REFORMASI KAJANG

Fatwa Mutakhir Yusuf Qaradawi mengenai Konspirasi 2 terhadap DSAI

Pembongkaran Video Seks DSAI




Pengakuan YB Johari Abdul Tentang Video Seks Eskay

Pembatalan penggunaan dakwat 'indelible' (tidak terpadam) akan selama lamanya memahat tulisan PENIPU DAN MUSUH RAKYAT di dahi lebar Pengerusi SPR. Sifat MUNAFIK yang amat keji ini mengundang kemarahan dan kekecewaan yang menggunung di kalangan pengundi pengundi. Memang kita sedia maklum mengharapkan ketelusan daripada SPR samalah seperti mengharap gajah dapat melepasi mata jarum.


Bukankah UMNO sendiri lahir dari perhimpunan2 HARAM memprotes Malayan Union yang telah diadakan seluruh Malaya ada tahun 1946.

Kalau hendak menunggu permit, maka tidak lahirlah UMNO kerana tidak mungkin Polis pada masa itu akan memberi permit kepada perhimpunan2 yang membawa kepada lahirnya UMNO.

Oleh sebab itu, penentangan UMNO terhadap BERSIH 2.0 adalah satu bentuk KEMUNAFIKAN yang tersangat besar.



Mufti Perak Sanggah Sumpah Laknat Eskay









Wednesday, June 8, 2011

Siapa Perompak Tenaga Elektrik

Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar meminta kerajaan memastikan dokumen rahsia perjanjian pembelian tenaga (PPA) yang dimeterai antara Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan pengeluar tenaga bebas (IPP) diedarkan kepada ahli-ahli Parlimen.

"Mewakili ahli-ahli Parlimen Pakatan Rakyat (PR) saya berharap salinan dokumen tersebut diedarkan kepada setiap Ahli Parlimen pada hari pertama sidang Dewan Rakyat yang akan datang.

"Kami sangat memerlukan dokumen itu untuk memudahkan kami menunaikan tanggungjawab kami kepada rakyat," kata beliau.

Sebelum itu, Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mukhriz Mahathir menyatakan dokumen tersebut boleh didedahkan kepada ahli Dewan Rakyat. Mukhriz juga berkata, butiran perjanjian itu tidak boleh didedahkan kepada orang ramai kerana ia adalah perkara sulit.

"Kami, ahli-ahli Parlimen, akan memastikan Mukhriz tidak berbohong dengan kenyataannya itu kerana kami sangat memerlukan dokumen perjanjian itu yang menimbulkan rasa tidak amat puas hati rakyat kerana dianggap berat sebelah dan hanya menguntungkan IPP," kata Mahfuz.

Dalam perjanjian itu, katanya, IPP dipaksa membeli tenaga yang dijana oleh IPP walaupun tidak diperlukan.

IPP juga tetap menerima subsidi yang besar dari kerajaan ketika pelbagai subsidi kepada rakyat telah dipotong dan kerajaan pula setiap hari mengugut hendak memotong subsidi kepada rakyat tertindas, kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu.

Walaupun Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin sendiri menyifatkan perjanjian dengan IPP itu tidak adil kepada rakyat, tetapi kerajaan Datuk Seri Najib Tun Razak mengekalkan peruntukan RM19 bilion setahun kepada syarikat-syarikat IPP seperti YTL Corporation Berhad, Malakoff Corporation Berhad dan Genting Sanyen.

Malah, kecaman hebat bekas Pengerusi Eksekutif TNB, Tan Sri Ani Arope terhadap perjanjian itu telah beberapa kali menjadi berita sejak beliau meletakkan jawatan sebagai Pengerusi TNB 15 tahun lalu.

Baru-baru ini, ketika menulis dalam laman Facebooknya, Ani menyalahkan perjanjian dengan IPP itu sebagai punca kenaikan tariff elektrik. Beliau juga mendedahkan bahawa Unit Perancang Ekonomi (EPU), Jabatan Perdana Menteri sebagai pihak yang bertangungjawab memaksa TNB menandatangani perjanjian itu.

Lantaran itu, Ani menyifatkan EPU sebagai Economic Plundering Unit atau Unit Penyamun Ekonomi.

~harakah~

No comments: