REFORMASI KAJANG

Fatwa Mutakhir Yusuf Qaradawi mengenai Konspirasi 2 terhadap DSAI

Pembongkaran Video Seks DSAI




Pengakuan YB Johari Abdul Tentang Video Seks Eskay

Pembatalan penggunaan dakwat 'indelible' (tidak terpadam) akan selama lamanya memahat tulisan PENIPU DAN MUSUH RAKYAT di dahi lebar Pengerusi SPR. Sifat MUNAFIK yang amat keji ini mengundang kemarahan dan kekecewaan yang menggunung di kalangan pengundi pengundi. Memang kita sedia maklum mengharapkan ketelusan daripada SPR samalah seperti mengharap gajah dapat melepasi mata jarum.


Bukankah UMNO sendiri lahir dari perhimpunan2 HARAM memprotes Malayan Union yang telah diadakan seluruh Malaya ada tahun 1946.

Kalau hendak menunggu permit, maka tidak lahirlah UMNO kerana tidak mungkin Polis pada masa itu akan memberi permit kepada perhimpunan2 yang membawa kepada lahirnya UMNO.

Oleh sebab itu, penentangan UMNO terhadap BERSIH 2.0 adalah satu bentuk KEMUNAFIKAN yang tersangat besar.



Mufti Perak Sanggah Sumpah Laknat Eskay









Monday, April 4, 2011

Murujib Lebih Sudu Dari Nasi Basi

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tidak meluahkan keyakinannya bahawa BN akan merampas semula Pulau Pinang pada pilihan raya umum akan datang, kata presiden Gerakan, Tan Sri Koh Tsu Koon.
Menjelaskan kenyataan Najib semasa lawatan seharinya yang menggempurkan pulau mutiara itu, Koh berkata perdana menteri tidak mengeluarkan kata-kata seperti yang dilaporkan itu.

“PM amat berhati-hati dengan apa yang dikatakannya. Beliau berkata dia melawat lima kawasan (dan) orang ramai memberikan sambutan hangat. Jika sambutan hangat itu diterjemahkan sebagai undi dalam pilihan raya, BN mungkin berpeluang merampas beberapa kerusi.

“Tetapi beliau tidak sebut menawan negeri ini kerana perkara itu memerlukan penilaian lanjut. Mungkin Bernama salah melaporkan (kenyataan perdana menteri), kata Koh kepada wartawan semasa pelancaran sebuah buku di Kuala Lumpur hari ini.

Koh, ketika diminta mengulas kenyataan itu semalam, pada mulanya menyalahkan Malaysiakini kerana salah menterjemahkan kenyataan perdana menteri. Bagaimanapun, beliau dimaklumakan bahawa berita berkenaan dibekalkan oleh agensi berita rasmi kerajaan iaitu Bernama.

Bernama semalam melaporkan Najib yakin BN dapat merampas semula Pulau Pinang pada pilihan raya umum akan datang ekoran terdapat tanda-tanda angin perubahan yang berlaku di negeri itu. Katanya dalam tinjauan beliau ke Pulau Pinang hari ini banyak pihak meluahkan kekecewaan terhadap kerajaan negeri di bawah kepimpinan semasa, dan mereka mahukan perubahan.

"Suasana memihak kepada perasaan inginkan perubahan dan walaupun ia di peringkat sentimen, kita mahukan sentimen itu diterjemahkan dalam bentuk sokongan," kata Najib yang dipetik Bernama.

Koh berkata kemungkinan besar wartawan Bernama itu terlalu bersemangat atau ghairah dalam laporannya.
Menurutnya, ketika mengiringi Najib dalam lawatan semalam, beliau menerima SMS daripada akhbar lain dan ditunjukkannya kepada Najib yang kemudian menafikan perkara itu.

Ditanya sama ada Gerakan mempunyai rancangan menawan Pulau Pinang, bekas ketua menteri negeri itu berkata mereka tidak akan mengumumkannya.

“Terlalu awal bagi membincangkan rancangan menawan Pulau Pinang,” kata Koh.

“Jika kita bercakap mengenai menawan semula Pulau Pinang sekarang sedangkan kita belum memenangi sebarang kerusi, kita nampak semacam bongkak,” katanya.

~MK~

No comments: