REFORMASI KAJANG

Fatwa Mutakhir Yusuf Qaradawi mengenai Konspirasi 2 terhadap DSAI

Pembongkaran Video Seks DSAI




Pengakuan YB Johari Abdul Tentang Video Seks Eskay

Pembatalan penggunaan dakwat 'indelible' (tidak terpadam) akan selama lamanya memahat tulisan PENIPU DAN MUSUH RAKYAT di dahi lebar Pengerusi SPR. Sifat MUNAFIK yang amat keji ini mengundang kemarahan dan kekecewaan yang menggunung di kalangan pengundi pengundi. Memang kita sedia maklum mengharapkan ketelusan daripada SPR samalah seperti mengharap gajah dapat melepasi mata jarum.


Bukankah UMNO sendiri lahir dari perhimpunan2 HARAM memprotes Malayan Union yang telah diadakan seluruh Malaya ada tahun 1946.

Kalau hendak menunggu permit, maka tidak lahirlah UMNO kerana tidak mungkin Polis pada masa itu akan memberi permit kepada perhimpunan2 yang membawa kepada lahirnya UMNO.

Oleh sebab itu, penentangan UMNO terhadap BERSIH 2.0 adalah satu bentuk KEMUNAFIKAN yang tersangat besar.



Mufti Perak Sanggah Sumpah Laknat Eskay









Saturday, April 2, 2011

Pemilihan PAS mulai rancak

Pemilihan PAS bagi merebut jawatan timbalan presiden dilihat semakin rancak apabila baki 11 lagi kawasan di Wilayah Persekutuan yang majoritinya dilihat cenderung mencalonkan ahli jawatankuasa PAS Pusat Mohamad Sabu akan bermesyuarat sepanjang bulan ini.

Antara kawasan yang dilihat cenderung untuk menyokong bekas naib presiden PAS itu dalam pemilihan kali ini adalah Batu, Putrajaya, Kepong dan Bukit Bintang.

Bagi perwakilan PAS kawasan Setiawangsa yang bermesyuarat Ahad lalu, mereka menyerahkan keptusan berkenaan kepada jawatankuasa PAS kawasan itu untuk memilih pucuk kepimpinan parti.

Setakat ini, Mohamad (atas, kiri) hanya mendapat satu pencalonan dari kawasan Kubang Kerian yang diketuai oleh exco kanan kerajaan Kelantan Datuk Husam Musa.

Secara tidak langsung pemerhati politik berpendapat, ia sebagai isyarat bahawa Husam – yang turut bertanding merebut jawatan tersebut dalam pemilihan lalu - memberi laluan kepada Mohamad untuk merebut kerusi nombor dua.

Dalam pemilihan dua tahun lalu, Husam dan Mohamad tewas kepada penyandangnya Nasharuddin Mat Isa dalam persaingan tiga penjuru.

Nasharuddin mendapat 480 undi, Husam (281) dan Mohamad memperolehi 261 undi.

Sebanyak tiga kawasan di Wilayah Persekutuan masing-masing akan mengadakan mesyuarat agung tahunan mereka pada tarikh yang berasingan iaitu Bandar Tun Razak (3 April), Bukit Bintang (8 April) dan Cheras pada 30 April.

Manakala tiga kawasan lagi akan mengadakan mesyuarat agung serentak pada 10 April ini adalah Kepong, Lembah Pantai dan Segambut.

Tiada hasrat

Sementara pada 23 April ini, dua kawasan lagi - Batu dan Putrajaya - turut akan mengadakan mesyuarat agung serentak pada jam 9 pagi.

Sehari selepas itu, tiga lagi kawasan bakal membuat pemilihan dalam mesyuarat agung mereka iaitu Titiwangsa, Wangsa Maju dan Seputeh.

Manakala, mesyuarat bagi ketiga-tiga sayap parti bagi Wilayah Persekutuan – Pemuda, Muslimat dan Ulama – masing-masing akan diadakan pada 1, 7 dan 8 Mei depan.

Sementara itu, dilaporkan dua naib presiden – Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Salahudin Ayub – yang disebut-sebut akan juga bertanding jawatan timbalan presiden menafikan mereka berhasrat merebut jawatan berkenaan

Sebaliknya, mereka hanya mahu mempertahankan kerusi naib presiden yang dimenangi mereka dua tahun lalu sekiranya mendapat pencalonan.

Penyandang jawatan timbalan presiden, Nasharuddin Mat Isa yang juga ahli parlimen Bachok setakat ini masih belum membuat sebarang keputusan sama ada akan mempertahankan jawatannya.

Dalam perkembangan berkaitan, Yang Dipertua PAS Setiawangsa Abd Halim Hassan berkata pihaknya akan bermesyuarat bagi mencalonkan kepimpinan pusat pada 19 April ini – selepas pulang berkempen pilihan raya negeri Sarawak.

Ditanya mengenai kecenderungan kawasan itu untuk memilih muka baru bagi jawatan timbalan presiden, Abd Halim enggan mengulasnya kerana tidak mahu mendahului keputusan jawatankuasa kawasan.

Namun katanya, secara peribadi, Datuk Seri Abdul Awang tidak menghadapi masalah untuk dicalonkan semula menyandang jawatan presiden parti tersebut.

~MK~

No comments: