarak 30.5 meter.

"Pada hari pengiraan undi pada sebelah petang juga, hanya pekerja-pekerja SPR dan parti yang mengiringi calon mereka, boleh bergerak bebas untuk mengambil gambar.

"Lagi sekali wartawan diarahkan berada pada jarak 30.5 meter. Mereka juga tidak menyediakan kerusi tetapi sebaliknya kerusi disediakan untuk mereka yang hanya datang untuk memerhati.

Bagaimanapun, sebahagian pegawai SPR di kawasan lain memberi kerjasama yang baik, kata Liong. Sehubungan itu beliau berharap SPR dapat menetapkan peraturan dan prosedurnya untuk membantu media menjalankan tugas.

~Bernama~

No comments: