REFORMASI KAJANG

Fatwa Mutakhir Yusuf Qaradawi mengenai Konspirasi 2 terhadap DSAI

Pembongkaran Video Seks DSAI




Pengakuan YB Johari Abdul Tentang Video Seks Eskay

Pembatalan penggunaan dakwat 'indelible' (tidak terpadam) akan selama lamanya memahat tulisan PENIPU DAN MUSUH RAKYAT di dahi lebar Pengerusi SPR. Sifat MUNAFIK yang amat keji ini mengundang kemarahan dan kekecewaan yang menggunung di kalangan pengundi pengundi. Memang kita sedia maklum mengharapkan ketelusan daripada SPR samalah seperti mengharap gajah dapat melepasi mata jarum.


Bukankah UMNO sendiri lahir dari perhimpunan2 HARAM memprotes Malayan Union yang telah diadakan seluruh Malaya ada tahun 1946.

Kalau hendak menunggu permit, maka tidak lahirlah UMNO kerana tidak mungkin Polis pada masa itu akan memberi permit kepada perhimpunan2 yang membawa kepada lahirnya UMNO.

Oleh sebab itu, penentangan UMNO terhadap BERSIH 2.0 adalah satu bentuk KEMUNAFIKAN yang tersangat besar.



Mufti Perak Sanggah Sumpah Laknat Eskay









Monday, April 18, 2011

Pak Lah Lebih Ikhlas Dan Gemilang Bantu Rakyat Daripada Murujib

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dijangka tidak akan membubarkan Dewan Rakyat dalam masa terdekat bagi membolehkan pilihan raya umum diadakan berikutan pencapaian lesu pada pilihan raya Sarawak, Sabtu lalu kata penganalisis.

AFP melaporkan meskipun BN menguasai dua pertiga daripada kerusi yang dipertandingkan, tetapi pembangkang berjaya mendapat keputusan terbaik dalam sejarah pilihan raya negeri itu. Pilihan raya Sarawak dikatakan petunjuk bagi mengukur kepopularan Najib yang didakwa banyak menabur wang bagi pembangunan luar bandar ketika berkempen.

Menurut sesetengah pemerhati, pilihan raya Sabtu lalu adalah ujian getir kepada BN sejak pilihan raya umum 2008 apabila pembangkang berjaya merampas satu pertiga daripada kerusi parlimen. Pada pilihan raya itu, BN menang 55 kerusi manakala Pakatan Rakyat berjaya mendapat 15 kerusi, manakala seorang calon Bebas berjaya memenangi satu kerusi.

Bagagaimanapun bagi seorang penganalisis politik Khoo Kai Peng, Najib nyata mengalami kemerosotan ketara dari segi undi popular berbanding prestasi BN pada pilihan raya negeri 2006.

"Undi popular BN jatuh lapan peratus kepada 55 peratus. Ini adalah jumlah yang besar memandangkan negeri ini adalah secara tradisionalnya kubu kuat BN,” katanya kepada AFP.

Khoo berkata keputusan itu menunjukkan kerusi parlimen Sarawak dan juga jirannya Sabah juga menghadapi risiko jika BN mahu terus merintah di peringkat pusat. Terdapat 31 kerusi parlimen di Sarawak dan BN memiliki 29. Di BN memboloti 24 daripada 25 kerusi. Pembangkang hanya mempunyai tiga kerusi di kedua-dua buah negeri itu.

~MK~

No comments: