REFORMASI KAJANG

Fatwa Mutakhir Yusuf Qaradawi mengenai Konspirasi 2 terhadap DSAI

Pembongkaran Video Seks DSAI




Pengakuan YB Johari Abdul Tentang Video Seks Eskay

Pembatalan penggunaan dakwat 'indelible' (tidak terpadam) akan selama lamanya memahat tulisan PENIPU DAN MUSUH RAKYAT di dahi lebar Pengerusi SPR. Sifat MUNAFIK yang amat keji ini mengundang kemarahan dan kekecewaan yang menggunung di kalangan pengundi pengundi. Memang kita sedia maklum mengharapkan ketelusan daripada SPR samalah seperti mengharap gajah dapat melepasi mata jarum.


Bukankah UMNO sendiri lahir dari perhimpunan2 HARAM memprotes Malayan Union yang telah diadakan seluruh Malaya ada tahun 1946.

Kalau hendak menunggu permit, maka tidak lahirlah UMNO kerana tidak mungkin Polis pada masa itu akan memberi permit kepada perhimpunan2 yang membawa kepada lahirnya UMNO.

Oleh sebab itu, penentangan UMNO terhadap BERSIH 2.0 adalah satu bentuk KEMUNAFIKAN yang tersangat besar.



Mufti Perak Sanggah Sumpah Laknat Eskay









Monday, April 4, 2011

'Penyelesaian' Alkitab belum dimuktamadkan

Belum ada perkara yang dimuktamadkan berhubung isu alkitab berbahasa Melayu dan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein mahu semua pihak menghentikan spekulasi isu itu sehingga ia dianggap selesai.

Katanya, sehingga semua pihak terbabit duduk semeja mencari penyelesaian dan membentangkan kepadanya, Hishamuddin mahu rakyat tidak membuat spekulasi dan berhenti mengulas kerana ia mungkin menjejaskan hubungan antara penganut Kristian dan Islam.

Sabtu lalu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala mendedahkan penyelesaian 10 perkara berhubung kontroversi kitab Injil.

Antaranya, kumpulan Kristian di negara ini, dikatakan dibenar mengimport kitab Injil dalam sebarang bahasa, termasuk bahasa Melayu/Indonesia tanpa sebarang halangan.

“Kitab Injil juga kini boleh dicetak di Semenanjung, Sabah dan Sarawak,” kata Idris.

Bagi, kitab Injil di Sabah dan Sarawak, tiada cap mohor atau nombor siri perlu dikenakan tetapi bagi kitab seumpama itu di Semenanjung, ia mesti tertera perkataan “Penerbitan Agama Kristian” dan lambang salib dicetak di kulit depan.

Namun mengulas perkara itu, hari ini Hishamuddin menafikan kerajaan telah memuktamadkan penyelesaian tersebut.

"Tiada yang telah dimuktamadkan berhubung perkara ini. Saya nasihatkan orang ramai tidak membuat spekulasi yang akan menjejaskan hubungan.

"Belum ada apa-apa yang dibentangkan kepada saya (selaku menteri dalam negeri). Kecuali semua pihak duduk semeja dan mencari penyelesaian dan dibentangkan kepada saya, orang ramai tidak harus buat spekulasi,” kata Hishamuddin.

Menurut beliau kes isu penggunaan kalimah Allah juga masih pada peringkat mahkamah.

~MK~

No comments: