REFORMASI KAJANG

Fatwa Mutakhir Yusuf Qaradawi mengenai Konspirasi 2 terhadap DSAI

Pembongkaran Video Seks DSAI




Pengakuan YB Johari Abdul Tentang Video Seks Eskay

Pembatalan penggunaan dakwat 'indelible' (tidak terpadam) akan selama lamanya memahat tulisan PENIPU DAN MUSUH RAKYAT di dahi lebar Pengerusi SPR. Sifat MUNAFIK yang amat keji ini mengundang kemarahan dan kekecewaan yang menggunung di kalangan pengundi pengundi. Memang kita sedia maklum mengharapkan ketelusan daripada SPR samalah seperti mengharap gajah dapat melepasi mata jarum.


Bukankah UMNO sendiri lahir dari perhimpunan2 HARAM memprotes Malayan Union yang telah diadakan seluruh Malaya ada tahun 1946.

Kalau hendak menunggu permit, maka tidak lahirlah UMNO kerana tidak mungkin Polis pada masa itu akan memberi permit kepada perhimpunan2 yang membawa kepada lahirnya UMNO.

Oleh sebab itu, penentangan UMNO terhadap BERSIH 2.0 adalah satu bentuk KEMUNAFIKAN yang tersangat besar.



Mufti Perak Sanggah Sumpah Laknat Eskay









Wednesday, June 8, 2011

Kenapa TNB Diam Isu Rompakan Tenaga Elektrik

Tenaga Nasional Bhd (TNB) mengelakkan diri daripada menjelaskan kedudukannya dalam perjanjian pembelian tenaga (PPA) yang dimeterai dengan pengeluar tenaga bebas (IPP).

Dalam reaksinya kepada soalan wartawan, jabatan perhubungan korporat TNB hanya berkata pihaknya tidak dapat memberikan sebarang komen dan merujuk Malaysiakini kepada Unit Perancangan Ekonomi, Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air.

Persatuan Pengeluar Tenaga Bebas dalam satu kenyataan menafikan mereka mendapat manfaat daripada subsidi gas dan berkata harga yang dibilkan ditentukan mengikut kadar yang ditetapkan oleh kerajaan.

Ia meminta rakyat supaya “rasional dan objektif” dan membabitkan mereka melalui dialog. Sebelum ini dipercayai PPA di bawah bidang kuasa EPU, namun ia dinafikan oleh kerajaan yang menyatakan ia adalah perjanjian yang dimeterai oleh entiti swasta.

Perjanjian berkenaan dikatakan terikat dengan klausa yang ia tidak boleh didedahkan dan telah lama dibidas kerana disifatkan berat sebelah dan memihak IPP.

Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Mukhriz Mahathir berkata butirannya boleh dibekalkan kepada ahli parlimen jika isu itu ditimbulkan di Dewan Rakyat tetapi tidak boleh dimaklumkan kepada orang ramai.

Sikap ingin tahu orang ramai mengenai kandungan PPA itu semakin memuncak apabila kerajaan memutuskan untuk mengurangkan subsidi ke atas pelbagai barangan dan perkhidmatan. Harga gas akan naik sebanyak RM3 bagi setiap mmBtu setiap enam bulan sehingga Disember 2015, dan kemudiannya ia akan diapungkan mengikut harga pasaran mulai 2016.

~MK~

No comments: