REFORMASI KAJANG

Fatwa Mutakhir Yusuf Qaradawi mengenai Konspirasi 2 terhadap DSAI

Pembongkaran Video Seks DSAI




Pengakuan YB Johari Abdul Tentang Video Seks Eskay

Pembatalan penggunaan dakwat 'indelible' (tidak terpadam) akan selama lamanya memahat tulisan PENIPU DAN MUSUH RAKYAT di dahi lebar Pengerusi SPR. Sifat MUNAFIK yang amat keji ini mengundang kemarahan dan kekecewaan yang menggunung di kalangan pengundi pengundi. Memang kita sedia maklum mengharapkan ketelusan daripada SPR samalah seperti mengharap gajah dapat melepasi mata jarum.


Bukankah UMNO sendiri lahir dari perhimpunan2 HARAM memprotes Malayan Union yang telah diadakan seluruh Malaya ada tahun 1946.

Kalau hendak menunggu permit, maka tidak lahirlah UMNO kerana tidak mungkin Polis pada masa itu akan memberi permit kepada perhimpunan2 yang membawa kepada lahirnya UMNO.

Oleh sebab itu, penentangan UMNO terhadap BERSIH 2.0 adalah satu bentuk KEMUNAFIKAN yang tersangat besar.



Mufti Perak Sanggah Sumpah Laknat Eskay









Sunday, June 12, 2011

KEADILAN sasar 60 ribu ahli hadir himpunan Bersih 9 Julai

Ahli dan pimpinan KEADILAN diarah untuk menggerakkan jentera parti dengan sasaran 60 ribu ahlinya hadir pada perhimpunan ‘Walk For Democracy’ yang dianjurkan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) pada 9 Julai depan, kata Naib Presiden Tian Chua.

“Kita akan mengeluarkan arahan rasmi kepada Cabang-cabang dan Ranting KEADILAN di seluruh negara supaya ahli kita memberikan sokongan kepada perhimpunan ini,” katanya kepada Keadilandaily.

“Sasaran terbaik kita ialah separuh daripada keseluruhan ahli kita yang hadir,” katanya kepada Keadilandaily.

KEADILAN mempunyai 410,000 ahli di 209 buah Cabang di seluruh negara.

“Semua pimpinan KEADILAN yang diundang berceramah di mana-mana program anjuran Pakatan Rakyat mesti mengingatkan hadirin supaya memberi sokongan dan hadir pada himpunan tersebut,” kata Tian.

Menjelang hari Sabtu 9 Julai 2011, Bersih mempunyai baki 5 minggu untuk mempromosi himpunan itu melalui pentas-pentas ceramah politik dan sebaran media.

“Walaupun himpunan Bersih kali ini adalah anjuran pertubuhan bukan kerajaan dan masayarakat madani, namun setiap ahli KEADILAN mempunyai peranan untuk menyebarkan maklumat dan perkembangan

“Kita akan bertemu dengan jawatankuasa Bersih dan memaklumkan kepada ahli mengenai perkembangan dari masa ke semasa,” jelasnya.

Empat tuntutan yang dibawa oleh Bersih pada himpunan pertama pada 20 November 2007 ialah pendaftaran pengundi automatik, penggunaan dakwat kekal, penghapusan undi pos dan kebebasan media.

Dua lagi tuntutan ialah tempoh berkempen selama 21 hari serta sekatan penyelewengan dan penggunaan harta kerajaan oleh parti politik dalam tempoh kempen.

~keadilandaily~

No comments: