REFORMASI KAJANG

Fatwa Mutakhir Yusuf Qaradawi mengenai Konspirasi 2 terhadap DSAI

Pembongkaran Video Seks DSAI




Pengakuan YB Johari Abdul Tentang Video Seks Eskay

Pembatalan penggunaan dakwat 'indelible' (tidak terpadam) akan selama lamanya memahat tulisan PENIPU DAN MUSUH RAKYAT di dahi lebar Pengerusi SPR. Sifat MUNAFIK yang amat keji ini mengundang kemarahan dan kekecewaan yang menggunung di kalangan pengundi pengundi. Memang kita sedia maklum mengharapkan ketelusan daripada SPR samalah seperti mengharap gajah dapat melepasi mata jarum.


Bukankah UMNO sendiri lahir dari perhimpunan2 HARAM memprotes Malayan Union yang telah diadakan seluruh Malaya ada tahun 1946.

Kalau hendak menunggu permit, maka tidak lahirlah UMNO kerana tidak mungkin Polis pada masa itu akan memberi permit kepada perhimpunan2 yang membawa kepada lahirnya UMNO.

Oleh sebab itu, penentangan UMNO terhadap BERSIH 2.0 adalah satu bentuk KEMUNAFIKAN yang tersangat besar.



Mufti Perak Sanggah Sumpah Laknat Eskay









Monday, April 4, 2011

Rakyat Sarawak Tak Makan RM50 BumNgok

Rakyat Sarawak diseru memilih pemimpin yang baik yang sentiasa prihatin terhadap masalah mereka dan menyuarakannya di Dewan Undangan Negeri.

“Kita tidak perlu memilih pemimpin yang datang setiap kali pilihan raya dengan menawarkan wang RM50 dan menabur janji-janji manis, sebaliknya permasalahan rakyat dibiarkan,” kata Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dalam ucapannya kepada pengundi-pengundi di Sebuyau.

Menurut beliau, PAS tidak memaksa sesiapa menerima parti itu.

Begitupun, jelasnya PAS ingin bersama rakyat Sarawak membuat perubahan melalui parti itu dan Pakatan Rakyat ke arah negeri Sarawak yang lebih baik daripada pemerintah BN.

“Kita perlu menolak pemimpin yang mengagihkan kekayaan sesama mereka sedangkan rakyat dibiarkan miskin,” katanya lagi.

Jelasnya, Islam mengajar pemerintah supaya berlaku adil dalam mengagihkan kekayaan negeri.

Katanya, nabi-nabi menegur pemerintah yang zalim di zaman masing-masing sehingga ada di antara mereka dibunuh.

“Inilah yang PAS perjuangkan untuk rakyat Sarawak,” tegas Abdul Hadi yang juga ahli Parlimen Marang.

Dalam masa yang sama beliau turut melawat masyarakat orang Iban di rumah panjang Sebuyau (gambar atas).

Penduduk-penduduk setempat menyambut kedatangan beliau dan menjemput bertandang ke rumah.

Beliau menghabiskan masa hampir satu jam berbual-bual di rumah penduduk.

Turut serta bersama ialah AJK PAS Pusat, Mazlan Aliman, Pesuruhjaya PAS Sarawak dan Negeri Sembilan, Adam Ahid dan Zulkifly Omar serta petugas-petugas PAS dari Johor dan Perak.

Mengulas isu video seks yang heboh ketika ini, beliau dengan nada tegas menyatakan haram bertindak zalim kepada sesama manusia dan amat dikesalkan apabila pihak yang dituduh iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim pula yang diminta untuk membuktikan dirinya, sedangkan pihak yang menuduh bebas membuat tuduhan tanpa diambil tindakan.

~harakah~

No comments: