REFORMASI KAJANG

Fatwa Mutakhir Yusuf Qaradawi mengenai Konspirasi 2 terhadap DSAI

Pembongkaran Video Seks DSAI




Pengakuan YB Johari Abdul Tentang Video Seks Eskay

Pembatalan penggunaan dakwat 'indelible' (tidak terpadam) akan selama lamanya memahat tulisan PENIPU DAN MUSUH RAKYAT di dahi lebar Pengerusi SPR. Sifat MUNAFIK yang amat keji ini mengundang kemarahan dan kekecewaan yang menggunung di kalangan pengundi pengundi. Memang kita sedia maklum mengharapkan ketelusan daripada SPR samalah seperti mengharap gajah dapat melepasi mata jarum.


Bukankah UMNO sendiri lahir dari perhimpunan2 HARAM memprotes Malayan Union yang telah diadakan seluruh Malaya ada tahun 1946.

Kalau hendak menunggu permit, maka tidak lahirlah UMNO kerana tidak mungkin Polis pada masa itu akan memberi permit kepada perhimpunan2 yang membawa kepada lahirnya UMNO.

Oleh sebab itu, penentangan UMNO terhadap BERSIH 2.0 adalah satu bentuk KEMUNAFIKAN yang tersangat besar.



Mufti Perak Sanggah Sumpah Laknat Eskay









Thursday, June 16, 2011

Rakyat Nak Beli Rumah RM80k Pun Susah

Pengarah Ditamas Shamsuddin Hayroni menegaskan bahawa harga RM3.5 juta adalah terlalu untuk banglo mewah dan hartanah yang terletak di lot 8 dan 10 di kawasan Jalan Suasa di Seksyen 7 Shah Alam.

Sebaliknya, kata Shamsuddin, harga yang munasabah adalah RM5.5 juta seperti yang dimintanya.

Shamsuddin juga mengulangi pendiriannya bahawa beliau "tidak ada pilihan" tetapi bersetuju untuk menjual hartanah tersebut kepada bekas MB Selangor, Datuk Seri Mohd Khir Toyo pada harga yang rendah kerana 'bimbang perniagaan dan projeknya yang sedang dijalankan di Selangor akan terjejas'.

Beliau memberitahu Mahkamah Tinggi Shah Alam demikian ketika disoal-balas oleh peguambela Kamarul Hisham Kamaruddin, pada hari ketujuh perbicaraan kes rasuah terhadap Dr Mohd Khir.

Kamarul mendesak Shamsuddin (kiri) supaya mengakui bahawa RM3.5 juta adalah sebut harga yang berpatutan oleh Dr Mohd Khir kerana tidak ada sebab bagi beliau untuk mempercayai sebaliknya, berdasarkan kepada maklumat yang ada padanya.
Peguambela itu memetik penilaian hartanah kerajaan sebelum ini yang meletakkan harganya pada kira-kira RM4.3 juta.

Beliau menganjurkan bahawa penilaian itu adalah untuk sebuah bangunan yang siap, manakala hartanah itu, ketika dibeli oleh Dr Mohd Khir adalah 60 peratus siap kerja pengubahsuaiannya. Beliau menganjurkan bahawa adalah munasabah harganya lebih rendah kerana pembinaannya belum siap.

Kamarul juga berkata Shamsuddin - yang sebelum itu mendapat penilaian hartanah itu dari penilai Valuer Trans Asia pada harga RM5.5 juta - gagal untuk mendedahkan fakta itu kepada Dr Mohd Khir, dan dengan itu menafikannya peluang yang saksama untuk mendapatkan harga yang lebih baik dan menyediakan asas bagi harga jualannya yang lebih tinggi.

Shamsuddin bagaimanapun tetap dengan pendiriannya bahawa jumlah tersebut tidak munasabah, sambil menambah bahawa tidak perlu baginya untuk menunjukkan kepada Dr Mohd Khir laporan Valuer Asia Trans kerana ia telah disampaikan kepada Dr Mohd Khir dalam perbincangan mereka di mana beliau meminta RM5.5 juta, yang beliau percaya adalah angka yang munasabah.

~MK~

No comments: