REFORMASI KAJANG

Fatwa Mutakhir Yusuf Qaradawi mengenai Konspirasi 2 terhadap DSAI

Pembongkaran Video Seks DSAI




Pengakuan YB Johari Abdul Tentang Video Seks Eskay

Pembatalan penggunaan dakwat 'indelible' (tidak terpadam) akan selama lamanya memahat tulisan PENIPU DAN MUSUH RAKYAT di dahi lebar Pengerusi SPR. Sifat MUNAFIK yang amat keji ini mengundang kemarahan dan kekecewaan yang menggunung di kalangan pengundi pengundi. Memang kita sedia maklum mengharapkan ketelusan daripada SPR samalah seperti mengharap gajah dapat melepasi mata jarum.


Bukankah UMNO sendiri lahir dari perhimpunan2 HARAM memprotes Malayan Union yang telah diadakan seluruh Malaya ada tahun 1946.

Kalau hendak menunggu permit, maka tidak lahirlah UMNO kerana tidak mungkin Polis pada masa itu akan memberi permit kepada perhimpunan2 yang membawa kepada lahirnya UMNO.

Oleh sebab itu, penentangan UMNO terhadap BERSIH 2.0 adalah satu bentuk KEMUNAFIKAN yang tersangat besar.



Mufti Perak Sanggah Sumpah Laknat Eskay









Thursday, June 16, 2011

Penggantungan Anwar Dan MP Pakatan Lain Tidak Sah

Empat ahli Parlimen Pakatan Rakyat yang kembali ke persidangan Dewan Rakyat hari ini setelah digantung enam bulan tetap berpendirian bahawa penggantungan mereka adalah tidak sah.

Keempat-empat mereka iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim (PKR-Permatang Pauh), Karpal Singh (DAP-Bukit Gelugor), Azmin Ali (PKR-Gombak) dan R Sivarasa (PKR-Subang) digantung daripada menghadiri persidangan bermula 16 Disember lalu kerana mengaitkan firma perunding antarabangsa Apco Worldwide Bhd dengan Umno BN.

Bercakap pada sidang media di lobi Parlimen hari ini, Anwar berkata, penggatungan mereka tanpa diberi peluang membela diri oleh Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen mempamerkan "kecacatan" Parlimen Malaysia.
"Saya kembali menyambung tugas tapi masih berpendirian penggantungan itu tidak memberi ruang kepada saya dan rakan-rakan untuk membela diri kami dan ini satu kecacatan dalam Parlimen Malaysia," kata beliau yang juga Ketua Umum PKR.

Menyuarakan nada yang sama, Azmin mendakwa penggantungan itu membuktikan Umno BN tidak lagi berpegang kepada prinsip demokrasi sebaliknya menggunakan majoriti mudah untuk kepentingan mereka.

"Kita dapat lihat pimpinan hari ini khususnya BN tidak lagi berpegang keoada perinsip dan peraturan tapi berpegang kepada majoriti mudah yang ada dalam dewan untuk menafikan kesemua hak yang dijamin dalam perlembagaan," katanya.

Tegasnya, Pakatan Rakyat akan terus mendedahkan segala salah laku Umno BN di Dewan Rakyat agar rakyat faham apa sebenarnya yang berlaku di negara ini.

"Kita akan bongkar banyak peneyelewengan yang berlaku dalam tempoh enam bulan yang lalu dan kita akan mengambil bahagian secara aktif untuk memastikan perkara ini tidak mudah dilakukan pimpinan Kerajaan Pusat," katanya yang juga timbalan presiden PKR.

Sementara itu, Sivarasa menyifatkan penggantungan itu sebagai titik hitam dalam sejarah demokrasi Parlimen.

"Penggantungan kami pada 16 Disember merupakan satu tanda hitam yang kekal di Parlimen di Malaysia di mana cara penggantungan melanggar peraturan dan ini mencerminkan BN tidak sedia menjalankan Parlimen yang demokrasi dan ini membezakan BN dengan Pakatan Rakyat," katanya.

Usul untuk menggantung Anwar daripada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz itu diluluskan tanpa sebarang perbahasan.

~MK

No comments: