REFORMASI KAJANG

Fatwa Mutakhir Yusuf Qaradawi mengenai Konspirasi 2 terhadap DSAI

Pembongkaran Video Seks DSAI




Pengakuan YB Johari Abdul Tentang Video Seks Eskay

Pembatalan penggunaan dakwat 'indelible' (tidak terpadam) akan selama lamanya memahat tulisan PENIPU DAN MUSUH RAKYAT di dahi lebar Pengerusi SPR. Sifat MUNAFIK yang amat keji ini mengundang kemarahan dan kekecewaan yang menggunung di kalangan pengundi pengundi. Memang kita sedia maklum mengharapkan ketelusan daripada SPR samalah seperti mengharap gajah dapat melepasi mata jarum.


Bukankah UMNO sendiri lahir dari perhimpunan2 HARAM memprotes Malayan Union yang telah diadakan seluruh Malaya ada tahun 1946.

Kalau hendak menunggu permit, maka tidak lahirlah UMNO kerana tidak mungkin Polis pada masa itu akan memberi permit kepada perhimpunan2 yang membawa kepada lahirnya UMNO.

Oleh sebab itu, penentangan UMNO terhadap BERSIH 2.0 adalah satu bentuk KEMUNAFIKAN yang tersangat besar.



Mufti Perak Sanggah Sumpah Laknat Eskay









Sunday, June 12, 2011

SAMM ikrar jayakan Himpunan Bersih

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) menyatakan kesediaan mereka untuk terlibat secara langsung dalam himpunan Bersih 2 yang akan diadakan pada 9 Julai 2011. Pengerusinya, Badrul Hisham Shahrin atau CheGuBard dalam satu kenyataan media berkata, SAMM bersedia menawarkan diri untuk menyertai jawatankuasa mobilisasi yang akan dibentuk kelak.

“Kami akan menggerakkan semua poket dan sel anak muda yang bergabung dengan SAMM untuk turut sama terlibat dalam proses mobilisasi. Sememangnya mempertahankan demokrasi hak rakyat merupakan teras utama pendirian kami.

“SAMM akan bersungguh-sungguh untuk memastikan kelancaran dan kejayaan program, kerana himpunan kali ini dijangka adalah dua kali ganda lebih besar dari himpunan Bersih 2007,” tegas CheGuBard.

Beliau berkata, sehingga kini rejim Barisan Nasional masih tidak mempedulikan 4 tuntutan Bersih semenjak himpunan pertama pada November 2007 lalu.

4 tuntutan Bersih pada himpunan 2007 ialah penggunaan dakwat kekal untuk mengelakkan pengundian berganda, pemansuhan undi pos, membersihkan daftar pemilih dan peluang akses kepada media oleh semua parti politik yang bertanding.

Manakala dua lagi tambahan tuntutan ialah larangan penyalahgunaan institusi kerajaan dalam pilihan raya sehingga rakyat tidak dapat menilai antara parti politik dan kerajaan, dan melanjutkan tempoh kempen pilihan raya yang lebih munasabah berbanding tempoh kempen lapan hari sebelum ini.

“Semua tuntutan ini adalah munasabah. Namun rejim Barisan Nasional seolah-olah pekak dan angkuh dan tidak langsung mahu mendengar.

“Tuntutan ini bukan tuntutan baru. Ia telah lama berkumandang, namun rejim terus angkuh. Oleh kerana tidak ada jalan lain, maka jalan mobilisasi rakyat dipilih.

“Ini merupakan program aman dalam ruang hak rakyat yang dijamin oleh perlembagaan Persekutuan. Perkara ini dilakukan demi masa depan negara dan menjamin hak demokrasi rakyat.

“Dalam proses pilihanraya sudah tentu ada yang menang dan ada yang kalah. SAMM bersedia untuk melihat ada pihak yang kalah, namun tidak sanggup melihat rakyat tewas kerana penipuan pilihan raya,” jelasnya.

Sabtu lalu, Pengerusi Badan Penggerak Mobilisasi Demokrasi Pas, Mohamad Sabu mengumumkan mobilisasi terbesar rakyat dikenali sebagai ‘perarakan demokrasi’ yang akan berlangsung di Kuala Lumpur 9 Julai ini, manakala tempat spesifik, warna tema akan dimaklumkan pada suatu tarikh terdekat.

~Keadilandaily~

No comments: